Jumaat, 27 September 2024

0 Kongsi kegembiraan bekerja di media sosial

1. Kenapa orang suka sangat share benda berkaitan kerja dia di media sosial, siap buat live, buat konten untuk TikTok? Apa sebenarnya yang dia nak tunjuk dan cuba buktikan pada orang awam?

2. Ya, kami faham. Kau terpaling buat kerja. Kau terpaling excited nak kongsi kegembiraan bekerja. Tapi kena ingat, tak semua benda kau boleh kongsi, sebab bila kau kerja, kau sebenarnya terikat pada pelbagai peraturan, apatah lagi jika kau kerja kerajaan sebagai penjawat awam.

3. Sebagai contoh, kau seorang pegawai kerajaan, masuk mesyuarat untuk rangka dasar. Kau snap gambar minit mesyuarat, kongsi di Facebook tulis kerajaan akan melaksanakan dasar itu ini. Relaks. Tahu kau excited, tapi kau bukan menteri, mahupun ketua jabatan. Kau mana boleh buat penyataan awam. Silap-silap benda kau kongsi tu masih di peringkat sulit atau rahsia.

4. Kau doktor di hospital kerajaan, rakam gambar/video pesakit, muka semua tak blur, lepas tu tulis ayat-ayat konon nak bagi kesedaran pada orang. Tahu kau excited nak jadi doktor a.k.a influencer, tapi mana boleh rakam muka pesakit sesuka hati. Mereka bukan bahan untuk konten kau. Tulis sahaja apa-apa nasihat tanpa guna gambar mereka.

5. Kau cikgu di sekolah kerajaan, rakam gambar/video telatah nak murid, buat Live masa dalam kelas. Tahu kau excited jadi cikgu yang nak jadi pempengaruh, tapi tak perlu rakam-rakam post kat media sosial. Tu bukan kongsi kegembiraan tapi keberiaan. Nak share, share pada ibu bapa cukup lah. Dah lah tak boleh suka hati rakam orang bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa. Benda ada dalam peraturan, ikut sahaja.

6. Kalau kerja syarikat swasta, walaupun mungkin tak terikat dengan peraturan yang sangat strict macam kerja kerajaan, tapi still kena follow peraturan yang telah ditetapkan majikan. Orang hire kau untuk buat kerja, bukan tunggang jawatan yang diberi untuk buat konten peribadi kau. Silap-silap kalau kau buat hal yang memalukan, majikan juga terpalit sama.

7. Kalau kau kerja sendiri atau syarikat tu kau punya, itu lantak kau nak buat apa. Tapi still, kau kena follow undang-undang negara. Contoh macam yang bawa bas rakam video kanak-kanak sekolah. Kalau undang-undang cakap tak boleh, maka tak boleh. Apa susah-susah nak lawan? Follow sahaja sudah.

8. Akhirnya, tiada siapa pun sebenarnya terutama orang awam yang peduli atau kisah sangat pasal kau dengan kerja kau. You are not that special. Masing-masing pun sibuk dengan urusan masing-masing.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kongsi kegembiraan bekerja di media sosial penjawat awam kakitangan kerajaan buat konten kandungan tiktok fb ig twitter youtube


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.