1. Dalam dunia ini, benda-benda bodoh, kelakar, gimik, trend, hiburan, biasanya akan lebih senang popular dan meraih perhatian orang ramai, berbanding benda yang bijak, ilmiah, profesional dan sebagainya.
2. Kau post content berilmiah, dengan content yang merapu, biasanya yang merapu akan dapat lebih banyak engagement berbanding content kau yang ilmiah. Lebih ramai orang react, share dan komen pada content merapu kau.
3. Ya, tak dinafikan gimik ini senang meraih perhatian, tapi ia juga merendahkan imej profesionalisme, nampak murahan, macam takde class. Jadi adakah semua orang perlukan gimik murahan semata-mata untuk meraih perhatian?
4. Kalau kau nak jual syarikat ke, nak promote produk ke, artis nak meraih populariti ke, influencer nak tarik followers ke, Facebook page meme ke, takpe la juga nak buat gimik-gimik murahan, sebab kau nak boost jualan dan keuntungan kau.
5. Tapi untuk sebuah pusat akademik terulung yang berprestij tinggi, badan berkanun milik kerajaan yang bukan berasaskan keuntungan, buat gimik murahan untuk mendapatkan engagement media sosial, bagi aku tak kena, hanya menjatuhkan imej sahaja. Dah lah tiru negara seberang, lagilah tambah bahan untuk dikutuk.
6. Tak semua perlu gimik murahan. Entiti tersebut pun namanya dah cukup dikenali, malah tak perlukan populariti pun sebab bukan jual produk atau mencari keuntungan. Tak perlu iklan, tak perlu meraih perhatian, orang berebut-berebut nak masuk.
7. Mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan aku, mungkin kata why so serious, tapi pada aku profesionalisme is profesionalisme. Kalau tak, mungkin lepas ni akan lebih banyak admin yang pegang media sosial kementerian, jabatan kerajaan, universiti dan sebagainya turut buat gimik murahan semata-mata nak viral. Untuk apa?
8. Dia simple je. Kau tak nampak brand-brand mahal buat gimik murahan, sebab mereka ada class. Mereka tak perlu gimik murahan untuk popular. Tanpa gimik murahan, target buyer mereka akan tetap beli produk mereka. Kalau mereka buat gimik murahan, brand mereka dah nampak murah, low class, level rempit.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: universiti malaya facebook fb gimik murahan word art selamat datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.