 |
Illuminati?? |
Selamat Aidilfitri.
Raya adalah hari yang sangat menggembirakan. walaupun aku dah tua, kemeriahan raya masih lagi dirasai. Cuma sampai Raya kedua sahaja..lepas itu...sangap tak tau nak buat apa...
Tapi macam biasa, Raya memang membuasirkan Otak Melayu Marhaen seperti aku.
Perkara-perkara biasa yang disembang dengan kawan/saudara mara ketika beraya.
1. Kehebatan anak masing-masing.
Kalau yang datang itu kawan/saudara..Ya Allah..cerita pasal adik-beradik dia, anak-anak dia sahaja yang paling hebat dalam dunia ini. Baru belajar Phd kat UK, Baru dapat kerja gaji 20K, anak bawak jalan-jalan pergi Paris dan segala macam keriakan yang kau boleh ceritakan dalam dunia ini.
Serius, ada tak ibu bapa yang bangga kemaluan (dick) anak dia besar ?
Aku tanya ?
2. Kereta yang baru dibeli
Raya adalah tayangan kereta baru kawan/saudara. Yang baru beli Preve, Yang baru beli BMW second hand, ishh...cakap jerlah.... dan yang paling best bila kau sarkasm dengan dia, dia tak faham dan anggap itu komplimentari.
Contoh:
Kau : " Wah, dahsyat kereta baru kau ya....Mesti banyak hutang kau ?"
Dia : Tersenyum dan sedikit kembang bontot (bukan butthurt) , Aku bayar seribu sebulan duit kereta .(dengan fikiran setakat hutang seribu sebulan aku mampu)
3. Keseronokan balik umrah/haji
Alhamdullillah, kau dikurniakan rezeki dan kemampuan untuk menunaikan umrah /haji. Tapi kau punya cerita.... pasal awek Arab yang cun gila dan keseronokan melampau naik kapal terbang. Pakcik, pakcik seorangkah dalam Malaysia ini yang mampu naik kapal terbang?
Lagipun kenapa cerita pasal awek arab ? Kat Malaysia ini bersepah awek Arab yang cun...setan...
4.Perkahwinan/Pertunangan
Yang dah kawin, soalan bila nak dapat anak adalah sangat klise. Yang bujang sentiasa akan ditanya , bila kau nak kahwin?
Rugi ooo tak rasa nikmat bersetubuh...kata seorang member aku yang anaknya nak masuk tiga. Buasir otak dan hujung usus aku kalau sentiasa ditanya soalan segini. Jodoh maut kan Allah yang tentukan..sudahlah bertanya soalan klise, karang aku tanya soalan seperti
Kau apasal lepak tengah-tengah malam, tak bersetubuh dengan bini kau ? Dia datang bulan?...korang terasa kecil hati dan butthurt pulak macam Tanpa Nama...
5. Taksub politik/konspirasi
Ini part paling aku suka. Gelagat manusia-manusia yang berbaris dan berpakat. Siap lobi-lobi nak projek dengan aku pun ada. Yang peraih undi lagilah ramai.Yang tak tau apa-apa pun ada. Yang paling best adalah yang percaya dengan teori konspirasi. Yang percaya kiamat datang 2012 dan pengeboman London pada Olimpik 2012 pun ada. Mitos dan Melayu memang tak dapat dipisahkan.
Macam-macam.Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri.
JANGAN MAKAN KETUPAT SEGI TIGA SEBAB SEGITIGA ADALAH LAMBANG FREEMASON.