Selasa, 24 September 2024

0 Agenda meruntuhkan bisnes dan ekonomi Islam?

1. Berkaitan kumpulan syarikat yang ada pasar di Putrajaya tu, ada orang yang kata walaupun dari sudut agama ada yang menyeleweng, tapi dia bagus dari sudut ekonomi dan perniagaan, banyak kita boleh belajar daripadanya untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam.

2. Nope. Kalau nak belajar ekonomi dan perniagaan, baik kau belajar dari Tan Sri Syed Bukhari, Khairul Aming dan banyak lagi orang Melayu Islam yang bagus buat bisnes. Kalau kau belajar bisnes dari cina, kaum lain atau mat saleh pun takde masalah, as long kau tak follow benda yang menyalahi syarak.

3. Kalau aku nak contohi syarikat yang ada pasar di Putrajaya tu buat bisnes, maksudnya aku kena buka asrama kanak-kanak untuk dijadikan pekerja, brainwash pekerja, tak payah bayar gaji, tak carum KWSP & SOCSO, kawal kehidupan peribadi pekerja, tak jaga kebajikan, tak buat audit kewangan syarikat, isytihar rugi, tak bayar zakat, cukai, kutip derma lagi, dan macam-macam lagi yang tak ikut peraturan, tapi aku hidup mewah lah sebab aku bos.

4. Macam kau buat bisnes MLM atau skim cepat kaya, kau doktrin gila-gila ahli kau, paksa mereka buat jualan/melabur duit/dapatkan downline baru setiap bulan, ahli tak kaya-kaya tapi kau hidup kaya raya tayang kereta mewah, lepas tu klaim kau buat bisnes atas nama ekonomi Melayu Islam, lepas tu rugi, hilang, lesap. Agama ni kau guna untuk kepentingan peribadi je.

5. Ada juga yang pertahan kata ini semua agenda nak runtuhkan ekonomi Melayu Islam, tak boleh tengok ekonomi Islam berkembang sampai ke luar negara. Jangan kata yang ini, berlambak lagi syarikat-syarikat scam yang besar dan berkembang di merata dunia, tapi tak bermakna ia betul dan bagus.

6. Bagi aku bisnes yang bagus adalah bisnes yang jaga kebajikan pekerja, yang pandai buat keuntungan dan yang paling penting, yang ikut undang-undang, hatta kau buka kedai runcit atau warung tepi jalan sekalipun, kau adalah bisnes yang bagus yang boleh dicontohi dan dipelajari.

7. Tapi kalau kau syarikat gergasi yang ada cawangan di setiap negara sekalipun, kalau kau tak jaga kebajikan pekerja, kau tindas pekerja, kau langgar undang-undang, rugi pula, kau bukanlah bisnes yang baik dan tak boleh dicontohi. Nak contoh apa? Menipu? Menindas? Langgar peraturan?

8. Kerajaan dah bersuara. Polis dah bertindak. Mufti dah keluarkan fatwa. Pelbagai rakaman video tersebar luas. Pendedahan demi pendedahan dah keluar. Ada kepimpinan tertinggi yang cuba lari ke luar negara. Jadi apa lagi nak dipertahankan?

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pasar ikhwan di putrajaya global gisb gisbh runtuh bisnes perniagaan ekonomi islam muslim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.