1. Zaman sekarang ada orang berpendapat masuk universiti tak berbaloi, tak penting pun belajar tinggi-tinggi, tak guna pun ada degree, master dan PhD, sebab kalau belajar tinggi pun nanti nak dapat kerja susah. Orang yang tak belajar tinggi pun ada je yang berjaya dapat jadi jutawan peroleh pendapatan besar.
2. Sebelum kita fikir lebih jauh, kita kena faham. Kenapa kita belajar? Kenapa manusia belajar?
3. Pertama, manusia belajar bila perlu. Kedua, manusia belajar kerana minat.
4. Kenapa manusia perlu belajar? Kita belajar kerana kita ada matlamat, objektif, cita-cita dan keinginan yang kita perlu capai. Matlamat, objektif, cita-cita dan keinginan ini tak semestinya sama bagi setiap orang.
5. Seperti contoh, kenapa dulu kita belajar kat sekolah? Ada yang belajar sebab tak nak kena marah dengan ibu bapa, ada yang belajar sebab nak dapat keputusan baik dalam peperiksaan, ada yang belajar sebab nak popular di kalangan murid dan cikgu.
6. Ada orang cakap tak guna belajar kalau sekadar nak dapat keputusan cemerlang atau lulus dalam peperiksaan. Malah ramai orang pun waktu di sekolah mereka belajar semata-mata kerana nak ambik peperiksaan, contohnya SPM.
7. Yalah, sebelum SPM orang belajar bersungguh-sungguh. Habis je SPM, buku-buku sekolah langsung tak sentuh dah. Malah lepas beberapa bulan, tanya lah balik apa-apa subjek yang dulu punyalah kita faham macam Add Math, Kimia dan sebagainya, mesti ramai dah tak ingat.
8. Jadi adakah benda ini suatu masalah? Yang sebenarnya takde masalah pun kalau orang belajar sekadar nak dapat keputusan cemerlang atau lulus peperiksaan, sebab itu adalah matlamat mereka.
9. Tak kiralah apa sebabnya kita belajar, itu semua adalah matlamat. Jika tiada matlamat, jangan harap la seseorang tu nak belajar. Jadi berbalik kepada penting ke tidak bagi seseorang itu masuk universiti, ia bergantung pada matlamat orang itu.
10. Contohnya, jika seseorang itu matlamat dia nak jadi engineer, dia kena masuk universiti ambil degree engineering. Jika matlamat dia jadi doktor, dia kena masuk universiti belajar medik. Jika matlamat dia jadi cikgu, dia boleh masuk institut perguruan.
11. Ada orang pula sambung belajar based on kelayakan minima sesuatu jawatan. Seperti contoh jika matlamat dia nak kerja gomen jadi pegawai, dia kena ambik degree sebab itu minima kelayakan untuk jadi pegawai gomen. Jika matlamat dia nak jadi profesor universiti, dia kena sambung master dan PhD sebab itu syarat kelulusan akademik yang dia kena ada.
12. Sebab tu kita jangan perlekeh orang yang nak sambung belajar tinggi-tinggi untuk capai matlamat mereka, sebab setiap orang berbeza dan punyai matlamat berbeza. Ada orang belajar tinggi nak jadi doktor, cikgu, peguam, pensyarah dan sebagainya. Ada orang tak nak belajar tinggi sebab nak jadi influencer, TikTokers dan sebagainya sebab nak dapat duit banyak itu lantak dia lah. Yang penting kalau kau sakit nanti, atau nak bagi pendidikan kat anak-anak, kau akan cari doktor dan cikgu juga, bukan cari influencer dan TikTokers.
13. Samalah situasinya kalau matlamat seseorang nak jadi pemain bola profesional, dia kena masuk akademi sukan belajar main bola. Kalau matlamatnya nak jadi rider makanan, dia kena belajar cara bawa motor. Kalau matlamatnya nak berniaga jual burger, lepas SPM pun dah boleh terus start berniaga sebab nak berniaga tak wajib ada ijazah, tapi dia tetap perlu belajar cara nak buat burger dan cara nak berniaga.
14. Maka manusia akan belajar suatu ilmu bila dia perlu atau bila dah tiba masanya walaupun ada kalanya dia tak minat. Ada orang terpaksa belajar macam mana nak masak, basuh baju dan lipat kain bila dah tak tinggal dengan ibu bapa. Ada orang terpaksa belajar kat Youtube macam mana nak tukar lampu bila mana lampu dia terbakar. Ada orang kena belajar macam mana tukar lampin bayi dan buat susu lepas dah dapat anak.
15. Manusia tak perlu dan takkan mampu belajar semua benda sebab ilmu ini terlalu luas. Orang yang belajar engineering tak perlu dah sambung belajar medik. Orang yang ambik degree akaun tak perlu lagi ambil degree undang-undang. Orang yang dah ada degree komunikasi tak perlu lagi ambil degree IT.
16. Namun ada orang akan belajar suatu ilmu itu jika dia minat, walaupun benda tu bukan satu keperluan untuk dia. Ada orang dah ada degree dalam suatu bidang, dia ambil lagi degree dalam bidang yang lain sebab dia minat. Ada orang bekerja dalam bidang lain tapi sebab dia minat melukis, dia belajar melukis; atau dia minat muzik, dia belajar main muzik; atau dia minat pada masakan, dia akan belajar memasak.
17. Cuma ramai orang salah faham bila mereka anggap lagi tinggi ilmu seseorang, lagi murah rezeki dia, atau lagi tinggi gaji yang sepatutnya dia dapat. Tidak. Rezeki tidak bergantung pada ilmu yang ada pada seseorang, sebaliknya rezeki adalah anugerah dari Allah Taala.
18. Akhir sekali, kita kena faham yang semua ilmu di dunia ini adalah suatu yang kita belajar apabila kita perlu dan minat, tapi ilmu yang kita wajib belajar sepanjang hayat kita adalah ilmu agama kerana ilmu inilah yang menjadi panduan hidup dan juga bekalan di akhirat nanti.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: tak guna penting perlu masuk universiti belajar tinggi ambik kursus jurusan degree ijazah sarjana muda diploma master phd berjaya kaya jutawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.