Rabu, 29 April 2020

1 Inkramadan 2020: 06 Ramadan - Yang Jauh

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Yang Jauh
Tarikh: 06 Ramadan 1441

Selain dari kita yang perlu duduk di rumah dan juga barisan hadapan yang perlu bekerja setiap hari, titipkan juga doa buat pesakit dan juga mereka yang disyaki dijangkiti wabak kerana terpaksa dikuarantin dan berjauhan dengan keluarga sehingga berminggu dan berbulan lamanya.


Selasa, 28 April 2020

3 Buasir Otak TV: Fitnah itu membunuhku

Mengisahkan tentang seorang isteri yang telah difitnah oleh kawannya sendiri lalu dia dibenci keluarga dan diceraikan oleh suaminya. Sesungguhnya fitnah itu membawa kehancuran yang besar.



2 Inkramadan 2020: 05 Ramadan - Di Rumah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Di Rumah
Tarikh: 05 Ramadan 1441

Kita pasti banyak menghabiskan masa di rumah ketika berpuasa di musim PKP ini. Namun biarpun suasana Ramadhan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, semoga kita semua terus tabah dan tidak berputus asa dari terus berjihad melawan wabak ini.


0 Buasir Otak TV: Tak larat sebab puasa katanya

Tahulah kita sedang berpuasa, tapi tak boleh dijadikan alasan untuk bermalas-malasan. Si suami tu tolonglah isteri sikit, anak-anak pula ringan-ringankanlah tulang bantulah ibu bapa buat kerja-kerja rumah. Ini main game boleh pula, tapi bila orang minta tolong mula lah penat lah, tak larat lah. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 27 April 2020

0 Inkramadan 2020: 04 Ramadan - Jamaah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Jamaah
Tarikh: 04 Ramadan 1441

Bulan Ramadhan tahun-tahun yang lepas ramai yang pergi ke surau dan masjid untuk berterawih secara berjamaah. Biasanya yang buat 8 rakaat ramai, yang sambung buat 20 rakaat kurang. Tapi tahun ini nampaknya kita berterawih berjamaah bersama keluarga di rumah sahajalah. Yang dah biasa jadi makmum, biasakanlah diri untuk jadi imam pula.


Ahad, 26 April 2020

2 Buasir Otak TV: Wanita bukan alat mainan

Menceritakan tentang seorang lelaki yang tinggal bersama adik perempuan kesayangannya setelah ibu bapa mereka meninggal dunia, namun sering bersikap liar dan gemar berpoya-poya dengan ramai perempuan, malah menganggap wanita ini hanya sekadar permainan baginya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 03 Ramadan - Kekuatan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Kekuatan
Tarikh: 03 Ramadan 1441

Dalam menjalani ibadah puasa ini pasti banyak ujian dan dugaan, maka perbanyakkanlah berdoa dan sentiasalah memohon agar diberi kekuatan dari Allah Taala.


Sabtu, 25 April 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali kejut bangun sahur

Setiap kali bila minta tolong orang lain kejut bangun sahur. Jom tonton animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 02 Ramadan - Perintah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Perintah
Tarikh: 02 Ramadan 1441

Dalam kita mematuhi perintah PKP oleh kerajaan, perintah dan suruhan Allah Taala jangan kita lupa dan abaikan pula, lebih-lebih lagi perintah yang wajib.


Jumaat, 24 April 2020

2 Inkramadan 2020: 01 Ramadan - Cabaran

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Cabaran
Tarikh: 01 Ramadan 1441

Setiap kali bulan Ramadhan pasti banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh umat Islam, namun pada tahun ini cabarannya lain macam sikit tidak sama seperti tahun-tahun lain terutama bagi para barisan hadapan apabila perlu menjalani ibadah puasa tatkala mengangani wabak COVID-19 dan juga perangai manusia yang pelbagai karenah.