Khamis, 19 September 2024

0 Aku yang pernah menjadi badut kelas

1. Era zaman akhir 80-an/90-an, aku kat sekolah dulu budak nerd. Budak komputer, budak game, budak manga, kaki melukis. Zaman di mana semua benda-benda ni benda janggal. Tak ramai budak yang minat sebab tak membesar dengan benda-benda tu.

2. Beza dengan zaman sekarang, semua benda tu dah jadi norma. Kebanyakan budak tau guna komputer, main game, baca manga, tengok anime, ada smartphone, malah macam-macam lagi. Yang tak tahu pula pasal benda-benda ni pula akan nampak janggal.

3. Zaman dulu tu siapa yang buat benda-benda tu, nampak pelik dan kadang disisihkan. Kadang dari 120 orang murid satu batch kat sekolah asrama aku, ada lah dalam 5-10 orang je yang berkongsi minat yang sama. Jadi kami 10 orang ni boleh jadi rapat dan jadi geng.

4. Namun disebabkan kami selalu buat aktiviti dan sembang pasal benda-benda ni, kami nampak pelik dan sering jadi mangsa ejekan dan bulian, walaupun kami cuma buat hal sendiri dan tak kacau hidup orang lain pun.

5. Tapi disebabkan nak survive kat sekolah, aku jadi class joker atau class clown. Aku selalu buat lawak bodoh, kadang biar diri diperbodohkan, sebab nak berkawan, nakkan perhatian, nak diterima dalam class society, tak nak rasa terpinggir.

6. Sekolah asrama aku campur lelaki perempuan. Peristiwa yang paling aku tak boleh lupa, masa satu prep malam. Semua budak lelaki kelas aku berkumpul belakang kelas. Diorang plan semua masuk dalam kelas sorang-sorang sambil berjoget gaya monyet, konon nak buat lawak sama-sama.

7. Diorang suruh aku masuk dulu, nanti diorang follow dari belakang. Aku pun dengan bodohnya percaya. Aku pun masuk jalan masuk kelas sambil joget gaya monyet. Aku tengok belakang, tak seorang budak lelaki pun ikut. Budak-budak perempuan yang ada dalam kelas semua pandang aku semacam, gelak pun tak. Rasa awkward semacam.

8. Aku pun keluar balik pergi belakang kelas. Budak-budak lelaki semua ketawakan aku. Aku pun ketawa juga. Tapi rasa sakit hati, malu, jatuh maruah, aku sahaja yang tahu. Kalau ikutkan nak je aku maki, tapi aku pendam dalam hati, sebab tak nak dipinggirkan, tak nak hilang kawan.

9. Ya, begitulah cerita zaman silam aku. Sanggup jadi badut hanya untuk diterima masyarakat di sekolah. Geng-geng aku lain yang tak jadi badut, yang jenis pendiam, pemalu, tak ramai kawan dan terus terpinggir sampai habis sekolah.

10. Aku sanggup jadi badut ni sampai masuk universiti. Bila dah kerja, aku kurangkan perangai tu sampailah satu masa, aku rasa, tak perlulah jadi badut dan memperbodohkan diri semata-mata nak diterima masyarakat. Siapa nak kawan dengan aku, atau tak nak kawan dengan aku, lantak. Aku tak kisah, aku tak peduli. Hidup kita ini bukanlah semata-mata demi untuk memuaskan hati orang lain, sebaliknya hati kita sendirilah yang paling utama untuk dijaga.

11. Sebab tu sampai sekarang, kawan sekolah yang aku masih rapat dan boleh berhubungan, adalah antara geng-geng aku yang 10 orang tu. Yang rapat sebab minat dan ada wavelength otak yang hampir sama.

12. Yang lain tu, aku tak lah benci, kalau bertembung tengah jalan tu, aku boleh lah bertegur sapa tanya khabar. Tapi untuk ajak jumpa, lepak ramai-ramai, reunion, bukak cerita throwback ejek-mengejek zaman sekolah, memang taklah. Malah kita pun bukan rapat sangat in the first place. Aku ni pun hanyalah seseorang yang pernah singgah sebentar dalam hidup korang sebagai badut. Jadi, yeah. Itu sahaja.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pernah jadi badut kelas sekolah class joker clown demi perhatian diterima masyarakat komuniti kawan pelajar

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.