Khamis, 23 April 2020

1 Buasir Otak TV: Ku jaga dia untukmu

Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang sudah lama berkawan dan bercinta dengan seorang perempuan malah sudah hampir ke jinjang pelamin, namun beliau akhirnya hanyalah menjaga jodoh orang lain apabila hubungan mereka terkandas di tengah jalan.  Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



2 Inkramadan 2020: 29 Syaaban - Mula Bersama

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Mula Bersama
Tarikh: 29 Syaaban 1441

Esok umat Islam akan mula berpuasa. Mulakan hari puasa kita dengan bersahur. Jika terlambat pun, makan kurma dan air kosong je pun dah cukup untuk alas perut dan mengambil keberkatan bersahur.


Rabu, 22 April 2020

0 Buasir Otak TV: Lelaki Melayu VS Mat Salleh

Beza lelaki Melayu dengan lelaki Mat Salleh di mata segelintir orang perempuan. Bukan semua ya, segelintir. Jom tonton animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 28 Syaaban - Rindu

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Rindu
Tarikh: 28 Syaaban 1441

Inkramadan kembali lagi untuk tahun ini. Lagi 2 hari umat Islam akan mula berpuasa. Namun menyambut Ramadhan ketika PKP ini pasti menggamit rindu yang sangat dalam pada keluarga yang saling berjauhan.


Selasa, 21 April 2020

0 Buasir Otak TV: Puisi terhebat

Mengisahkan seorang budak lelaki yang pandai melukis, namun pada suatu hari dia mahu cuba menulis puisi terhebat untuk 'crush'nya yang juga rakan perempuan sekelasnya, namun tidak tahu bagaimana hendak menulis puisi. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



0 Buasir Otak TV: Pantang larang orang-orang tua

Orang-orang tua Melayu zaman dulu memang banyak pantang larang. Tak boleh duduk atas bantal, tak boleh menyanyi di dapur, tak boleh potong kuku waktu malam, tak boleh makan leher ayam, tak boleh makan berpindah-randah dan sebagainya. Tapi setiap satu pantang larang tu mesti ada sebabnya. Jom tonton animasi ini.



Sabtu, 18 April 2020

2 Buasir Otak TV: Origami Biru - Adiff

Cerita yang mengisahkan tentang Adiff, seorang remaja yang baru sahaja kehilangan kakaknya yang selama ini menjaga dan menjadi teman rapatnya setelah ketiadaan kedua ibu bapanya. Disebabkan itu dia lebih suka menyendiri dan menjadi seorang pelajar yang nakal dan bermasalah di sekolah, sehinggalah kehadiran seorang pelajar perempuan baru di kelasnya...

Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Jumaat, 17 April 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap stesen radio tempatan

Orang yang biasa dengar stesen radio tempatan berbahasa Malaysia mesti faham benda ni. Tak semua stesen radio tempatan macam tu, cuma kebiasaannya lah. Macam lah kuman tu peduli kau tu kayangan ke marhaen. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 15 April 2020

0 Buasir Otak TV: Kawan dunia

Setiap orang pasti ada kawan di dunia ini. Kawan setaman, kawan sekolah, kawan universiti, kawan sepejabat, kawan media sosial dan macam-macam lagi. Dalam ramai-ramai kawan kita pasti ada yang punya pelbagai perangai. Ada yang bersahabat baik, ada yang berkawan atas kepentingan, ada kawan yang suka membuli orang, ada kawan yang suka cakap belakang dan ada kawan yang suka makan kawan. Namun, pernahkah kita terfikir, dalam ramai-ramai kawan itu...

Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Selasa, 14 April 2020

0 Buasir Otak TV: Kluster kayangan sombong ya amat

Sebelum ini kluster tabligh ramai yang bagi kerjasama, frontliner pun senang hati. Tapi bila muncul kluster kayangan yang baru tiba dari luar negara, macam-macam perangai. Bagi tempat tinggal dan makanan percuma untuk kuarantin pun macam-macam komplen, sangat cerewet, manja dan mengada-ngada. Macam lah kuman tu peduli kau tu kayangan ke marhaen. Jom tonton animasi ini.