Selasa, 3 Jun 2014

36 Fenomena kesanggupan beratur panjang di Malaysia

Di luar negara, fenomena beratur panjang, tidur dan menunggu seawal tengah pagi adalah perkara biasa terutama pada hari pertama gajet elektronik dan permainan video seperti iPhone, Xbox, Sony Playstation dan sebagainya dipasarkan. Tahukah anda, hanya di Malaysia, ramai orang sanggup tidur, beratur panjang di kaki lima dan menunggu dari tengah pagi semata2 untuk membeli tudung?



Isnin, 2 Jun 2014

25 Kronologi kisah coklat yang pada mulanya ada babi

Berikut adalah kronologi mengenai kisah coklat Cadbury yang diuji mengandungi DNA babi pada mulanya yang akhirnya kini tiada pula DNA babi dan halal dimakan.



Ahad, 1 Jun 2014

18 Isu gaduh, dera, bunuh, jatuh, rogol dan moral

Saban minggu lepas kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian yang mengejutkan. Bergaduh di sekolah, dera dan pukul sampai mati, culik dan dibunuh dengan kepala dipenggal, jatuh dari tempat tinggi, dirogol beramai2, melepak dan berpeleseran, tukar jantina. Bayangkan jika mereka2 ini adalah salah seorang daripada ahli keluarga kita.



Jumaat, 30 Mei 2014

26 Air longkang jadi mandian warga gelandangan

Di kala kita mempunyai rumah yang selesa untuk berteduh, terdapat golongan yang menjadikan bawah jambatan itu syurga buat mereka. Di kala kita selesa mandi dengan air paip bersih yang telah ditapis dan dirawat, ada yang bermandikan air longkang. Di kala kita menjamah makanan yang sedap dan bersih, ada yang makan sisa2 makanan yang dikutip dari tong2 sampah.



Khamis, 29 Mei 2014

46 Kempen berhenti bayar pinjaman PTPTN

Nampaknya, ada peminjam PTPTN yang masih tidak yakin dengan aku. Nah, aku letak kad pengenalan aku. Ingat aku takut? Sikit pun aku tak goyang lah. Sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar PTPTN pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana PTPTN ditubuhkan. Korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun, boleh ?



Rabu, 28 Mei 2014

37 Siapa dah termakan coklat babi sila tukar darah

Kepada yang dah termakan coklat Cadbury babi tu, sila sertu (atau samak mengikut pemahaman orang meleis) organ2 dalaman badan anda dengan menelan 6 kali air mutlak serta 1 kali air tanah. Jangan lupa pergi ke hospital2 yang berdekatan untuk menukar darah anda kerana DNA babi tersebut telah berada dalam darah daging anda.



Isnin, 26 Mei 2014

31 Apabila menteri bertukar menjadi Super Saiyan


Walaupun Malaysia juga ada Super Saiyan, tapi kecundang juga ditangan Jepun dalam kejuaraan final Piala Thomas. Ini kerana mereka juga bukan sahaja ada Son Goku, malah Naruto, Kurosaki Ichigo, Doraemon, Ultraman, Kamen Rider dan pelbagai lagi.



Ahad, 25 Mei 2014

10 Logik macai politik terhadap suatu fitnah

Tulis kenyataan mengarut, letak gambar, tulis nama, orang terus percaya. Ya, cara ini masih lagi kekal sebagai teknik membuat fitnah paling mudah, cepat dan efektif kerana 2 sebab, satu kerana majoriti rakyat Malaysia taksub dengan parti politik, kedua kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang malas membaca, mengkaji kesahihan suatu benda dan rela diperbodoh dan ditipu.



Sabtu, 24 Mei 2014

12 Coklat halal yang mengandungi DNA babi

Aku dulu suka makan coklat Cadbury Black Forest dan tak suka coklat yang ada kacang, tapi sekarang keberahian aku terhadap coklat dah hilang, so bila kecoh isu coklat Cadbury ada DNA babi aku tak risau sangat dalam badan aku ada babi sebab aku dah lama gila tak makan coklat.



22 Mari Berdiplomasi Dengan Kungfu Panda

Sebenarnya agak menarik isu Panda yang dipinjamkan oleh negara China kepada Malaysia ini. Gaya hubungan diplomasi dunia sudah sedikit berubah corak. Dahulu, kita berdiplomasi menggunakan manusia, kemudian patung batu seperti patung Statue of Liberty, kini menggunakan binatang. Dahulu kita diberi Hang Li Poh, kemudian patung Tugu Negara, kini kita diminta menaja hidup si Kungfu Panda. Cuma, mengapa tidak disekali dengan Master Oogway? Pasti lebih menarik.