Nampaknya harapan Malaysia untuk memperolehi pingat Emas yang pertama musnah apabila Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan 3 set pada perlawanan final untuk perebutan pingat Emas. Nampaknya pesanan dari PM Najib Razak serta kehadiran Rosmah Mansor dan bini TPM Puan Sri Norainee Abdul Rahman ke London bagi memberi sokongan kepada LCW masih belum mampu untuk mengubah badinya di Olimpik Beijing 4 tahun lepas. Tapi seriously, takkan harapan untuk menang pingat emas hanya diletak pada
bahu Lee Chong Wei sorang sahaja? Kalau aku jadi LCW pun aku rasa
tertekan nak mampus.
Keputusan penuh Badminton Men's Single Gold Medal Match:
Disebalik kehadiran Rosmah ke London, ada suara2 yang mempersoalkan ketidakwajaran First Lady dan isteri TPM pergi ke sana dan dikatakan lebih baik duit yang digunakan untuk menghantar mereka ke sana digunakan untuk membantu anak2 yatim terutama ketika bulan Ramadhan ini. Ada juga pihak yang mempertahankan lawatan mereka ke sana atas alasan Rosmah Mansor merupakan penaung BAM sama seperti mantan penaung BAM sebelum ini seperti Tun Dr. Siti Hasmah yang perlu hadir demi memberi menaikkan semangat dan moral LCW untuk mengalahkan Lin Dan. Wajar atau tidak bukan persoalannya, kerana Lin Dan tetap sukar dikalahkan walau Rosmah datang atau tidak.
Walau aku ada sedikit kecewa tapi hakikatnya aku sebenarnya takdelah rasa ralat atau sedih sangat bila LCW kalah, sebab kalau ikut sejarah perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, kemenangan lebih banyak memihak kepada Lin Dan. Dan even kalau LCW tak dapat apa2 pingat pun aku tak sedih, kerana hakikatnya kita terlalu bergantung kepada satu dua individu yang berbakat luar biasa yang pernah Malaysia lahirkan dalam satu2 masa. Contohnya bila muncul sahaja LCW, kita semua letak harapan tinggi. Bila muncul sahaja Azizulhasni Awang, kita semua letak harapan tinggi. Bila muncul sahaja Nicol David, kita semua letak harapan tinggi, cuma sayang Squash tak dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Apa akan jadi bila altel2 berbakat yang muncul dalam generasinya bersara? Apa akan jadi kalau Chong Wei bersara, Azizulhasni bersara, Nicol bersara, sama seperti suatu ketika dulu kita ada bintang bowling Shalin Zulkifli, bintang badminton adik-beradik Sidek yang begitu hebat ketika era masing2, namun lepas mereka bersara sahaja hampir sukar untuk Malaysia menghasilkan bintang baru yang benar2 berbakat besar sepert mereka yang kita boleh letakkan harapan untuk kejohanan besar2 seperti Sukan Olimpik, Piala Thomas dan lain2.
Walaupun Malaysia mungkin tidak mampu nak menjadi kilang menghasilkan ramai atlet bertaraf pingat Olimpik seperti negara China dan USA, tapi at least mungkin kita boleh belajar sesuatu dari negara mereka bagaimana hendak menghasilkan bintang dan bakat2 baru secara berterusan dalam beberapa sukan utama. At least tanggungjawab dan harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pingat bukan diletakkan di bahu seseorang individu sahaja tetapi secara berkumpulan.
* Dulu aku tulis kat
sini kenapa aku stop tengok sukan olimpik, hari ni ada 2 sebab lagi kenapa aku stop tengok, satu sebab LCW kalah, satu lagi sebab baru je kejap tadi Roger Federer kalah dengan Andy Murray untuk Gold Medal Match Men's Single Tennis, 2 kekecewaan untuk malam ini, tapi dah adat ada menang kalah nak buat macam mana. Cuma bilalah agaknya negara kita akan dapat menghasilkan pemain tenis professional bertaraf dunia. Nampaknya nasib Chong Wei dengan Federer ni sama je, sama2 banyak memenangi kejohanan dunia dan sama2 merasa dok kat ranking no #1 dunia tapi sama2 tak pernah menang emas di Sukan Olimpik.


tags: lee chong wei lin dan china perlawanan akhir pingat emas gold medal match final badminton men's single perak silver kalah olimpik olympic london 2012 games perdana menteri najib razak beri sokongan pesanan harapan rakyat Malaysia demi negara rosmah mansor puan sri norainee abdul rahman isteri tpm pm tennis roger federer lost andy murray wimbledon juan martin del porto bronze gangsa switzerland great britain argentina