Sabtu, 2 Jun 2012

14 Otaku VS Politik fanaticism

Kumpulan J-Pop Momoclo atau nama panjangnya Momoiro Clover Z telah diundang oleh penganjur  Hari Belia Negara tempohari untuk membuat persembahan dan memenuhi nafsu2 fan J-Pop di Malaysia untuk menghadirkan diri ke Hari Belia agar target 2 juta tercapai. Seperti yang didedahkan oleh Amenoworld kat sini, bayaran untuk artis K-Pop untuk Hari Belia tu sahaja dah melebihi RM2 juta. Tapi kat dokumen tu takde tulis peruntukan untuk arits J-Pop, so kemungkinan Momoclo ini juga dibayar sekali dalam peruntukan artis K-Pop.



Jumaat, 1 Jun 2012

28 Abang besar dunia blogger

Blog ni ada macam2 jenis dan genre. Blog paling glamour dan popular adalah blog berbentuk personal atau peribadi yang banyak cerita pasal diri sendiri, kawan2, keluarga, anak, aktiviti sendiri, kucing, cinta cintun pakwe makwe, sekolah dan lain2. Blog2 genre lain yang tidak kurang glamer jugak adalah blog hiburan, blog politik, blok informasi dan blog keagamaan. Blog2 ni kebanyakannya ditulis oleh penulis solo, sekumpulan individu ataupun syarikat. Tapi kat sini gua bukan nak cerita sangat pasal blog, gua nak cerita pasal blogger2 yang seringkali menjadi idola, abang/kakak angkat, senpai, ayahanda, abang long, kak yong, godfather atau apa2 yg sewaktu dengannya kepada blogger2 lain yang sama genre.



Rabu, 30 Mei 2012

17 Lelaki pilihan mengikut kategori wanita

Sebelum ini gua ada buat satu entry pasal Wanita pilihan mengikut kategori lelaki di sini. Lepas itu seorang blogger wanita iaitu Cik Nurul Syuhada (thanx ye) yang sudah pun menjadi tunangan orang, korang takde can dah... telah membuat entry balas dari sudut mata seorang wanita pula mengenai "Lelaki pilihan mengikut kategori Wanita".

Kategori 1 - Perempuan budak sekolah

a) Lelaki jambu


9 Ensiklopedia gila

Ensiklopedia, (encyclopaedia) atau kadangkala dieja sebagai ensaiklopedia, merupakan koleksi maklumat atau himpunan fakta mengenai setiap cabang ilmu pengetahuan yang tersusun menurut abjad atau menurut kategori secara ringkas dan padat. Kalau dulu ensiklopedia ni dalam bentuk buku, tapi sejak ada Internet ni muncuk ensiklopedia online yang sangat popular yang boleh menyebabkan orang tak beli lagi buku ensiklopedia iaitu Wikipedia. Wikipedia ni penuh dengan fakta2 yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja pengguna Internet dan mempunyai admin yang akan mengawal selia penulisan2 tersebut yakni tiada fakta yang menipu atau berat sebelah. Namun pernah tak korang baca sebuah sebuah ensiklopedia gila yang penuh dengan fakta2 mengarut, namun sesetengahnya memang itulah realitinya yang berlaku.



Selasa, 29 Mei 2012

13 Antara K-Pop, Klon Najib, Adam Adli dan WWW1

Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 dah habis. Putrajaya kembali lengang. Banyak acara2 yang disediakan untuk menarik minat pengunjung yang rata2 budak sekolah yang bercamping atas nama Pengakap, Kadet, Pandu Puteri, PBSM dan lain2 persatuan beruniform, peminat2 sukan ekstrem seperti skateboard, rollerblade, parkour, Ninja Warrior Sasuke Malaysia, mat2 rempit, peminat kereta, peminat2 industri seni tanahair, peminat K-Pop, pekerja2 gomen yang duduk kat kuarters kerajaan di Putrajaya dan lain2 jenis orang. Dengan ini maka tercapailah sasaran 2 juta pengunjung, mungkin. Hadirin yang datang dengan niat untuk melihat pameran2 yang berkaitan dengan badan2 dan agensi2 kerajaan mungkin 5% sahaja.



Isnin, 28 Mei 2012

9 Tekad seorang Nami

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatetapberpijakdibuminyata_Nazmi/Article/


Boleh baca biodata dan perkembangan beliau di  http://www.nazmifaiz.com/.

Cool . Ini player Malaysia yang pertama aku tahu ada website sendiri . Dan mengikut berita , Beliau akan sentiasa mengikut pesan mak ayah dan berusaha untuk bermain di kelab-kelab elit Eropah.

Satu langkah yang bagus untuk perkembangan bola sepak. Dan diharap beliau tabah menghadapai cabaran di sana.

Kalau Hari Raya rindu rendang Mak, Nami boleh lah minta mak kirim serunding daging .

Uh-oh, Jangan lupa solat Nami.

Untuk info pasukan beliau , boleh wiki di sini.http://en.wikipedia.org/wiki/S.C._Beira-Mar.

Jersi Beira Mar yang sebijik macam jersi Malaysia


25 Wanita pilihan mengikut kategori lelaki

Dulu aku ada tulis kat sini pasal jenis wanita yang menjadi impian para lelaki yang nak buat bini. Ok itu mungkin impian atau angan2 sahaja dan bukan realiti. Kalau kita tengok realitinya, berikut adalah;

Jenis2 perempuan yang menjadi pilihan2 lelaki tempatan mengikut KATEGORI LELAKI:

1. Level: Kaya (atau bapak yang kaya/anak dato' atau menteri)



Ahad, 27 Mei 2012

10 Drag racing yang WTF

Aku tak berminat dengan sukan bermotor. Baik Formula 1 , Rally Paris -Dakar , Drag Haram tepi Highway, Drift dekat belakang Istana Kehakiman , Aksi Rempit jalanan dan sebagainya.

Ya, dan aku pernah mengikut lumba motosikal haram selepas zaman aku SPM dulu. Itupun sekali sahaja.

Sebab pada aku sukan bermotor sangat membosankan.Baik yang halal ataupun haram.

Kejadian malam semalam di Karnival Himpunan 1 juta  Belia Putrajaya 2012 yang menyebabkan 2 orang cedera parah dan 15 yang lain cedera menguatkan lagi perasaan aku..Sukan bermotor ini sangat bahaya dan BOSAN.


Ciri-ciri keselamatan penonton dan kereta drag tersebut sebijik macam Drag haram. Macam Blog serius review..Ya inilah mentaliti Third World Country macam Malaysia...

Asal boleh race, sudah....

Dan Menteri terlibat berkata, pihak keluarga mangsa faham dengan risiko tersebut dan tiada tindakan akan diambil ( Buletin Utama ,TV3, 27 Mei 2012)

Dan pihak lagi satu akan berkata pula, inilah BALA sebab buat karnival ala Hedonis.

Apa-apapun, aku berdoa semoga mangsa-mangsa yang terlibat selamat.



Boleh tengok Drag Race lagi kan....

Untuk keselamatan litar Drag , boleh wiki di sini dan sini. Kalau lebih detail kena Google sendiri

Sabtu, 26 Mei 2012

18 1Malaysia semakin tidak masuk akal

Telah menjadi suatu kebiasaan apabila seorang pemimpin yang baru naik, mereka akan memperkenalkan sesuatu dan idea yang baru untuk menunjukkan bahawa mereka adalah champion. Jarang sekali mereka nak meneruskan agenda dan idea daripada pemimpin sebelum. Seperti contoh Ali merupakan seorang ketua jabatan IT di sebuah organisasi telah memperkenalkan sebuah Sistem Pengurusan Akaun. Kos pembangunan sistem tersebut adalah RM1 juta. Setelah 3 tahun berkhidmat, beliau telah ditukar dan telah digantikan dengan ketua baru iaitu Abu. Abu melihat sistem tersebut mempunyai beberapa kelemahan. Untuk mengatasi kelemahan itu, instead of Abu cuba membaiki sistem yang lama itu yang dengan kos hanya RM100K, dia telah memperkenalkan sebuah Sistem Pengurusan Akaun 2 yang baru agar dapat menjadi champion dan pencetus kepada perubahan dan pembaharuan. Kos sistem baru yang dibangunkan semula daripada scratch itu bernilai kos RM2 juta. Sistem yang lama dilupus dan digajah putihkan begitu sahaja. Apa kaitan dengan tajuk entry ni?



Jumaat, 25 Mei 2012

16 Lady Gaga tidak gagah di Asia

Lady Gaga batal jelajah Asia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Lady Gaga butthurt terhadap Asia


Stefani Joanne Angelina Germanotta juga dikenali sebagai Lady Gaga (wiki di sini) membatalkan konsert Asia kerana mendapat tentangan keras di Korea Selatan , Indonesia dan Filipina.

Konsevatif Kristian Korea Selatan

Konservatif Kristian Korea Selatan menolak kerana lagu-lagu Lady Gaga memaparkan keburukan moral dan mengutuk Jesus Christ itu sendiri. Boleh dengar lagu Alenjandro yang double-meaning kat youtube.


Gue ngak suka ma Lady Gaga. Gue mahu dengarin UNGU aja kok..


Protes di Indonesia terhadap Lady Gaga didukung oleh Islamic Defender Force. Dan ancaman dari militia-militia yang berunsur ganas. Don't mess with them. Nanti gue ngebomin konser Lady Gaga...

Sementara itu di Filipina...


kalau mengikut Wall Street Journal blog , 70 orang Penganut Kristian mengadakan demo protes secara aman untuk membatalkan konsert Lady Gaga. Bukan macam demo itu hari........

Dan....

Seorang aktres Filipina Toni Gonzaga ( wiki ) dikecam hebat oleh kipas-susah-mampus Lady Gaga kerana beliau sudah tak suka dengar lagu Lady Gaga . Dan dianggap maksum oleh pengikut beliau yakni TIDAK BOLEH DIKRITIK DAN DITEGUR.Macam sesetengah pihak di Malaysia....termasuk Anon.

Toni Gonzaga : Lady mangha ay isang transvestite asong babae! (Bahasa Filipino ditranslate melalui Google Translate)

Aku pun dengar lagu Lady Gaga. Ada yang ok. Ada yang buasir otak.


Ngunit gusto ko Toni ganzago..  ;-)