Selasa, 5 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 12 Ramadan - Ubat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ubat
Tarikh: 12 Ramadan 1441

Sebenarnya pengubat rindu dan sedih kita, adalah Dia yang kita selalu pinggirkan. Jadi seringlah mengingati Allah Taala pada setiap masa. Panjatkanlah doa kepada-Nya, serta pohonlah ketenangan dan kehindaran dari gundah gulana.


Isnin, 4 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Aku tidak perlukan lelaki

Mengisahkan tentang seorang wanita independen yang kaya, mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya dalam hidup, namun bencikan orang lelaki kerana pernah dipermainkan oleh orang lelaki sebelum ini. Namun pandangannya berubah apabila berjumpa dengan seorang jejaka yang baik dan ikhlas mahu mengahwininya bukan kerana hartanya. Jom tonton animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 11 Ramadan - Doa

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Doa
Tarikh: 11 Ramadan 1441

Bulan mulia ini adalah waktu yang mustajab untuk berdoa, jadi ambillah peluang ini untuk berdoa hal-hal yang baik dan bermanfaat untuk diri kita, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan umat Islam amnya.


Ahad, 3 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Youtubers animasi tempatan yang wajib anda Subscribe

Sempena menyambut pencapaian 10,000 Subscibers channel Buasir Otak TV, kami akan memaparkan 15 Youtubers channel animasi amatur tempatan yang wajib anda Subscribe. Channel animasi amatur adalah bermaksud channel animasi yang dihasilkan oleh orang persendirian dan bukannya syarikat animasi.

Nak tahu siapa 15 Youtubers tu? Tonton video ini ya.



0 Inkramadan 2020: 10 Ramadan - Ikhlas

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ikhlas
Tarikh: 10 Ramadan 1441

Ikhlas itu umpama semut hitam, yang berjalan di atas batu yang sangat hitam, pada malam yang gelap gelita. Tidak nyata pada zahirnya tapi dihitung oleh Allah yang Maha Melihat. Ikhlas menjauhkan kita dari sifat menunjuk-nunjuk.


Sabtu, 2 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 09 Ramadan - Fajar

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Fajar
Tarikh: 09 Ramadan 1441

Bila masuknya fajar sadiq bererti masuknya waktu solat subuh dan tidak dibenarkan lagi makan untuk orang yang berpuasa. Jadi kalau dah bangun awal untuk bersahur tu, tunggulah sehingga fajar sadiq dan bersolat subuhlah dahulu. Janganlah sambung tidur selepas bersahur kerana dikhuatiri akan terlepas waktu subuh.


Jumaat, 1 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Refleksi wajahmu

Sebuah cerita tentang seorang wanita yang didatangai bekas suaminya kerana mahu merujuk kembali dengannya, namun pengalaman pahit yang dilakukan oleh bekas suaminya yang pernah curang dengan perempuan lain sebelum ini membuatkannya sukar untuk menerima bekas suaminya itu semula. Jom tonton animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 08 Ramadan - Keluarga

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Keluarga
Tarikh: 08 Ramadan 1441

Ada ramai yang sejak PKP bermula masih tidak dapat berjumpa keluarga lagi sehingga kini. Jadi marilah kita berdoa banyak-banyak supaya wabak ni terhapus dan kita semua dapat balik jumpa dengan keluarga kita semula.


Khamis, 30 April 2020

2 Buasir Otak TV: Kawan ajak lawan Beyblade

Bila ada kawan ajak keluar main lawan Beyblade. Jom tonton animasi ini.

* Lama saya buat video ni sebab saya tak tahu sangat pasal Beyblade jadi kena buat research dulu. Harap korang share dan ajaklah ramai-ramai tengok berbaloi sikit penat lelah saya ni.



1 Inkramadan 2020: 07 Ramadan - Waktu

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Waktu
Tarikh: 07 Ramadan 1441

Ramadhan tahun ini kita memang banyak masa lapang di rumah memandangkan masih dalam PKP, namun manfaatkanlah waktu yang ada ini dengan sebaik-baiknya dengan beribadah untuk merebut ganjaran pahala yang besar di bulan mulia ini.