Jumaat, 12 Jun 2020

2 Yang boleh buat, buat. Yang tak boleh buat, ajar

1. Pepatah Inggeris ada mengatakan, "Those who can, do; those who can't, teach".

2. Secara literalnya ia bermaksud, orang yang dapat melakukan sesuatu dengan baik boleh bergantung hidup dengannya, manakala orang yang tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik boleh bergantung hidup dengan mengajar.

3. Pepatah ini sering disalah ertikan apabila ia dilihat seolah-olah downgrade profesion guru, yang mana orang yang jadi cikgu kerana dia tak reti buat kerja lain.


4. Namun pada pendapat aku ia bukan begitu. Bagi aku "Those who can do" tu lebih kepada orang yang ada bakat artistik atau sukan, manakala "Thos who can't" tu orang yang kurang bakat artistik dan sukan.

5. Tak dinafikan semua orang ada bakat, tapi bakat apa? Dan bakat ini pula, ada yang datang secara semulajadi tanpa sedar, ada yang muncul dengan usaha, ada juga yang bakat tidak akan muncul walau serajin mana pun orang itu berusaha.

6. Seperti contoh bermain bola sepak. Ada orang ada bakat semulajadi main bola sepak macam Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Dengan latihan dan usaha yang gigih, dia dapat tajamkan lagi bakat semulajadinya. Namun ada juga yang kurang bakat dalam bola sepak walaupun dia berlatih dengan keras, yang walaupun dia berlatih 200% lebih keras dari Ronaldo pun, belum tentu dia ada 10% dari bakat Ronaldo.

7. Jadi "Those who can, do", maksudnya kalau korang ada bakat dalam sesuatu yang artistik, buat dan serlahkan je bakat korang. Ada bakat suara yang sedap, menyanyilah. Ada bakat bermain gitar, mainlah gitar. Ada bakat melukis, lukislah. Ada bakat menulis, tulislah. Ada bakat berlakon, berlakonlah. Ada bakat main badminton, mainlah badminton. Ada bakat main game, mainlah game.

8. Tapi bagi yang kurang bakat nak buat apa pula? Ya, itulah "Those who can't, teach". Kalau kita kurang bakat dalam sesuatu, ada suatu benda yang sentiasa ada untuk kita, iaitu ilmu. Ilmu ini pula universal, siapa-siapa pun boleh belajar tanpa perlu bakat semulajadi pun. Jadi cari dan tambah ilmu dalam apa-apa bidang yang kita perlu atau pun mahu. Bila kita dah ada ilmu, maka kita boleh lah ajarkan pula ilmu kita pada orang lain.

9. Lalu berbalik kepada contoh tadi, jika kita tiada bakat dalam bola sepak, tapi kita masih berminat dalam sukan bola sepak, jadi kita boleh cari ilmu tentang bola sepak dan gunakan ilmu kita untuk ajar dan guide pemain bola sepak dalam bentuk kejurulatihan, penjagaan diet, penjagaan kesihatan, perawatan, perubatan dan sebagainya.

10. Sama juga dengan Youtube. Kalau tengok di Youtube, ramai orang serlahkan bakat artistik mereka di situ. Menyanyi, berlakon, berjenaka, main gitar, main piano, tunjuk skill bola sepak, parkour, melukis dan sebagainya. Jadi mungkin ada yang ingin buat video Youtube tapi tidak mahu kerana merasakan diri tiada bakat yang boleh ditunjukkan.

11. Jangan risau, kerana kita masih boleh belajar sesuatu ilmu dan pengetahuan, lalu sampaikan ilmu dan pengetahuan itu kepada orang lain melalui Youtube. Itu yang wujudnya video tutorial itu ini, panduan itu ini, cara itu ini, teknik itu ini dan sebagainya. Ada orang yang melaksanakan (execute), ada orang yang menyampaikan (instruct). Kalau semua orang nak jadi pelaksana, siapa yang nak jadi penyampai? Kalau semua nak jadi penyampai, siapa nak jadi pelaksana?

12. Jika korang rasa korang tiada bakat artistik mahupun sukan, jangan terlalu sedih dan rendah diri. Tidak mengapa untuk tiada bakat, selagi kita boleh mencari ilmu. Mana tahu, bakat kita yang sebenar bukanlah dalam bidang artistik, tetapi dalam bidang ilmu, akademik, pembelajaran, pengajaran, teknikal, psikologi, spiritual dan sebagainya. Lagipun, kan baik kita sebarkan ilmu yang kita ada, orang lain dapat manfaat, kita pun dapat.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: yang boleh buat laksana tak ajar mengajar bakat ilmu pengetahuan waris warisi


2 ulasan:

  1. Aku ni Jadi pomen Lori dah Dekat 24 tahun. Kekadang bila Jumpa mamber lame. Selalunya, selain tanya tinggal Mame, anak Berapa org, tinggal rumah sewa ke Beli, akan ditanya, Ko buat ape skang. Selalunya aku anak jawab, dulu Ko kenal aku, Aku keje ape, Jadi Itu la keje Aku Skang, ape keje lain Yg aku tau buat.... Cuma Bezanya, dulu Aku makan gaji, Skang aku keje sendiri.... Tu la ceritanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe bro. setiap orang ada rezeki dan kehidupan masing2. janji kita cari rezeki halal, tak kacau orang dan tak memandang rendah pada orang lain.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.