Selasa, 9 Disember 2014

23 Apabila gambar bogel disebar bekas teman lelaki

Dah banyak kali isu pasal ini ditulis dalam Buasir Otak, tapi ini adalah kisah benar yang telah diberitakan. Orang perempuan selagi belum berkahwin, kalau hanya sekadar bergelar awek, tunang, fake relay, girlfriend atau apa sahaja kepada lelaki, janganlah percaya kepada lelaki tu sampai sanggup nak bagi gambar bogel ke separuh bogel atau bagi pasangan korang rakam gambar atau video kau dalam keadaan yang ghairah dan mengaibkan. Sedangkan yang dah kahwin pun risiko merakam gambar dan video berjimak sangat tinggi, apatah lagi yang belum sah bernikah. Last2 bila gambar dan video dah jadi hak milik internet, paling menanggung malu dan aib adalah orang perempuan, orang lelaki diorang selamba je cuci tangan.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.

Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.

Mangsa, Nor Fathiah, 25, memberitahu The Rakyat Post dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.

Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri. Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.

“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” Fathiah mengadu kepada The Rakyat Post.

Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.

Mereka berkata, seorang daripada abang lelaki itu adalah exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.

“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Fatimah berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.

Sumber The Rakyat Post.

Semoga kisah Nur Fathiah ini jadi pengajaran kepada gadis2 di luar sana. Jangan sekali2 percaya pada lelaki selagi belum bergelar isteri dia. Satu benda yang orang perempuan perlu tanamkan dalam kepala hotak dia adalah, secara default semua orang lelaki adalah gila seks, so jangan buka ruang dan peluang itu kepada mereka.

Kalau anda sendiri yang bagi peluang tu kepada orang lelaki, yang lelaki tu memang dah sah2 setan, so tak perlu nak salahkan siapa2 lagi, sendiri mau ingat lah.

Tonton juga kisah Lagenda Cikgu Suraya versi animasi:



tags: gambar bogel gadis disebar bekas teman lelaki di facebook wawa sheera update zip shera fb nor fathiah idris pakai tuala wechat putus hubungan clash break

23 ulasan:

  1. mana gambar bogelnya??? cibai la noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. yela..dunia dah akhir zaman ni.. sumer bender nak kene tempel dan jadikan bahan kat internet.. baru WORLD...

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life10 Disember 2014 pada 1:33 PTG

      kau berdiri depan cermin lepas tu kau bogelkan diri kau

      Padam
    3. Lepas tu ko tengok ko stim lepas tu terus melancap, ghey..

      Padam
  2. yang dia pergi hantar gambar berkemban tu kenapa?
    elakkan diri dari sebarang rakaman baik koleksi peribadi mahupun rakaman dari suami sekalipun. Kalau jodoh tak panjang takut suami sendiri pun viral kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat tak pesanan ustat2 internet.. pompuan skrg ni memang suka menipu.. kalo dulu susah nak klasifikasikan pompuan menipu sbb jarang berkawan atau ehem2 dgn laki2.. jadi skrg, dunia terbuka luas.. rupanya 2x5 saja laki2 dan pompuan..

      siyes aku cakap, dari segi pengamatan mata kasar.. memang susah nak teka siapa tipu siapa kalo dengar sebelah pihak.. kalo lelaki terasa kene tipu dan terlalu geram dipermainkan pompuan, sahlah gambar ni akan dijadikan modal untuk mengharamjadahkan kembali pompuan tu.. kalo takat saja2 nak upload, rasanya tak ramai lelaki sangap nak upload gambar pompuan yang ditinggalkannya.. melainkan pompuan tu blah tinggalkan lelaki sangap tu, mmg akan jadi bahan upload la..

      Padam
    2. dalam apa2 hubungan pn, kapel ke tunang ke laki bini ke, pmpuan tetap akn jd yg paling rugi skali, paling tdedah dgn risiko utk lingkup bila jodoh x lama..laki tetap akn dpt blah n cuci tgn cemtu jek, lg2 yg 'berpengaruh' polis xley sentuh tu..pmpuan mmg bahan utk dijadikan mangsa je, kalo jd ape2 kuar berita cggini, pmpuan je la yg kne bodohkn, lemah, pstu mudah kne tipu, sebb tu ada surah an-nisa, kesian kn jd pmpuan nie? sentiasa di pihak yg kalah..

      Padam
    3. pompuan jenis degil bila org nasihat nak melawn.... bila ckp "wat eva (maksud dia xnak layan dah dan bila benda yg org tu nasihat kat dia sebelum ni pun dia dh lupakan pun... bila terkena pdn muka)" automatik dia sendiri menjerumus kebodohan dia lebih bwh tu hakikat...pyh nak jumpa bila orang nasihat dia akan ckp

      "terima kasih kerana menasihati saya semoga Allah S.W.T. membalas kebaikan anda"

      xde nyer nak ckp elok mesti dia ckp eleh la, ko tu la dia mesti ada nak melawan sifat meluat tu akan timbul gak sapa2 pun termasuk aku tapi bila ak sendiri pun dah persn kenapa pulak ak nak meluat? walaupun ak nmpk 99 keburukan dia last2 ak pendam sifat tu dan balas dengan ucap terima kasih...nampk kecik dan ini bukan HIPOKRIT klu ini kata hipokrit nmpk sgt bodo x fhm definasi hipokrit sebenar.. hakikatnya itu antara perkara2 yang melawan nafsu yg kita xsedar..... nasihat ni untuk laki dan perempuan... dan aku....

      Padam
    4. @tanpa nama: bukn ke perempuan tak pernh salah dan tak akn kalah ???

      Padam
  3. kondifennya dia bagi gitu kat orang walaupun orang yang kita sayang. dia pike gambar tu takkan disebarkan ke. oh please.

    BalasPadam
  4. Lelaki tu dh tabur duit byk kat pompuan tu kot... tu yg senang nk beli maruahnyer... dh dpt mcm2 tepaksa la bg apa yg d hajati oleh sang buaya...

    BalasPadam
  5. Sbb 2 kalau dah merasa sangat, kawin terus...kalau still status pakwe atau tunang sekalipun, keluar gambar mcm ni lagi memalukan.....sy boleh je tackle awek baru kerje, bagi handphone n belanje makan mewah, register hotel, ambil gambar seksi pas2 ugut buat personal loan bg cash, kalau x sy edar gambar spt yg terjadi kat ppuan kat atas. Tp sy tau dunia akirat, tp still ramai lagi kat luar sana yg suka rosakkan hidup org ppuan. Kpd org laki, once dah minat awek 2, ajak nikah secepat mungkin. Kalau xde niat nak kawin, possible jd ppuan 2 jd pakai buang sgt tinggi.

    BalasPadam
  6. tau pulak malu, pUu¡¡ii !! ⊙ _⊙

    BalasPadam
  7. Dalam artikel lain, muka perempuan dedah, muka laki di sebelah blur. Pelik aku.

    Sapa yg malu ni?

    BalasPadam
  8. Wanita yg kemaluan n maruahnya mahal x sesekali kapel dgn laki setan..so skrg dua2 da cri sbb utk terjun ke neraka,laki tu xkan trlepas,.,tua2 nti kena pyakit kelamin,mati terhina..kalo smpat taubat slmt..

    BalasPadam
  9. Pmpuan kalo kuat agama xda la jd lemah,hmba seks,diperbodohkan,jd mangsa lelaki..sejarah mbuktikan srikandi islam..khadijah,asma',aisyah,rabiatul adawiyah,,ainul mardhiah,fatim ashaari,khaulah attamimi,sofwah,ummu jah..semuanya berwibawa,dihormati,dimuliakan,sbb mreka hormat dan muliakan Allah,rasul,islam..jgn salahkan laki je,salahkan sdri yg blum brtaqwa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman tu ade x henfon kamera internet whasap wechat tu sumer??

      Padam
    2. Ummu jah???..whatt????..why??

      Padam
  10. Aduiii...
    Irfan oi, kalau nak buat jahat, lain kali pakai kepala sikit...
    Yg kau sebar free2 tu ape hal? Kan dah jadi viral n kes polis...
    Simpan sorang2 dah arr...hahaha

    BalasPadam
  11. Bahasanya lucu....hhhhhhhaaaaaaa.....malaisia malaisia....sungguh aku membencimu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.