Khamis, 25 Februari 2016

18 Buasir Otak: The Komik dari Indie ke Mainstream

Masa kecik dulu aku ada beberapa impian dan cita-cita, salah satunya adalah melihat buku aku sendiri di rak-rak di kedai buku. Tak kira buku berbentuk penulisan ataupun buku komik, janji buku hasil buah tangan aku. Ketika aku mula-mula mengumpul rakan pelukis untuk berkolaborasi menerbitkan buku Buasir Otak: The Komik secara indie 2 tahun lepas, separuh daripada impian aku ini sudah tercapai.

Dan kini, impian aku ini telah tercapai dengan sepenuhnya apabila buku sulung kami Buasir Otak: The Komik yang pernah kami terbitkan secara indie dulu akan diterbitkan semula di pasaran mainstream oleh pihak Alaf 21 (Kumpulan Media Karangkraf). Ini bermakna anda boleh mendapatkan terus buku Buasir Otak: The Komik yang pertama ini terus di kedai-kedai buku utama yang berhampiran dengan anda!



11 Cara kongsi kandungan media sosial dengan betul

Tahukah anda, button Share di Facebook itu wujud untuk memudahkan anda kongsi post status, gambar dan video dari page atau profile orang lain? Tahukah anda button Share itu bukan hanya sekadar hiasan dan tidak wujud dengan sia-sia?


Rabu, 24 Februari 2016

10 Asal usul makanan Nasi Goreng USA

Tahukah anda yang Nasi Goreng USA itu bukan berasal dari negara Amerika malah tiada dijual pun di negara itu? Yalah, orang US mana nak makan nasi pun. Dah tu dari mana datang nama Nasi Goreng USA tu? Kini segala persoalan anda telah terjawab dengan fakta yang tak berapa penting tentang Nasi Goreng USA ini.


Selasa, 23 Februari 2016

13 Kesilapan generasi dulu bukan untuk diwarisi

Hangat isu geng Raver dengan tarian Boek mereka baru2 ini, trend baru di kalangan anak2 muda Melayu ini mendapat banyak respon daripada netizen terutama daripada generasi yang lebih tua. Ada yang menegur, ada yang mengutuk, ada yang menyokong, ada yang mempertahan, ada yang tak peduli.

Aku juga silap kerana terkutuk tarian ni cakap tarian sampah macam sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai. Maafkan kekasaran bahasa aku ini kerana tidak mampu menahan perasaan jengkel aku terhadap tarian ini. Mungkin aku perlu gunakan bahasa2 yang lebih baik untuk menasihati budak2 muda ini.


Isnin, 22 Februari 2016

12 Kebaikan bukan terletak pada warna kulit

Hari Jumaat minggu lepas, keluar je dari masjid selepas selesai solat Jumaat, ada satu kereta yang tayar depannya terbenam dalam tanah lumpur di kawasan tempat letak kereta sehingga tak boleh gerak. Pemandunya seorang budak melayu yang usianya mungkin sekitar awal 20-an dengan bapanya. Wajah bingung dan buntu jelas terpancar dari wajah mereka tidak tahu nak buat apa.

Tak lama kemudian ramai orang berkumpul di kereta mereka. Antara mereka itu ada orang Melayu, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan India yang baru sahaja keluar dari masjid. Tanpa banyak tanya dan berlengah, mereka semua bersama2 menghulurkan pertolongan membantu menolak kereta itu keluar dari tanah lumpur itu.

Insiden ini terus mengingatkan aku semula yang kebaikan itu bukan terletak pada warna kulit, pangkat, bangsa, agama, darjat, keturunan, asal usul mahupun kenegaraan seseorang, tetapi ianya wujud dalam hati.


15 Adik, tak berbaloi pun jadi budak cool

Sekolah menengah merupakan era yang banyak mengubah saya. Mungkin majoriti yang mengatakan sekolah rendah adalah zaman terbaik dan sekolah menengah adalah zaman terburuk. Saya pula terbalik zamannya. Sebabnya pada sekolah rendah saya boleh kata sebagai budak yang kurang bersosial dan tak ramai kawan. Ibu bapa pun tahu dan risau tentang pergaulan saya (Hingga sekarang mereka masih social saya sama seperti sekolah rendah). Saya belajar soft skill pada masa tersebut dan sangat membantu saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi hingga sekarang. Antara benda yang saya belajar adalah cuba ambil tahu apakah trend yang budak suka. Pada masa ini, saya mula terdedah pada trend shuffle dance.



Ahad, 21 Februari 2016

28 Anak muda Melayu Raver dengan tarian Boek sampah

Kalau beberapa tahun lepas ketahian budak2 baru nak up adalah hot stuff Pavi bani Hudson dan Evans, kemudian diikuti dengan bani K-Popperz dan bani WeChat, kini muncul satu lagi trend sampah yang popular di kalangan budak2 baru nak up bani Melayu iaitu trend Raver dengan tarian sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai yang mereka gelar Boek Dance. Serius, apa kejadahnya semua ni?



Sabtu, 20 Februari 2016

12 Lambakan drama murahan tragedi kecelakaan TV melayu

Kita selama ini merasakan rancangan dan drama melayu di kaca TV sangat murahan dan sampah dengan cerita cinta khayalan yang tidak kesudahan tentang lelaki kaya, anak Dato', kacak, sado, belajar luar negara, jadi bos di syarikat besar, dipaksa atau terpaksa kahwin dengan perempuan cantik, kawan dari kecil, atau bekas mangsa yang dirogolnya dan pelbagai lagi skrip dan jalan cerita yang sangat cliche.

Namun kenapakah semua hal ini berlaku? Adakah para pembikin drama melayu ini tidak pernah terfikir akan lambakan kesampahan itu? Baca perkongsian oleh mereka yang berada dalam industri seni hiburan ini sendiri tentang hal ini.


Jumaat, 19 Februari 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 4

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 kembali lagi untuk minggu ke-4. Kali ini hanya tinggal 12 peserta yang akan bertanding setelah 2 peserta tersingkir pada minggu lepas iaitu Kavin dan Chilok. Tema malam ini adalah Komedi Bermoral, dan bila menyampaikan lawak yang mempunyai mesej ini kadang2 ia boleh memakan diri sendiri menjadi kurang lawak. Apa2 pun semoga semua peserta dapat buat yang terbaik malam ini.



Khamis, 18 Februari 2016

20 Import pekerja asing hanya mengulang sejarah lama

Dulu tersingkap sejarahnya. British kata Melayu tak pandai menoreh, maka di import orang india ke Malaya utk memperkasakan industri getah.

British kata Melayu tak kuat melombong maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih. Hampir 100 tahun india dan cina berasimilasi dalam kehidupan berkomuniti dengan masyarakat Melayu. Pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.

Melayunya dipesisir dan kampung kampung hidup dengan gaya feudal. Raja dan bangsawan dihormati. Hamba sahaya ibarat kais pagi makan pagi.. sawah berhuma memukat jadi pekerjaan ruji.