Sabtu, 13 Jun 2020

4 Malaysia lubuk duit orang luar negara

1. Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Dari dulu lagi, Malaysia dah menjadi lubuk duit bagi pekerja-pekerja asing yang datang secara sah mahu pun tidak sah terutama dari negara membangun untuk bekerja mencari rezeki di negara kita terutama dalam sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult)

2. Di zaman teknologi ini pula, Malaysia sekali lagi menjadi lubuk duit bagi orang luar negara, bukan sahaja dari Negara Membangun malah dari Negara Maju seperti US, Jepun, Korea Selatan, negara-negera Eropah dan sebagainya, sama ada mereka datang ke Malaysia, atau pun buat duit dari negara mereka sahaja tanpa perlu menjejakkan kaki di Malaysia.

3. Kerana apa? Kerana kebanyakan orang Malaysia secara umumnya mengkagumi orang luar, lebih-lebih lagi dari negara maju. Kita kagum dengan orang caucassian berkulit putih, kita kagum dengan orang Jepun dan Korea.


4. Maka apa jadi kalau orang yang kita kagumi itu pandai cakap Melayu? Kita rasa bangga dan teruja, lalu kita kongsikan, temuramah dia, masukkan dalam berita, panggil dia berlakon, bagi dia rancangan TV sendiri. Senang cerita, mat salleh kalau pandai cakap Melayu, terus famous sampai jadi selebriti.
5. Kalau mereka tak pandai cakap Melayu pun tidak mengapa, buat je video Youtube berkaitan Malaysia macam vlog travel ke Malaysia ke, buat cover lagu Malaysia ke, buat reaction video filem Malaysia ke, review makanan Malaysia ke, macam orang Korea yang buat review atau challenge makan Maggi atau orang Jepun makan durian, berduyun-duyun orang Malaysia hadir ke channel mereka.

6. Paling tidak pun sembang je pasal Malaysia, lebih-lebih lagi perkara positif tentang negara kita, pasti dapat sambutan hangat dan viral terus. Kalau tengok video-video mereka yang lain, mereka buat video pasal negara lain sendu je views. Tapi video pasal Malaysia, boooommmmm meletup terus. 

7. Jadi salah ke diorang buat benda tu? Tak salah pun. Mereka opportunis yang bijak mengambil peluang dan kesempatan yang ada. Mereka tahu orang Malaysia memang suka dipuji, suka main Internet, suka viralkan sesuatu, suka membawang, jadi mereka eksploitasikan peluang yang ada.

8. Jadi salah ke orang kita suka tengok orang luar negara yang buat video pasal Malaysia? Tak salah juga. Minat tu masing-masing. Lagipun siapa yang tak rasa bangga orang luar puji negara kita, orang luar suka makan makanan kita, orang luar bercakap bahasa kita. Aku sendiri pun rasa bangga juga, tak kira lah sama ada mereka memang betul-betul ikhlas puji atau sekadar nak meraih views.

9. Cuma aku nak cakap yang Malaysia ni lubuk views bagi mereka adalah suatu realiti. Lubuk views = lubuk duit. Bila makin ramai orang luar negara tahu pasal sifat orang Malaysia ni, percayalah, akan makin banyak orang luar negara buat video pasal Malaysia, dan mereka akan dapat laluan VIP, sedang ramai orang Malaysia sendiri masih merangkak-rangkak mencari sokongan di negara sendiri.

10. Malah seribu kali sayang, kita sukar berbuat hal yang sama di negara mereka. Kita pandai cakap Jepun, masyarakat Jepun tak peduli pun. Kita buat review makan Kimchi, orang Korea tak viralkan pun. Kita menyanyi lagu US, tak popular mana pun kat sana. Kita pandai cakap Perancis, kita tak jadi selebriti pun kat Perancis.

11. Benda macam ni sedikit sebanyak pasti akan menimbulkan juga rasa cemburu pada content creator tempatan tak kira lah dalam cabang apa sekali pun sama ada dalam seni lakon, muzik, lukisan, penulisan, vlogger, youtuber, streamer, gaming dan sebagainya, tak kira mainstream atau indie, syarikat atau persendirian. Tapi nak buat macam mana, hadap sahajalah realitinya.

12. Cuma dalam keghairahan kita memberi sokongan pada orang luar, berilah secebis sokongan pada orang kita sendiri. Tak banyak sikit pun jadi. Nak berharap orang luar support tu memang susah lah, dengan orang negara sendiri sahaja lah kita boleh mengharapkan sokongan.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: malaysia negara kita lubuk duit viewers view orang luar negara asing mat salleh jepun korea indonesia usa eropah puji bangga


4 ulasan:

  1. Cuma dalam keghairahan kita memberi sokongan pada orang luar, berilah secebis sokongan pada orang kita sendiri. Tak banyak sikit pun jadi.

    Paling setuju ayat ni

    BalasPadam
  2. Setuju... Apa salahnya juga kita sesama sendiri menyokong padu orang kita sendiri.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.