Jumaat, 16 Januari 2015

40 Baju kurung seragam sekolah yang mencolok mata

Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

Gambar hiasan
“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung.


Sumber Siakap Keli. Sumber asal dalam bahasa Inggeris The Rakyat Post.

Malah seorang ketua sekolah mendakwa yang punca isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan melayu disebabkan masalah komunikasi dan salah tafsir.
Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

Sumber Malaysiakini.

Baju kurung ada banyak butang ke? Setahu aku baju kurung cuma ada satu butang je. Kalau setakat isu butang maka pelajar bukan melayu tak boleh pakai baju kurung, macam mana pula dengan pelajar melayu yang pakai baju kurung tapi tak butang baju mereka?

Aku harap sekolah2 kat Malaysia ni tak payah la nak timbulkan isu2 remeh macam ni lagi. Apa masalahnya orang bukan melayu pakai baju kurung, tak termaktub pun dalam kitab lama bani melayu yang baju kurung itu hanya boleh dipakai oleh orang melayu, bak kata budayawan dan tokoh sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang baju kurung milik orang Malaysia. Yang melayu sekarang pakai baju kemeja, seluar, blouse, gown dress, seluar pendek, seluar jeans, takde pulak aku dengar orang Barat atau orang Yahudi marah sebab kaum lain pakai macam diorang.

Malah Menteri Pendidikan sendiri iaitu TS Muhyiddin Yassin sendiri cakap tiada halangan pelajar bukan Melayu pakai baju kurung, so sekolah tak payah lah pandai2 buat peraturan sendiri.

Walaupun ada yang kata larangan itu dibuat sebab ada pelajar non-muslim pakai baju kurung tak pakai singlet sehingga menampakkan baju dalam, maka wajibkanlah pelajar wanita pakai singlet kalau pakai baju kurung. Aku rasa bukan pelajar non-muslim sahaja, tapi pelajar muslim yang pakai baju kurung tapi tak pakai singlet pun bra dan badan diorang boleh nampak walau diorang pakai tudung sebab baju sekolah tu dah terang2 warna putih.

So bila baca2 balik semua berita dan komen, semuanya sebenarnya berkisar kepada masalah baju kurung seragam sekolah itu sendiri yang bersifat kurang sesuai dipakai kerana jarang.

Teringat pulak pada isu pada suatu ketika dulu pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran pernah dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."

Sumber Malaysiakini.

Tak sangka pasal uniform sekolah je pun boleh meningkatkan nafsu lelaki dan mengundang kepada gangguan seksual. Tapi kalau ikut aku, aku setuju kalau uniform sekolah ditukar, bukan sekadar kerana ia jarang, tapi sebab uniform sekolah kat Malaysia buruk dan old-fashioned berbanding di negara2 lain.

Vietnam | Korea Selatan

Jepun | Russia

Jerman | UK

 US

Baca juga ini "Pakaian penjawat awam wanita yang mencolok mata".


P/S: Kalau ada yang komen "apsal mencolok mata", istilah yang betul adalah "menjolok mata", baca ini - "Menjolok mata dengan apa?".




tags: pelajar perempuan bukan melayu berbaju kurung tidak dibenarkan masuk kelas halau tukar baju pinafore seragam uniform sekolah jarang seksi vs beza comparison negara lain other country vietnam korea selatan south jepun japan russia germany jerman uk united kingdom england british us america usa

40 ulasan:

  1. colok sembahan kham muu pertama mencolok mata awek kaca mata jernih

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju patut kalau bukan melayu kena pakai baju singlet dalam....

      Padam
    2. Biasanya kalau sekolah tu disiplin dia ketat, keputusan peperiksaan sekolah itu akan lebih baik. Kalau disiplin kucar kacir, selalunya keputusan peperiksaannya pun kucar kacir.

      Padam
  2. Biar la pihak sepatutnya siasat... ada sbb sesuatu pekara belaku... yg menteri tu pun melenting apahal??? Sbb kaum dia ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya benda ni berlaku bila ketua ni dapat maklumat tak lengkap. Bila maklumat tak lengkap, macam2 andaian akan timbul.

      Padam
    2. Susah jalankan tugas sebagai penolong kanan murid dan pengetua nih. Kalu tak ambik tindakan, lepas tu berlaku kejadian buli ker, kes lahir bayi ker, kes termengandung ker, kes bercumbu kat kelas ker..... pengetua ngan penolong hal murid jugak yang akan dipersalahkan. Tapi kalu ambil tindakan pencegahan awal terlalu tegas pun akan kena tindakan jugak...

      susah jugak jadik cikgu ni yek....
      kita mak bapak ni cuma tahu cucuk buat anak aje. Lepas tu hantar kat sekolah suruh cikgu jaga.....hehehe

      Padam
    3. ha'ah mmg ssh pn jd cgu nie,ank kowrg yg serupe lutong tu kitowrg kne jg elok2 siap susukn, ank kitowrg snri pula mati lemas trtggl dlm kete.

      Padam
  3. Secara umum, bila pakaian seragam sekolah ialah 'baju kurung sekolah' untuk pelajar perempuan (lebih-lebih lagi sekolah menengah) - ianya lengkap dengan tudung. Itu lebih baik. Kena terapkan nilai ini kerana sudah akil baligh dan tuntutan agama. Jika pelajar perempuan bukan Islam ingin memakai pakaian seragam 'baju kurung sekolah' dalam konteks ini maka mereka juga kena ikut selengkapnya.

    Sedangkan pemakaian tudung yang terlalu singkat oleh pelajar Islam juga ditegur oleh pihak sekolah dan dinasihatkan supaya menukar tudung tersebut kepada yang lebih sopan (pembaca fahamkan masalah ini ya); tindakan mereka yang langsung tidak bertudung saya fikir adalah lebih keterlaluan.

    Bagus jika bukan Islam suka ikut peraturan yang ditetapkan kepada pelajar Islam di sekolah; tetapi ikutlah 100% peraturan tersebut. Jangan permainkan peraturan sedia ada untuk satu pihak. Ianya bakal jadi 'precedent' untuk pelajar perempuan Islam untuk langgar peraturan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju kurung bukan hanya untuk dipakai org Islam sahaja.. Siapa2 pun boleh pakai baju kurung. Yang bukan Islam dan tak wajib dlm agama mereka bertudung/tutup aurat wajibkan pakai singlet/baju lapis..

      Padam
    2. Dalam buku disiplin dah diwajibkan pun pakai butang, lengan jangan lipat2, pakai singlet, pakai bra yg tak mencolok mata, pakai kain dalam dll. Tapi biasalah, budak2, mana dema nak ikut suma tur terutamanya kalu panas dalam kelas. Dulu masa aku sekolah, awek sebelah aku siap singsing kain sampai kat peha time cikgu belum masuk kelas. Awek tu kata panas sangat.

      Tapi kan, cun woo kalu awek putih gitu pakai baju kurung.
      Belaja pun tak boleh masuk otak, wa cakap lu....

      Padam
  4. Pakai singlet or simis la. Kami sekolah dulu pakai tudung labuh pun kena cek pakai simis dan kain dalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana diorg check? Ada diorang selak baju & kain?

      Padam
    2. cgu pmpuan la yg buat spotcek, pe bodo nye anon fake anuwarrr..

      Padam
    3. yg budak laki, cikgu laki dan pengawas laki buat spotcek. yang budak pompuan, cikgu pompuan dan pengawas pompuan buat spotcek.

      Padam
  5. pemakaian baju kurung takde masalah. selalunya jadi masalah apabila, sudahlah tak pakai simis/singlet/baju nipis belah dalam, ketat pula tu, tak berbutang pula dan jarang tembus..
    Haha..rimas mata.

    oh, betullah. aku pun pelik juga bila baca statement dia, butang semua baju? bukan baju kurung ada satu butang saja ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas tu yang paling rimas budak tingkatan 1 pakai baju kurung je.. tak pakai bra & singlet langsung. Pedih mata tau pedih.. aish!

      Padam
    2. sekolah mana turr???

      Padam
    3. Pemberita biasanya suka pusing cerita atau gunakan bahasa sendiri utk tulis cerita. Biasanya bila ada kes di sekolah, pengetua tak akan buat sidang akhbar. Mungkin pemberita menyamar dan apabila ditanya secara tak langsung, pengetua itu akan menjawab:

      1. kejadian itu berlaku akibat salah faham - (ia boleh sahaja diubah menjadi "murid itu dan bapanya tidak faham komunikasi yang telah diberi" oleh penulis terutamanya jika penulis jenis terburu2 atau kurang fasih BM atau saja nak lariskan akhbar/ blog)

      2. saya tidak berada di sekolah pada waktu kejadian - (ia boleh sahaja diubah menjadi "saya tidak berada di sekolah ketika kejadian. Jika saya berada di sekolah, sudah tentu kejadian itu tidak akan berlaku" oleh penulis terutamanya jika penulis jenis terburu2 atau kurang fasih BM atau saja nak lariskan akhbar/ blog)

      3. Murid bukan islam tidak dilarang memakai baju kurung tetapi MEREKA SEMUA MESTI MENGANCING BUTANG BAJU MEREKA - (ia boleh sahaja diubah menjadi "murid bukan islam tidak dihalang memakai baju kurung. Mereka MESTI MEMAKAI SEMUA BUTANG BAJU MEREKA" oleh penulis terutamanya jika penulis jenis terburu2 atau kurang fasih BM atau saja nak lariskan akhbar/ blog)

      4. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Sila berhubung terus dengan pihak jabatan pelajaran - (jawapan ini mungkin tidak akan ditulis langsung oleh pemberita kerana jika ditulis, berita akan jadi hambar dan kurang menarik perhatian pembaca)

      5. Pemberita atau penerima aduan juga mungkin tidak menulis atau tidak mahu bertanya pengadu kenapa budak perempuan itu tidak dibenarkan masuk kelas - (mungkin pemberita atau penulis akan mengetahui bahawa sebabnya ialah pakaian kurung amat tidak sesuai sekiranya dipakai di sekolah dalam keadaan:
      a. tidak mengancingkan butang - butang lain akan mudah dilihat oleh murid lelaki dewasa.
      b. bila panas singsing lengan baju sampai dekat pangkal lengan
      c. bila panas dalam kelas - angkat kain sampai nampak peha
      d. kain putih baju bersifat jarang dan telus ke bahagian dalam jika tidak bertutup tudung.
      e. bra kaler menawan spt merah, hijau, ping - senang2 boleh nampak dari jarak 100 meter
      f. suruh pakai singlet dalam tak nak pakai - alasan panas sangat.

      Tapi kan....pemberita tak akan tulis sebab ini atau tak akan cuba tanya hingga jawapan ini keluar. Sbb kalu jawapan ini keluar, berita tidak akan lagi menjadi sensasi dan masyarakat akan menyokong usaha sekolah ini.

      Jadi....banyak perkara yang mungkin disembunyikan oleh pemberita/ penulis demi melariskan akhbar, akhbar online atau blog mereka. Kalau banyak beli maka banyaklah keuntungan diterima....

      Aku rasa gitu lah...

      Padam
  6. Pakai saja la bra tu dik...sejuk abg memandang...alang2 bole tunpang stim skali....negara bebas kan yg korang nak....Allah tak menghalang malah mngkn ada hikmah abg terstim pndang adik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro.....bila baca lu punya komen, barulah gua faham kenapa penolong kanan sekolah itu tidak menggalakkan budak bukan islam memakai baju kurung! Sebab mungkin budak2 lelaki kat sekolah tu suma perangai sama ngan lu...

      Padam
  7. seksi itu yg telah menjolok mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. jolok mata dgn colok berasap, peeergh..

      Padam
    2. Bang/ kak...

      1. Perbuatan itu MENJOLOK mata. (tiada kesalahan tatabahasa)
      2. Perbuatan itu MENCOLOK mata. (tiada kesalahan tatabahasa)

      Kedua-dua perkataan tu boleh digunakan untuk maksud "KETERLALUAN". Kalau abang dan kakak tak percaya, abang dan kakak boleh rujuk KAMUS DEWAN terbitan DBP. Tengok maksud MENJOLOK dan contoh ayatnya kemudian tengok maksud MENJOLOK dan contoh ayatnya.

      Kalau abang dan kakak tak percaya, cuba rujuklah.

      Sebab itu saya dapat A dalam Bahasa Melayu PT3 saya...heeee

      Padam
    3. 833, mane nak nmpak bezany da klu kau tgk maksud n bnding prkataan menjolok aje, ish3. cgu yg tande paper bhs kau dlu tu msti tgh mbuk ketum x pn kne rasuah dgn kuarge kau je dlu...heeee

      Padam
  8. TENGOK INTERNET, AWEK/PORNSTAR BUKAK BAJU SUMER..PAKAT2 DOK DIAM2..KAHKAHKAH...TERMASUK OSTAT2 DAN ALIM ULAM-ULAMAN

    tapi kalo awek melayu pakai baju nipis...harooooommmm

    melayu ni mmg spesis kepalabutuh..khalas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro... istigfar sikit bro... yang buat hal kat sekolah tu ialah cikgu pompuan cina bro... Janganlah kaitkan dgn org melayu pulak.. Ini bukan pasal isu perkauman la bro. Ini isu usaha utk meningkatkan disiplin budak sekolah la bro...

      Padam
  9. Ko tau tak noob? sebenarnya hidayah adalah milik orang2 melayu. sbb tu jadi apa2 kes, mereka boleh saja komen, hentam sesiapa yang selagi boleh dibelasah..

    akhirnya hidayah dan agama islam milik melayu.. orang lain kene register dulu ya kalo nak masuk islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak faham cerita sebenar janganlah nak kaitkan pulak dengan isu agama atau perkauman. Google la dulu sapa penolong kanan hal ehwal murid sekolah tu. Lelaki ker perempuan. Melayu ker bukan. Kalu bukan melayu, rasanya dia lakukan hanya kerana kesedarannya untuk meningkatkan disiplin sekolah itu.

      Atau kalu tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam atau berlapang dada.
      huhuhu

      Padam
  10. tukar ke warna gelap . warna putih memang nampak sangat jarangnye .budak2 dah besar, x sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, pakai baju gelap, lepas tu kain biar singkat atas paras lutut pulak..

      Padam
  11. Memang baju kurung tu agak jarang. Perlu ambik tindakan segera.

    BalasPadam
  12. Setuju.Patutnya yang bukan melayu pakai bikini datang ke sekolah.Baru meriah mmmkkkay.

    BalasPadam
  13. Baguslah dia nak pakai baju kurung.. Yang bangangnye pengetua sekolah tu la...

    Kasi pecat je pengetua tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak tau cerita sebenar janganlah bagi komen.
      Berita yang anda dapat hanya drp pemberita atau penulis blog sahaja.
      Kalau nak tahu cerita sebenar pergilah sekolah tu minta penjelasan.
      Cuba cari no telefon sekolah tu kemudian cakap sendiri dengan pihak sekolah.

      Pengetua tu dah kata dia tiada di sekolah semasa kejadian itu kerana urusan.
      Jadi atas alasan apa pula pengetua itu harus dipecat???
      Anda ingat mudahkah untuk memecat seseorang??

      Padam
    2. Awek aku masa sekolah menengah dulu memang cun. Putih, gebu, licin...pakai baju kurung tak pakai tudung pulak tu... Masa cikgu tak ade, awek aku bukak butang baju. lepas tu pergi meja aku bincang matematik. Masa bincang tu dia tunduk2 kat meja aku. Kepala aku macam nak pitam bila "tertengok" benda dua bijik separuh berbalut tu...

      Sampai sekarang bila aku teringat balik bekas awek aku tu, kepala aku jadi fius....

      Padam
  14. setuju juga jika baju segaram sekolah ditukar, sebabnya warna putih cepat kotor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna putih tu tak perlu ditukar. Cuma pemakainya di sekolah mestilah menepati syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya mesti memakai butang dengan betul, tidak melipat lengan baju, memakai kain dalam, memakai singlet serta memakai bra yang warnanya tidak menjolok/ mencolok mata. Kalau hal ini boleh dipatuhi, rasanya tidak salah jika pakaian baju kurung putih di sekolah dikekalkan.

      Padam
  15. Alah, bdk pompuan melayu walaupun pakai tudung, tp singkat, size S mcm inner tudung, x pakai singlet. Bdk non-muslim ada je yg pakai singlet. Cikgu ni bg alasan je tu nak cover malu.

    BalasPadam
  16. baju sekolah russia mmg macm tu ke? mcm maid je...apepun aku suka stail us...pakai baju biasa je pergi sekolah...xperlu susah pakai baju uniform formal..yg penting ilmu yg dipelajari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pon stuju kalu skolah Malaysia guna stail US. Kite pakai baju biase je gi skolah. Kalu waktu2 yg panas bln Julai n Ogos kite pakai bikini n spender je gi skolah haha.. Br best!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.