Rabu, 30 Mac 2022

0 Pentingnya sifat empati berbanding bermulut puaka

1. Tular video seorang pensyarah marah pelajarnya kerana tiada komputer dan memperlekeh golongan B40 kerana dikatakan tidak mementingkan pendidikan.

2. Ramai yang kecam pensyarah tersebut, dan ramai juga yang mengecam student tersebut kerana tiada komputer walaupun dah semester 5.

3. Aku tak nak judge pasal budak tu sebab ayah dia tak kerja, mak dia dah takde, adik beradik pun tak tahu dia sulung ke ada abang atau kakak ke. Yang kita tahu dia orang susah.


4. Ada juga yang cakap kalau susah kenapa tak mohon bantuan? Ada juga yang membandingkan dengan diri sendiri dulu aku susah juga boleh je usaha beli laptop.

5. Kalau nak cakap budak tu malas ke takde usaha nak beli laptop ke, abang kakak tak nak tolong ke, kita tak boleh nak judge sebab kita takde kat tempat dia. Mungkin tak pernah ada orang tunjuk jalan untuk bantu dia.

6. Lagipun komputer bukan lah satu kewajipan kat universiti. Kalau wajib, universiti kena masukkan lah dalam syarat kemasukan pelajar dan bagi bantuan bagi pelajar tidak berkemampuan.

7. Bagi aku kalau ada komputer tu satu priveleged dan ia memberi kemudahan pada kita, tapi kalau takde komputer pun boleh je nak belajar. Aku sendiri student komputer sains, sepatutnya menang belajar kena pakai komputer, tapi ada ramai je budak batch aku yang takde komputer akhirnya boleh juga grad.

8. Dan nak kata golongan B40 tak mementingkan pendidikan? Tak boleh pukul rata macam tu. Kalau B40 tak pentingkan pendidikan, mereka tak masuk universiti. Bila diorang masuk universiti, maksudnya mereka pentingkan pendidikan lah.

9. Yang pensyarah tu pula, mungkin dia pun ada masalah sendiri sampai akhirnya blow up. Tapi dari apa yang aku baca kat media sosial terutama dari bekas student dia malah ada Tweet dari tahun 2012, beliau memang jenis suka cakap lepas.

10. Spesis orang mulut puaka ni memang ramai. Sebelum ni pun pernah beberapa kali viral orang yang bermulut puaka seperti Kak Long 7-Eleven, pensyarah maki orang kat trafik light, ahli perniagaan hina gelandangan dan sebagainya.

11. Aku bukan peminat pada orang yang mulut puaka. Kalau boleh aku cuba elakkan berkonfrontasi dengan orang mulut puaka. Nak cakap aku kuat sentap tak tahan maki ke apa lantak.

12. Tapi bagi aku tiada siapa yang layak dimaki dan dihina, tak kira lah kau tu lecturer ke, cikgu ke, bos ke, pelanggan ke, ahli keluarga ke, orang kaya ke, orang miskin ke, ahli perniagaan ke, artis ke, selebriti ke. Kita hidup atas dunia ni bukan untuk dimaki dan dihina orang lain.

13. Apatah lagi orang mulut puaka ni suka maki dan hina orang secara public depan orang ramai. Benda tu bukan lagi sekadar maki tapi mengaib dan memalukan dia, dah jadi satu bentuk humiliation. Aku tak suka hidup dalam persekitaran toxic macam ni.

14. Kalau ada apa-apa isu, boleh je selesai dengan baik. Kalau tahu ada student susah, boleh je cuba talk dengan dia secara peribadi. Tanya dia apa sebenarnya masalah dia dan cuba bantu bagi jalan untuk dia dapatkan komputer.

15. Orang boleh cakap apa sahaja, tapi di zaman pandemik ni ramai orang susah. Ramai orang jatuh miskin. Ramai orang hilang ahli keluarga. Budak-budak sekolah nak belajar online PDPR pun susah, ada yang terpaksa bergilir-gilir guna phone ibu ayah. Jadi kena lah considerate sikit.

16. Insult orang dalam kelas tak selesaikan apa-apa. Aku sendiri dulu sanggup mohon tukar kelas atau gagalkan subjek semata-mata tak nak berhadapan dengan pensyarah mulut puaka dan takde empati macam ni.

17. Orang hormat orang lain bukan kerana darjat dan pangkat. Orang hormat orang lain apabila ada mutual respect atau saling hormat menghormati. Kau respek aku, aku respek kau. Kau maki aku, aku mungkin takkan maki balik tapi aku takkan hormat kau. Respect is earned, not given.

18. At the end, tak semua orang ada priviledged dalam hidup. Kena ingat dunia ni bukan berputar di sekeliling kita sahaja. Sebab tu benda paling asas yang perlu ada dalam diri semua orang adalah sifat empati dan saling hormat menghormati. Tanpa kedua-dua ini, jadi lah hal seperti yang tular ini.

19. Kita sedar kita hidup dalam persekitaran yang toxic apabila ramai yang menormalisasi perbuatan memaki, menyindir, mengherdik, menghina, merendah-rendah, memperlekeh, mengaib, memalukan, menjatuhkan maruah dan air muka insan yang lain apatah lagi di hadapan khayalak ramai. Tak tahu lah sama ada kurangnya empati atau ego yang terlalu besar.

20. Orang beradab lebih baik dari orang berilmu yang tidak beradab.

Lastly;

Pensyarah: Mana komputer kamu?
Pelajar: Saya tak ada komputer.

Pensyarah: Kamu takde komputer? Bapak kamu kerja apa?
Pelajar: Bapa saya tak kerja.

Pensyarah: Mak kau kerja apa?
Pelajar: Mak saya dah tak ada.

Kalau aku lah pensyarah tu, aku dah stop terus perbualan ni. Tak tergamak aku nak teruskan, tambahan pula depan kawan-kawan dia. Tak sampai hati. Aku sendiri rasa nak menangis. Aku akan panggil budak tu 1 to 1 dan slow talk dengan dia.

Oh, kalau aku lah pensyarah tu, mungkin soalan bapak kamu kerja apa pun aku takkan tanya dalam kelas. Lepas dijawab saya tak ada komputer, aku akan panggil budak tu 1 to 1 slow talk untuk tanya masalah dia.

Itu kalau aku lah.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: lecturer pensyarah mulut puaka marah maki hina pelajar student takde tiada laptop notebook komputer google meet golongan b40


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.