Selasa, 3 September 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Melayu Bangkit

Melayu bangkit bersatu padu, usah hanyut dan terus layu.


Buasir Otak: The Muzik - Melayu Bangkit
 
Lirik:
 
Ini cerita orang Melayu
Yang disalah anggap selalu
Hanya kerana setitik nila
Habis rosak susu sebelanga

Orang Melayu maruahnya tinggi
Bukan gadai maruah pentingkan diri
Orang Melayu tepati janjinya
Bukan janji jam dua tiba jam tiga

Orang Melayu pelindung wanita
Bukan perosak masa depannya
Orang Melayu cintakan ilmu
Bukan hanya suka hal merapu

Melayu tidak seharusnya begitu
Buang sikap yang mendatangkan malu
Dianggap lemah tidak berguna
Walau sebenarnya gagah perkasa

Melayu bangkit bersatu padu
Usah hanyut dan terus layu
Melayu bangkit tak mudah jatuh
Segala cabaran kuat ditempuh

Melayu bangkit teguh berdiri
Jangan terlena dibuai mimpi
Melayu bangkit bangsa sejati
Tinggi maruah dan jati diri

Melayu bangkit ayuhlah bangkit
Melayu bangkit teruslah bangkit

Orang Melayu orang terpercaya
Bukan mengabai kaum keluarga
Orang Melayu gah di mata dunia
Bukan gah merempit di jalan raya

Orang Melayu jujur dan amanah
Bukan khianat makan rasuah
Orang Melayu rajin bekerja
Bukan malas harap bantuan saja

Melayu tidak seharusnya begitu
Buang sikap yang mendatangkan malu
Dianggap lemah tidak berguna
Walau sebenarnya gagah perkasa

Melayu bangkit bersatu padu
Usah hanyut dan terus layu
Melayu bangkit tak mudah jatuh
Segala cabaran kuat ditempuh

Melayu bangkit teguh berdiri
Jangan terlena dibuai mimpi
Melayu bangkit bangsa sejati
Tinggi maruah dan jati diri

Melayu bangkit ayuhlah bangkit
Melayu bangkit teruslah bangkit

Orang Melayu tinggi budi pekerti
Bukan terkenal dengan caci dan maki
Orang Melayu bangsa beradat
Bukan mengagung budaya barat

Orang Melayu beriman dan berakal
Bukan lemah solat pun tinggal
Orang Melayu setia orangnya
Bukannya curang tak tentu hala

Melayu tidak seharusnya begitu
Buang sikap yang mendatangkan malu
Dianggap lemah tidak berguna
Walau sebenarnya gagah perkasa

Melayu bangkit bersatu padu
Usah hanyut dan terus layu
Melayu bangkit tak mudah jatuh
Segala cabaran kuat ditempuh

Melayu bangkit teguh berdiri
Jangan terlena dibuai mimpi
Melayu bangkit bangsa sejati
Tinggi maruah dan jati diri

Melayu bangkit
Ayuhlah bangkit
Melayu bangkit
Teruslah bangkit

Melayu bangkit
Ayuhlah bangkit
Melayu bangkit
Teruslah bangkit

Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost selamat tinggal



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.