1. Industri muzik tempatan pada ketika ini boleh dirumuskan seperti ini. Pertama, asal viral boleh jadi penyanyi. Kedua, orang terlalu try hard nak tiru K-Pop.
2. Dia macam ni. Nak jadi penyanyi atau pemuzik ni kau boleh pergi jauh kalau kau ada suara yang sedap, atau ada lagu yang popular. Tapi kalau kau takde pakej tu pun, kau masih boleh pergi jauh kalau kau pandai cover lagu buat parodi atau buat lagu berunsur komedi.
3. Kalau di Malaysia contohnya macam saudara Azman Naim dan DD Chronicle. Kalau di luar negara macam 3way Asiska dari Indonesia dan Sandaru Sathsara dari Sri Lanka (Kalau tak tahu cari je di Youtube).
4. Kalau kau takde suara yang sedap tapi masih mahu jadi penyanyi sebenar dan bukannya penyanyi komedi atau parodi, hanya sebab kau kaya dan popular hasil kontroversi; atau kau ada jutaan followers kat TikTok, at the end kau hanya akan dijadikan bahan untuk orang buat shitpost.
5. Selain itu, kenapa kita macam terlalu bersungguh nak tiru K-Pop, siap ada penjenamaan M-Pop yang dirujuk sebagai K-Pop versi Malaysia? K-Pop itu apa? K-Pop tu shortform bagi "Korean popular music", di mana aliran muzik moden mereka lebih tertumpu kepada sub-budaya idol berkumpulan untuk menarik fandom di kalangan remaja dan belia muda. Jadi apa perlunya M-Pop kalau ia dirujuk sebagai Malaysian popular music? Sebelum ini Malaysia tiada muzik popular kah?
6. Malaysia sebenarnya tak perlu pun meniru formula yang sama seperti K-Pop, sebab Malaysia sejak dulu lagi dah ada identiti dan budaya muzik popular yang tersendiri. Maka tak perlulah nak buat group macam K-Pop, lagu macam K-Pop, menari macam K-Pop, dressing macam K-Pop, sebab at the end akan dibandingkan jugak dengan K-Pop. Ya, mungkin ada orang cakap ada je group K-Pop Malaysia yang bagus, tapi sejauh mana mereka boleh pergi, dan selama mana mereka boleh bertahan?
7. Jangan kata Malaysia, orang negara lain seperti Indonesia, negara-negara Eropah, Amerika dan sebagainya, mereka kalau nak immitate K-Pop culture pun memang tak sesuai dan susah nak diterima, malahan akan dilabel cringe oleh orang mereka sendiri.
8. Dan kita pun lagi lah sangat tak sesuai nak immitate K-Pop culture. Orang Korea yang nak jadi idol K-Pop muka kena hensem jambu bagi lelaki dan cantik bagi perempuan. Mereka boleh buat plastic surgery, boleh bersolek itu ini, pakai seksi-seksi dan sebagainya tanpa kena judge.
9. Sedangkan kita, dari sudut agama dan budaya banyak batasannya, tambahan lagi muka kita ini muka melayu. Kalau hensem pun, hensem kita hensem melayu, bukan hensem Korea. Bayangkan kalau yang lelaki tu muka melayu habis tapi rambut warna-warni, pakai make-up tebal, gincu hitam. Tak sesuai. Perempuan pulak tak boleh pakai seksi-seksi sangat. Nak buat plastic surgery pun haram.
10. Ikutkan takde masalah pun orang kita buat kumpulan muzik lelaki/perempuan malah sejak dulu lagi pun dah ada, tapi yang boleh diterima dan diminati ramai warga tempatan adalah kalau genrenya pop, ballad, R&B, hip hop, rap dan nasyid, bukan genre K-Pop yang lagu berentak laju diiringi koreografi tarian yang rumit dari awal sampai akhir.
11. Contohnya kalau kumpulan lelaki tengok saja kumpulan seperti KRU, 4U2C, Innuendo, Indigo, Ruffedge, Phyne Ballerz, V.E, Forteen, In-Team, UNIC, Too Phat, Poetic Ammo, Pop Shuvit, K-Clique dan sebagainya, yang kekuatannya adalah pada vokal atau lagu yang sedap. Mereka boleh grab audien tempatan yang agak ramai pada zaman mereka tanpa terlalu dibandingkan dengan sesiapa.
12. Tapi bila kita cuba buat kumpulan K-Pop versi Malaysia, kita susah nak grab audien tempatan malah di kalangan peminat K-Pop sendiri, sebab peminat K-Pop Malaysia ni kalau mereka minat K-Pop, mereka akan jadi die hard fans kumpulan K-Pop original dari Korea Selatan sana, buat apa nak minat orang Malaysia yang jadi K-Pop. At the end, kau nak grab peminat di kalangan warga tempatan pun susah, apatah lagi nak grab audien luar negara termasuk dari Korea itu sendiri.
13. Cuma ya lah, muzik ini universal. Kalau ada yang nak buat kumpulan K-Pop juga terpulanglah, cuma jangan buat setengah masak. Kau kena buat serba serbi perfect seperti mana kumpulan K-Pop. Lagu, vokal, tarian, muzik video, semua kena perfect, contohnya macam kumpulan Dolla. Kalau tidak, yang hadir di ruangan komen hanyalah kecaman atau nasihat suruh berlatih 5 tahun sebelum debut, dan kau akan lebih popular sebagai meme material berbanding muzik kau sendiri.
14. Last sekali, kita ramai pelapis baru dalam bidang nyanyian vokal, tapi kita tak ramai pelapis baru yang boleh main alat muzik macam gitar, drum dan sebagainya. Susah nak jumpa remaja belasan tahun yang boleh main alat muzik. Ada tu ada tapi tak ramai dan susah nak jumpa.
15. Suatu ketika dulu kita ada band-band kugiran anak muda pelbagai genre yang popular macam OAG, Butterfingers, Exists, New Boyz, Hujan, Bunkface dan sebagainya. Tapi zaman pasca 2020 ini susah nak jumpa pelapis baru kumpulan-kumpulan band ni.
16. Jadi ada dua benda je aku harapkan untuk masa depan industri muzik tanah air yang kini di bahu generasi-generasi baru. Satu, naikkan semula kumpulan band muzik. Kedua, naikkan semula lagu irama Melayu yang kini ada beberapa penyanyi muda cuba usahakan, tahniah untuk itu.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: masa depan industri dunia muzik tempatan tanah air pasca 2020 kpop mpop iqbal cent2ry equals monster cringe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.