Sabtu, 31 Ogos 2013

54 Mengenal sejarah kemerdekaan negara

Pada hari Merdeka ni, aku tahu pasti ramai rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan berpakaian baju melayu dan bersongkok bagi kaum lelaki manakala baju kurung bagi kaum wanita akan berpusu2 ke pawagam untuk menonton filem Tanda Putera yang bakal box-office dengan kutipan yang pasti lebih tinggi daripada filem KL Gangster 2 yang telah terbocor dan tersebar di Internet sebelum ditayangkan di pawagam.



Jumaat, 30 Ogos 2013

62 Mahu pelihara tapi tidak dipraktik

Kita ni dari luarannya banyak sangat benda yang kita mahu pelihara dan perjuang agar ia dapat dimartabat dan tidak pupus. Seperti contoh kita nak pelihara identiti bangsa melayu, nak pelihara bahasa melayu, nak pelihara tulisan jawi, nak pelihara Islam, nak pelihara Al-Quran, nak pelihara ilmu silat, nak pelihara kesihatan, nak pelihara orang miskin, nak pelihara rakyat, macam2 lagi benda yang kita nak pelihara.


Khamis, 29 Ogos 2013

42 Guling Mursi juga demokrasi

Memilih Mursi menjadi pemimpin melalui proses pilihanraya adalah sebuah demokrasi, namun menggulingkan Mursi juga adalah sebuah bentuk demokrasi.


Rabu, 28 Ogos 2013

37 Membezakan troll, sarcasm dan macai

Lately ni amat susah nak membezakan kenyataan atau komen seseorang tu sama ada troll, sarcasm atau betul2 tulus ikhlas dari hati seorang macai. 



Selasa, 27 Ogos 2013

20 Tema, logo dan lagu Hari Kemerdekaan ke-56

Hari ulangtahun kemerdekaan negara buat kali ke 56 pada hari Sabtu ini sudah semakin hampir. Seperti tahun lepas, aku akan menulis artikel perihal Hari Kemerdekaan ke-56 serta benda2 berkaitan dengannya.



Ahad, 25 Ogos 2013

41 Siapakah pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu?

Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis iaitu Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia dengan diletupkan mengguna bom C4, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Dengan ini, mengikut keputusan mahkamah kedua2nya tertuduh tidak bersalah, Azilah meninggalkan penjara Kajang, Sirul pula meninggalkan penjara Tapah setelah 7 tahun dipenjara, dan pembunuh sebenar Altantuya terus menjadi misteri selama2nya.



Jumaat, 23 Ogos 2013

60 Metallica, Linkin Park or some random K-Pop band?

Semalam tamat sudah Konsert Metallica yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama Metallica datang ke Malaysia. 2 hari sebelum tu, Linkin Park datang Malaysia untuk konsert siri jelajah dunianya di Stadium Nasional Bukit Jalil (yang padangnya kena komplen dengan Barcelona). Kali terakhir Linkin Park pernah datang ke Malaysia untuk buat konsert pada tahun 2003 di Stadium Merdeka. Tapi aku perhatikan nampaknya demam Metallica lebih panas daripada demam Linkin Park. Oh ya Sabtu ni ada sebuah band K-Pop iaitu CN Bulu Blue juga akan buat konsert di Stadium Negara, Malaysia. Minggu ini nampaknya adalah minggu untuk hiburan dan konsert2 antarabangsa.



Khamis, 22 Ogos 2013

31 Bas jatuh gaung di Jalan Genting Highlands

Sebuah bas ekspress ulang alik yang dinaiki 53 orang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands semalam kira2 jam 2.45 petang sehingga menyebabkan trafik menjadi sesak teruk. Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh kira2 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa. Seramai 37 orang (25 lelaki dan 12 perempuan / 32 Cina, 3 India dan 2 Melayu) termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.



Rabu, 21 Ogos 2013

36 Babak ranjang dalam filem melayu suatu pendidikan

“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya Ismail Yaa’cob. Maka penyelesaiannya, masukkan adegan ranjang, ghairahdan berkemban, pasti akan diterima dan ditonton ramai.



66 Musnah impian hapus PTPTN malah dapat pula CCRIS

Pada Januari tahun 2012, di portal Berita Semasa @ Berita Terkini, ada khabar angin mengatakan
PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam usaha PTPTN untuk link dengan CCRIS pada tahun ini. Namun pada tahun 2012 dan awal 2013, langsung tiada lagi kedengaran pasal isu ini mungkin kerana tidak mahu ia memberi pengaruh dan kesan terhadap PRU13. Dan kini kira2 4 bulan selepas PRU13, ia nampaknya sudah pun menjadi kenyataan dan menjadi hadiah buat peminjam2 PTPTN.