Selasa, 8 Mac 2022

0 Apabila kehidupan adalah konten

1. Zaman media sosial ini ramai orang mahu buat konten.

2. Buat konten video kat Youtube, reel kat Instagram, live kat Facebook, dan yang paling popular, TikTok.

3. Ada yang berusaha menghasilkan konten hasil dari cetusan kreatif, bakat dan buah fikiran mereka.

4. Ada juga yang sekadar menjadikan kehidupan peribadi sebagai konten mereka.

5. Mereka ini suka kongsikan apa jua yang berlaku dalam hidup mereka demi sebuah konten.

6. Nak makan buat konten, nak pergi kedai konten, beribadah jadi konten, nak mengajar pun konten, tengah kerja konten, nak bercinta konten, nak kahwin konten, nak bercerai konten, nak maki pekerja pun konten, semua bendalah konten.

7. Bila kita jadikan hidup kita sebagai konten, kita mahu orang mendapat input dan terhibur dengan konten kita, dan kita akan sentiasa meletakkan harapan yang tinggi untuk orang menggemari dan menyokong kita.

8. Tak salah kalau kau nak jadikan kehidupan sebagai konten kalau itulah jalan yang kau pilih, tapi pastikan apa yang kau sajikan pada penonton itu memberi suatu yang positif, bukan membawa kesan yang negatif.

9. Malah tak semua benda dalam hidup kita perlu dijadikan konten sebab kita ini manusia yang pasti ada sikap buruk dan sifat negatif. Dan apabila sisi kita yang buruk itulah yang dipertontonkan pada umum, maka ia hanyalah bakal mendatangkan malapetaka dalam hidup kita.

10. Ingat, apabila kita menjadikan kehidupan kita adalah konten, maka hilanglah makna dan nikmatnya sebuah privasi.


 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kehidupan adalah konten kandungan life is content hilang privasi

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.