Ahad, 29 Mac 2020

2 Buasir Otak TV: Darah kita sama merah

Sebuah cerita yang mengisahkan seorang lelaki kaya dan berpangkat sangat membenci jirannya yang miskin dan tidak sama darjat, malah melarang anaknya dari berkawan dengan anak jirannya. Sehinggalah suatu hari, anak lelaki itu jatuh sakit dan memerlukan darah dari penderma darah untuk melakukan pembedahan. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Jumaat, 27 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Pertama kali main game tembak-tembak

Bila kawan ajak main game tembak-tembak macam PUBG Mobile atau COD tapi kau baru pertama kali nak main. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 25 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Terima kasih, aku

Sebuah kisah tentang seorang professor yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, mengimbas kembali kenangan lampau di zaman kanak-kanak dan remajanya sehinggalah akhirnya beliau berjaya pada hari ini. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Selasa, 24 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Pergi ke rumah calon isteri

Bila kau sukakan seorang perempuan dan serius mahu mengahwininya, beranikan diri untuk datang ke rumahnya dan berjumpa bapanya untuk meminta izin, itulah yang sebaik-baiknya. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 23 Mac 2020

1 Buasir Otak TV: Anugerah paling terindah

Menceritakan seorang gadis yang bercita-cita mahu menjadi pereka fesyen, namun dipaksa oleh orang tuanya untuk menjadi doktor walaupun dia tidak meminati bidang itu. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Sabtu, 21 Mac 2020

1 Buasir Otak TV: Kuarantin kepala bapak katanya

Bila kerajaan dah keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan suruh orang ramai kuarantin dan lockdown duduk kat rumah untuk mencegah Coronavirus (COVID-19) dari merebak tapi nampaknya masih ramai yang berdegil dan keras kepala tak nak ikut arahan, masih berkumpul ramai-ramai di luar, pergi kenduri kahwin, buat makan-makan kepala kambing, balik kampung dan sebagainya.  Jom tonton animasi ini.



Khamis, 19 Mac 2020

1 Buasir Otak TV: Nilai sebuah pengorbanan

Sebuah cerita yang menceritakan tentang seorang anak bongsu yang mempunyai abang sulung yang tegas dan sering menyuruhnya untuk belajar, membuatkannya sangat geram dengan sikap abangnya, sehinggalah suatu hari dia terdengar perbualan abangnya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Rabu, 18 Mac 2020

1 Buasir Otak TV: Main bola suka-suka je

Bila kau tak pandai main bola tapi kawan kau ajak main bola, dia cakap main suka-suka je. Jom tonton animasi ini.



Sabtu, 14 Mac 2020

4 Buasir Otak TV: Cara membuat animasi Buasir Otak TV

Sempena pencapaian video Buasir Otak TV yang ke-100, kami akan membongkar rahsia bagaimana cara animasi Buasir Otak TV dihasilkan dalam tutorial ini. Jangan lepaskan peluang untuk belajar cara mudah untuk membuat kartun ini. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 13 Mac 2020

1 Koronavirus melumpuh kesihatan, ekonomi dan pertimbangan

1. WHO telah isytihar wabak Coronavirus a.k.a COVID-19 sebagai pandemik, yakni wabak besar atau epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas merentasi benua dan seluruh dunia.

2. Tiada orang yang suka dan mahu kena apa-apa penyakit pun termasuk COVID-19. Jadi kalau ada orang yang kena COVID-19, janganlah anggap dia sebagai orang jahat atau penjenayah. Dan orang yang kena penyakit ini juga, janganlah anggap diri tu dah buat satu kesalahan besar sampai takut nak buat rawatan atau lari dari kuarantin. Dah nak kena nak buat macam mana.