Ahad, 15 Jun 2014

7 Kubur itu masing-masing

Ameera sangat marah. Gambar di Instagram dicemuh pengikutnya. Gambar yang diambil bersama rakan-rakannya di sebuah club terkenal di Kuala Lumpur baru diposnya pagi tadi.

Bukan apa pun! Setakat nampak lurah sikit dan berlatar belakangkan botol-botol arak. Bukannya dia berbogel. Bukannya dia tengah pegang arak itu ( Tapi kalau unit forensik membuat ujian, pasti jumpa cap jarinya di salah satu cawan arak tersebut ).


14 Acara menjamah coklat secara berjemaah

“Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.



Jumaat, 13 Jun 2014

17 Anak2 muda Melayu hisap puting di parti liar

Kita semua perlu menerima hakikat bahawa para belia dan generasi anak2 muda seperti inilah yang bakal menjadi pemimpin dan mencorakkan generasi2 yang akan. Aku yakin kebanyakannya adalah anak2 Melayu kita yang di kad pengenalan masing2 dicatatkan dengan agama Islam.



Khamis, 12 Jun 2014

17 Beza perdebatan parlimen kita dengan negara lain

"Nasib baik kau jadi cikgu, kalau tak mesti kau dah jadi perompak". Ungkapan2 seperti ini jarang kita dapat dengar di tempat2 awam seperti kedai makan, stesen bas, pusat membeli-belah dan pusat karaoke, namun ajaibnya, kita boleh mendengarnya di sesi persidangan parlimen di Malaysia.



Selasa, 10 Jun 2014

31 Kehebatan IPTA bukan sekadar dodol dan donut

Dulu bina logo universiti menggunakan donut, kini bina logo universiti menggunakan dodol untuk menempah rekod Malaysia Book of Records (MBR). Ini menunjukkan yang pelajar2 universiti kita sangat rajin dan berbakat dalam teknologi penghasilan makanan. Harap lepas ni pihak universiti tempatan memperbanyakkan lagi aktiviti pecah rekod seperti ini dengan menggunakan kuih karipap, cekodok, nasi lemak, durian crepe, cupcake, coklat Cadbury dan pelbagai lagi jenis makanan.



Isnin, 9 Jun 2014

45 Melayu mundur kerana melayu

Sebagai seorang Melayu, pasti anda akan ada rasa sakit hati dengan nukilan sajak berikut. Walau ia tak menggambarkan keseluruhan orang Melayu, tapi realitinya ia memang kena pada majoriti sikap dan sifat orang Melayu. Mahu mengubah persepsi buruk orang Melayu tersebut? Mari kita sama2 jayakannya dengan mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga dulu.


Sabtu, 7 Jun 2014

21 Pimpin tangan daku ke syurga

Tinggal 2 bulan lebih je lagi. Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah makin hampir. Yang peliknya setakat ni aku tak ada rasa nervous langsung lagi. Haha.


Well bercakap pasal kahwin ni, ada la a few kawan-kawan datang jumpa dan tanya pasal story kami. Ada yang cakap untunglah sebab mudah je dapat kahwin. Tak ada masalah. Hehe. Alhamdulillah  dah nak sampai jugak waktu tu..cuma aku rasa aku patut share sedikit sebanyak tentang pengalaman aku sendiri dalam menuju ke arah perkahwinan ni. Just sebagai panduan dan pedoman buat mereka yang lain, mana yang baik korang ikutlah. Mana yang tak bagus tu jangan pandai-pandai tiru ye!


Jumaat, 6 Jun 2014

18 Diagram Venn bagi hubungan sesama manusia

Perhubungan antara manusia adalah sesuatu yang unik. Mempelajari dan mengenalpasti sifat dan sikap manusia dalam sesebuah hubungan adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji dan didalami agar kita menjadi insan yang lebih memahami personaliti manusia dan menghargai perhubungan sesama manusia. Hubungan sesama manusia boleh terbentuk dalam pelbagai ragam seperti hubungan di kalangan orang yang asing, kenalan baru, rakan, sahabat, suami isteri, keluarga dan lain2.



Khamis, 5 Jun 2014

24 Menghina pemimpin tidak akan mengubah apa2

Sewaktu kemangkatan Sultan Perak minggu lepas, terdapat beberapa individu dalam laman media sosial yang didapati telah menghina institusi beraja dengan mengeluarkan kata2 kesat. Namun ini bukan kali pertama kes institusi beraja dihina di laman sosial, sebelum ini pun dah pernah berlaku dan telah diambil tindakan.



Rabu, 4 Jun 2014

15 Perokok lebih diutamakan berbanding bukan perokok

Keadaan dan budaya sekarang dalam negara kita adalah "Semua tempat dibenarkan untuk merokok kecuali tempat yang dilarang". Kerajaan seharusnya perlu menjadikan "Semua tempat adalah kawasan larangan merokok kecuali tempat yang dibenarkan", barulah hak orang yang tidak merokok lebih diutamakan. Ini tidak, hak orang yang merokok pula yang lebih diangkat kerana mereka boleh merokok di mana2 sahaja yang mereka mahu selagi ia bukan kawasan larangan.