Pepatah ada mengatakan, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah gambaran yang dapat aku lihat menerusi foto di bawah. Badan kerengga yang 100 kali lebih kecil berbanding badan kumbang mampu diangkat dan dibawa menerusi tali penyidai pakaian. Semuanya atas usaha kerjasama sebuah pasukan. Bayangkan jika tidak ada kerja berpasukan, mampukah kumbang ini diangkat oleh seekor kerengga? Oh pastinya tidak!
