Khamis, 22 Januari 2015

10 Intipati Semakan Bajet 2015: Negara tidak gawat

Akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia yang secara langsung mengurangkan pendapatan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Bajet 2015 yang diumumkan pada Oktober lalu tidak lagi realistik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika mengumumkan Perutusan Khas mengenai keadaan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Selasa.

Menurutnya, harga minyak mentah global sejak enam bulan kebelakangan ini menjunam lebih lima puluh peratus.

“Trend ini juga disebabkan pengeluaran gas dan minyak 'shale' yang meningkat ketara di Amerika Syarikat, berikutan kemajuan teknologi pengeluaran minyak.

“Ahli ekonomi mengganggarkan purata harga minyak mentah bagi tahun 2015 adalah antara US$40- US$70 setong.

“Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015 dan kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal sebanyak RM3.7 bilion

“Namun pada harga US$48 setong yang diunjurkan sekarang, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion,” katanya.

Bagaimanapun kata Najib, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

Terdahulu, Bajet 2015 dibentangkan dengan andaian harga minyak akan dikekalkan pada US$100 setong, bagaimanapun harga minyak mentah Brent telah jatuh sebanyak lebih daripada separuh.

Dalam pada masa sama, kerajaan telah mengunjurkan pertumbuhan 5.0 sehingga 6.0 peratus untuk tahun ini, manakala ramalan pasaran adalah untuk pertumbuhan sekitar 4.0 peratus.

Sumber Malaysian Digest.

Berikut adalah infografik dan intipati berita yang berkaitan dengan langkah semakan dan penstrukturan Bajet 2015:







Sumber Harian Metro.


Penangguhan kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan tahun ini dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah aspek terpenting bajet yang disemak semula Putrajaya yang akan membawa cahaya kepada pengguna di Malaysia.

Kenaikan harga gas yang dijadualkan bagi sektor industri juga ditangguhkan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini semasa semakan Belanjawan 2015.

Penangguhan PLKN selama setahun akan menjimatkan RM400 juta memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan, kata Najib. Perbelanjaan bagi pembangunan dikekalkan pada RM48.5 bilion, sebagaimana bajet asal yang dibentangkan pada Oktober tahun lepas.

Najib berkata, langkah itu termasuk projek mesra rakyat seperti perumahan awam, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuh Raya Pan-Borneo.
Semakan ini ekoran kejatuhan harga minyak yang kini berada pada paras AS$50 setong.

Belanjawan 2015, apabila dibentangkan pada bulan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan. Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat oleh ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet.

Najib mengumumkan semakan berikut pada sesi khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini:

Untuk meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan, serta penggunaan domestik:
  • Menggalakkan perkhidmatan penggantian import, seperti perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan perkhidmatan profesional;
  • Meningkatkan infrastruktur logistik dan perdagangan.
  • Mengkaji levi kepada pekerja asing.
  • Visa kemasukan percuma kepada pengunjung, termasuk dari China.
  • Keutamaan dalam tender projek kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
  • Kontraktor tempatan untuk membaiki dan membina semula kawasan yang dilanda banjir. (Kontraktor kategori G1, G2 dan G3).
  • Promosi lebih banyak barangan buatan Malaysia.
  • Melanjutkan kekerapan dan tempoh jualan mega di seluruh negara.
  • Menggalakkan pelancongan domestik melalui harga penerbangan domestik yang kompetitif.

Bagi menggalakkan pelaburan swasta:
  • Menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion untuk PKS dalam sektor perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM5 juta dan 70% jaminan kerajaan;
  • Menggalakkan GLC dan GLIC melabur di dalam negara;
  • Meneruskan pengurangan kos menjalankan perniagaan dengan menangguhkan kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan, dan bagi sektor industri, kenaikan harga gas.
  • Memperuntukkan 30% daripada bajet perolehan tahunan agensi kerajaan dan GLC bagi barangan dan perkhidmatan kepada pengeluar PKS tempatan;
  • Meningkatkan barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan kerajaan.

Bagi membina semula negeri yang dilanda banjir, bantuan kepada mangsa banjir dan perniagaan yang terjejas:
  • RM800 juta untuk pembaikan dan pembinaan semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;
  • Bantuan RM500 bagi setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir.
  • RM5,000 untuk keluarga yang mengalami kematian disebabkan oleh banjir.
  • Bank Negara memberi kemudahan bantuan khas sebanyak RM500 juta dengan kadar faedah sebanyak 2.25%.
  • Bayaran balik pinjaman ditangguhkan iaitu hanya bermula selepas enam bulan oleh BSN, Agrobank, SME Bank, Tekun dan AIM.
  • RM893 juta untuk langkah-langkah tebatan banjir.
  • Membina rumah sehingga 8 kaki untuk mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah mereka di atas tanah mereka sendiri.
  • Menyerahkan lebih 1,000 rumah kos rendah yang siap dibina di Gua Musang.
  • Tambahan RM100 juta kepada Tekun dan AIM untuk menyokong perniagaan kecil dan sederhana yang terlibat.
  • Bank Negara akan emperkenalkan Kemudahan Bantuan Khas sebanyak RM500 juta bagi menyediakan pinjaman kepada PKS dengan kadar faedah konsesi 2.25%.
  • Bank Rakyat akan menawarkan pinjaman peribadi khas pada kadar faedah 3.9% dengan ansuran pembayaran balik pinjaman bermula enam bulan selepas pengeluaran.
  • RM500 juta oleh institusi kewangan dengan jaminan 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir;
  • Perusahaan kecil dan sederhana di kawasan terjejas banjir dikecualikan daripada membayar levi kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk tempoh enam bulan berkuatkuasa 1 Februari 2015.

Untuk meningkatkan pendapatan:
  • Menggalakkan syarikat mendaftar dengan Kastam bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan menyumbang tambahan sebanyak RM1 bilion dalam pungutan GST.
  • Meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC, dijangka pendapatan tambahan sebanyak RM400 juta.

Memotong perbelanjaan:
  • Menangguhkan PLKN 2015 yang akan menjimatkan RM400 juta.
  • Semakan perjalanan kerajaan ke luar negara, peristiwa dan fungsi serta penggunaan khidmat profesional, dijangka berpotensi menjimatkan sebanyak RM1.6 bilion.
  • Semakan pemindahan dan geran kepada badan berkanun, GLC dan Dana Amanah Kerajaan. Ini akan menghasilkan penjimatan sebanyak RM3.2 bilion.
  • Penjadualan semula perolehan aset yang tidak kritikal, seperti peralatan pejabat, perisian dan kenderaan, dengan simpanan yang dijangka menjimatkan sebanyak RM300 juta. – 20 Januari, 2015.

Sumber The Malaysian Insider.


Sorry aku cuma copy berita sahaja, takde masa nak buat kajian dan ulas. Dulu aku pernah tulis kat entry "Nilai ringgit jatuh boleh jejas ekonomi negara?" yang selagi Najib tak gelabah, tiada sebab untuk aku gelabah, tapi sekarang Najib dah umum penstrukturan semula Bajet 2015, dan dia negara sendiri pun kata yang negara masih tidak gawat dan ekonomi masih tidak genting.

Namun walau gaya dia tak nampak menggelabah, tapi dengan pengumuman ini dah menunjukkan yang ekonomi kita memang ada masalah. Oleh itu kita sebagai rakyat marhaen dah kena mula berhati2 dan merancang kewangan dari sekarang. Kalau boleh elakkan membuat pinjaman baru, cari pendapatan lebih, rancang perbelanjaan dan mula berjimat. Sebab jika apa2 jadi pada ekonomi negara, yang pasti kerajaan tidak akan membantu kita melainkan diri kita sendiri.




tags: intipati semakan semula bajet belanjawan penstrukturan review revise revision budget 2015 najib bentang plkn mansuh tangguh tunda

10 ulasan:

  1. 1st!!!!

    Papepun ni semua ayat politik..supaya tak mencetuskan rasa kelam kabut dan panik kpd rakyat...dan x jd bahan utk pihak lawan. Ini semua POYO!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngko xde blog sendiri ke ayam. asik dok komen kt blog ni je. panjang berjela plak tu.

      Padam
  2. yang penting siapa master mind kes Pembunuhan Altantuya? kita tunggu dan lihat episod seterusnya selepas Sirul Azhar lari ke Australia. Adakah pembongkaran akan dibuat oleh Sirul sendiri ataupun anak lelaki beliau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal sirul ni sy x fhm....dah tau dia ada kes besar, kenapa x tahan passport dr awal? Bila dah lari oversea nak harap dia balik malaysia sedangkan dah sah kena hukum gantung? mmg kerje gile dibuatnya....

      Padam
  3. aku plg xpuas hati psl pemberian visa kemasukan percuma kpd warga china. kita nk msk negara dia kena visa mahal gila kot.. ni nk menggalakkan lbh byk tukang urut, china doll & call girl dr china ke?? tahniahlaa najib

    BalasPadam
  4. Harga getah jatuh... Kesian penoreh getah.. Toreh dapat 20 kg sehari baru dapat rm20 jer lebih kurang..

    Kena wat keje lain selain toreh getah..

    BalasPadam
  5. Pembaca Buasir Otak semua,

    Doakan kesihatan buat Tn Guru Nik Aziz yang sedang menjalani rawatan di hospital. Tq..

    BalasPadam
  6. GST = GETAH SAWIT TURUN... HAHAHAHAHA...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.