Jumaat, 30 Januari 2015

12 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 12

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Maharaja Lawak Mega 2014 pusingan separuh akhir telah tiba pada minggu ke-12. Ini merupakan pertarungan terakhir bagi 6 peserta MLM2014 sebelum terpilih ke pusingan akhir minggu depan, so harapan peminat semoga semua peserta dapat all out dan memberi persembahan yang terbaik. Tema minggu ini adalah Prop dan Loghat. Malam ini mungkin akan ada satu peserta yang tersingkir dan hanya 5 peserta sahaja yang mara ke minggu akhir, oleh itu aku harap tiada lagi pilih kasih dan konspirasi mana2 pihak. Biarlah mereka bertanding dan bersaing dengan adil dan diadili selayaknya berdasarkan persembahan mereka malam ini.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 12 di bawah.

TEMA: Prop dan Loghat

Pusingan 1: Prop

1. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak orang gila.
Prop: Kukur kelapa.
Komen: Nabil bawa watak orang gila yang hilang selipar kat masjid sambil kenakan juri. Punchline ada cuma tak cukup kreatif menggunakan prop yang diberikan.

Rating juri: 4 bintang.

2. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak rawatan tradisional.
Prop: Paip getah, sport rim, mop.
Komen: Pesakit semput nak berbekam dan buang saka dengan lagu ulik mayang.

Rating juri: 3 bintang.

3. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak orang asli.
Prop: Basikal, bunga manggar, tayar.
Komen: 3 orang asli berbincang untuk masak hasil tangkapan binatang liar.

Rating juri: 4 bintang.

4. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak kawan2.
Prop: Lampu, pemadam api, mesin ABC.
Komen: Zizan dan Yus buat surprise party sempena hari jadi Tauke. Prop digunakan sebagai kek, air botol dan kamera lama memang agak kreatif dan tidak terjangka.

Rating juri: 3 bintang.

5. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak kawan2.
Prop: Cerek, kain pelikat.
Komen: Shuib beli burung cenderawasih dan Jep datang main buaian pakai kain pelikat yang memang kelakar. Aku tak tau kenapa persembahan ni Dato Jalal cuma bagi 3 bintang.

Rating juri: 3 bintang.

6. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak kecemasan.
Prop: But kuning, tudung saji.
Komen: Rumah seorang pakcik terbakar panggil bomba untuk selamatkan kura2 dalam rumahnya. Tidak berapa menyengat tapi boleh pula dapat 4 bintang.

Rating juri: 4 bintang.

Pusingan 2: Loghat dan Bahasa

1. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati lawak: Lawak stand up comedy.
Komen: Nabil cerita bagaimana jika bahasa yang digunakan untuk baby diguna kepada orang dewasa dewasa, dan juga kenapa berita tak dibaca dalam loghat Melaka, Perak, Utara, Negeri Sembilan dan Terengganu. Persembahan kali ni memang kreatif.

Rating juri: 5 bintang.

2. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati lawak: Lawak budak2, lawak permainan.
Komen: 2 budak2 kampung dari Utara yang baru bersunat main jongkang jongkit, datang budak bandar main kereta control dan skuter eletrik. Jalan cerita dan punchline memang menarik seperti Bocey yang dulu.

Rating juri: 4 bintang.

3. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak martial art.
Komen: Orang siam dan Indonesia nak berguru belajar tomoi dengan tok guru dari Kelantan yang cakap loghat Kelantan merapu. Disebabkan diorang dah selalu sangat buat martial art sebelum ni maka elemen kejutan tu dah takde.

Rating juri: 3 bintang.

4. VIRUS (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak makanan.
Komen: Pelancong mat saleh mencuba makanan2 negeri di Festival Makanan Malaysia terus cakap loghat negeri ikut negeri asal makanan yang dimakan. Ada la beberapa punchline cuma secara keseluruhan persembahan agak celaru.

Rating juri: 3 bintang.

5. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak cerita Indonesia.
Komen: Sepahtu jadi bapak dan budak sekolah menengah kat Indonesia nak tunjuk result ujian. Jalan cerita agak kelam kabut, punchline tak sampai, langsung bukan seperti Sepahtu yang biasa.

Rating juri: 3 bintang.

6. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak teknologi, lawak Bahasa Inggeris merapu.
Komen: Banyak sangat topik yang nak ditonjolkan, pasal banana bot kat Batu Feringgi, bahan juri, lawak Wechat, lawak Skype dan lawak cakap Bahasa Inggeris merapu yang dah agak basi.

Rating juri: 3 bintang.

Man of The Match: Jep Sepahtu


Peserta yang tersingkir: Virus


Ranking aku untuk persembahan Minggu 12:

Pusingan 1: Prop

1. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
3. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
5. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 4 bintang)
6. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 4 bintang)

Pusingan 2: Loghat dan Bahasa

1. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
4. VIRUS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)

Kesimpulan:

Akhirnya 5 peserta yang ke pusingan akhir minggu depan iaitu Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu dan Shiro, dan kumpulan Virus tersingkir di selekoh2 terakhir. Ini adalah kali pertama pentas akhir Maharaja Lawak tanpa pasangan kumpulan Jambu, kali pertama Zizan tidak dapat bertanding di pentas akhir dalam pertandingan dan kali pertama Zero masuk ke final.

Secara keseluruhannya, rata2 persembahan minggu ni agak hambar, malah mungkin sangat hambar dan mengecewakan. Persembahan agak celaru, caca marba dan kelam kabut, tidak seperti prestasi tertinggi masing2, kecuali Nabil yang bagi aku paling bagus dan nak tak nak dia kena masuk final berdasarkan persembahannya pada hari ini.

Sejujurnya aku agak sedih apabila kumpulan Virus tidak dapat masuk final, kerana aku memang minat kepada kumpulan Jambu dan juga Jozan, namun aku perlu terima hakikat yang bertanding untuk MLM2014 ini bukan Jambu atau Jozan tapi Virus, sebuah gabungan yang sebenarnya amat berbeza dan janggal sekali.

Seperti musim2 yang lepas, sebelum final aku akan recap balik semua rating persembahan peserta2 yang berjaya masuk final sejak dari minggu pertama sehinggalah sekarang. Suka diingatkan yang semua ranking dan rating yang diberikan selama ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku, mungkin ada yang korang setuju dan ada yang korang tak setuju. Apa2 pun, berikut adalah prestasi keseluruhan kelima2 finalis mengikut rating aku dan juri dari minggu pertama sehingga sekarang. Korang boleh klik pada link2 kat tema tu untuk recap dan tengok balik persembahan mereka sebelum2 ini.

Minggu Tema Peserta
Nabil Bocey Zero Sepahtu Shiro
1 Bebas HAHA
3 bintang
HAHA
3 bintang
LOL
4 bintang
LMAO
4 bintang
HAHA
3 bintang
2 Bebas LMAO
3 bintang
LOL
4 bintang
HAHA
4 bintang
LOL
4 bintang
HAHA
4 bintang
3 Retro LOL
4 bintang
LOL
4 bintang
LOL
4 bintang
LMAO
4 bintang
HEH
3 bintang
4 Parodi LOL
3 bintang
LMAO
4 bintang
ROTFLMAO
4.5 bintang
LOL
4 bintang
HAHA
3 bintang
5 Bebas LMAO
5 bintang
LOL
4 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
LOL
4 bintang
LOL
4 bintang
6 Komedi Muzikal LOL
4 bintang
LOL
3 bintang
LMAO
3 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
LOL
5 bintang
7 Komedi Bermoral LOL
4 bintang
HAHA
3 bintang
HAHA
3 bintang
LMAO
3 bintang
LOL
4 bintang
8 Artis Jemputan LMAO
5 bintang
LMAO
5 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
LMAO
5 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
9 Cerita Seram HAHA
3 bintang
LMAO
5 bintang
HEH
2 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
LMAO
4 bintang
10 - 1 Trend Terkini LOL
4 bintang
LOL
4 bintang
HAHA
3 bintang
ROTFLMAO
4 bintang
LMAO
5 bintang
10 - 2 Radio HAHA
3 bintang
LOL
3 bintang
HAHA
2 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
ROTFLMAO
4 bintang
11 - 1 Silent Comedy LMAO
4 bintang
LOL
3 bintang
ROTFLMAO
4 bintang
HAHA
3 bintang
HAHA
3 bintang
11 - 2 Karoot Komedia LOL
3 bintang
LMAO
4 bintang
ROTFLMAO
5 bintang
LMAO
4 bintang
LOL
4 bintang
12 - 1 Prop LOL
4 bintang
HAHA
3 bintang
HAHA
4 bintang
LOL
3 bintang
HAHA
4 bintang
12 - 2 Loghat LMAO
5 bintang
LMAO
4 bintang
HAHA
3 bintang
HAHA
3 bintang
HAHA
3 bintang

Jadual di bawah merupakan bilangan rating yang aku beri pada setiap peserta berdasarkan prestasi persembahan mingguan. Setakat ini yang paling banyak persembahan yang paling kelakar gila tahap ROTFLMAO adalah Zero, diikuti Sepahtu dan Shiro. Nabil dan Bocey terlalu konsisten di tengah2 sahaja dan tiada satu sketsa yang benar2 boleh diingati.

Peserta Rating Jumlah Persembahan
HUH??? HEH HEHE HAHA LOL LMAO ROTFLMAO
Nabil


3 7 5
15
Bocey


3 7 5
15
Zero
1
6 2 1 5 15
Sepahtu


2 4 5 4 15
Shiro
1
6 4 2 2 15

Jadual ini pula adalah kedudukan atau ranking yang aku bagi persembahan mereka setiap minggu.

Minggu Tema Peserta
Nabil Bocey Zero Sepahtu Shiro
1 Bebas 7 11 5 1 9
2 Bebas 2 6 11 4 8
3 Retro 4 5 3 2 11
4 Parodi 4 2 1 6 8
5 Bebas 3 7 2 6 9
6 Komedi Muzikal 5 6 2 1 4
7 Komedi Bermoral 4 9 8 2 3
8 Artis Jemputan 4 5 2 3 1
9 Cerita Seram 6 3 7 1 4
10 - 1 Trend Terkini 4 5 7 1 2
10 - 2 Radio 5 4 6 3 1
11 - 1 Silent Comedy 2 4 1 5 6
11 - 2 Karoot Komedia 6 2 1 3 5
12 - 1 Prop 3 4 5 2 6
12 - 2 Loghat 1 2 3 6 5

Walaupun Zero paling banyak persembahan yang hebat, namun mereka juga punya banyak persembahan yang teruk. Sepahtu pula lebih banyak menungguli ranking persembahan mingguan dan lebih konsisten. 

Peserta Ranking Jumlah Persembahan
< 5 4 3 2 1
Nabil 5 5 2 2 1 15
Bocey 8 3 1 3
15
Zero 7
2 3 3 15
Sepahtu 4 1 3 3 4 15
Shiro 9 2 1 1 2 15

So kalau mengikut prestasi peserta setiap minggu sehingga setakat minggu ke-12, berikut adalah pemenang pilihan aku:
  • Juara - Sepahtu
  • Naib Juara - Zero
  • Tempat ke-3 - Shiro
  • Tempat ke-4 - Nabil
  • Tempat ke-5 - Bocey
Tapi kalau mengikut trend undian dan populariti, mungkin keputusan seperti berikut:
  • Juara - Sepahtu
  • Naib Juara - Zero
  • Tempat ke-3 -Bocey
  • Tempat ke-4 - Shiro
  • Tempat ke-5 - Nabil

Secara keseluruhan setelah 12 minggu MLM2014 bersiaran, pada pendapat aku prestasi persembahan peserta2 favorite tahun ini sangat merudum berbanding tahun2 sebelum, malah susah nak dapat persembahan yang betul2 diingati dan boleh dianggap legend. Sepahtu sendiri sudah tidak seperti dulu, persembahan Bocey juga tidak seperti tahun lepas, Nabil juga kalau dibandingkan dengan tahun2 yang lepas banyak persembahannya yang berkali2 ganda lebih baik dari tahun ini, Shiro juga auranya semakin pudar, Virus tak perlu komen lagi lah, yang nampak meningkat dan berjaya cuma Zero sahaja, kerana tahun ini mereka ke final.

Apa2pun aku harap untuk minggu final, mereka akan buat persembahan yang terbaik dan bakal diingati dalam tempoh yang lama, dan harapnya tiada lagi lawak ulangan, lawak recycle, lawak basi dan lawak2 bodoh yang tidak layak dipersembahkan di pentas final.

So jumpa lagi minggu depan!


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 12 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

12 ulasan:

  1. Ranking saya mengikut thp yg dpt cuit hati saya...1-nabil (tk dinafikan nabil bgus mlm ni)2-bocey(dua dua persmbhan ok) 3-zero 4-shiro 5)virus 6-sepahtu

    BalasPadam
  2. search ak kat youtube izrul ishak .. dan tengokla video2 yg xpenah anda tengok ..
    aku minat zero ...

    BalasPadam
  3. Harapan saya juara mlm2014..zero@bocey...mana mana la samada juara atau nb juara..sbb sy nk tgk perubahan dlm mlm ni..dan titik permulaan utk zero dan bocey utk lbh diberi perhatian olh astro dan masyarakat

    BalasPadam
  4. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.31 Januari 2015 pada 7:44 PG

    aku sokong sepahtu juara mlm2014..

    BalasPadam
  5. dasyat sungguh ko punye analisis, mcm analisis bursa saham pulak.

    BalasPadam
  6. ingat lagi mase nabil guna prop kon mase raja lawak 2.. ak rase yg tu paling lejen.. dari kuda, smpai ke semboyan last sekali jadi teropong.. oh silauuuu! cis kepala zaibo rupanya.. lawak giler!!

    awatlah nabil da x mcm dulu..

    BalasPadam
  7. Bagus nye u punye analisis... ☺

    Pd i ranking tema props: 1.sepahtu 2.nabil 3.virus 4.bocey 5.shiro 6.zero
    Tema loghat: 1.nabil 2.bocey 3.zero 4.sepahtu 5.shiro 6.virus

    Tema semi final x best.. Huhu
    Xde rezeki virus...
    Gd luck yg masuk final...
    Sapa dpt buat persembahan yg terbaik, juri suka, penonton suka layak juara... Masing2 ade peluang kan... Kadang2 lawak menjadi, kadang2 tidak

    For me juara : sepahtu

    BalasPadam
  8. latest rantings on my blog, care to read, I am a saikik!

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/02/the-empire-strikes-back.html

    BalasPadam
  9. Sya mmg follow blog awk setiap kali habis mlm, sbb analisis awk bgi sya mmg kena. Sya vote awk jd juri utk musim depan :-P
    Sya rasa astro patut ubah format permarkahan, maybe markah setiap minggu sepatutnya diambilkira dan dikumpulkan. baru la peserta yg konsisten saja yg layak ke final. Kalau ikut cara skrg, asalkan peserta bleh beri persembahan mantap di hujung2 musim, sure masuk final. Para peserta pun dh tahu trend mcm tu, sbb nabil pernah cakap, permulaan tak penting, yg penting penghujung. Yg ini buat sya rasa x adil. Bila ada minggu peserta yg perform mantap, kredit ini tak diambil kira pada minggu peserta tu perform x best, yg kesiannya, minggu tu pulak dia tersingkir. Contohnya comey..

    BalasPadam
  10. Mungkin persembahan virus pd minggu ni x lyk utk kluar sbb sepahtu n shiro x mengancam sgt...tp jika overall utk minggu 1-skrg..mmg patut virus keluar sbb persembahan dia biasa2 je minggu ke minggu, xde outstanding sgt.

    Utk final..better bg kumpulan yg x pernah jd juara...so x pyh bg sepahtu sbb dah pernah juara dulu...maybe bg zero atau bocey...or nabil. Kumpulan lain ada yg periuk nasi yg besar n bnyk...sk bg je la yg lain yg show more effort berbanding popularity.

    Tp menyampah gak jep sepahtu byk kali menang man of the match selalu. .at least bg la nabil utk minggu ni. Ni la jdnya bila undi sms penentu pemenang. ..popular yg asyik menang.

    BalasPadam
  11. Siapa pon juara i ok jer... Mana2 yg dpt tarik perhatian juri n penonton layak juara... Masing2 ada peluang... Juri 70% sms30%.. Kalu juri kasi markah tinggi tp sms kurang x jd jgk, n kalu sms tinggi markah juri rendah pon x menjadi....

    Psl jep slalu dpt motm pelik jgk... Tp motm bukan guna sms.... Just vote kat web sinar fm saje... So ramai yg vote menang la peserta tu... Dah org x undi tu knape..ac dah siap ckp kot.. Tp bile tu je menang xpuas ati tp vote xnak... So akan dtg kalu ade mlm lg xperlu list lg nama kalu org tu dah menang.. List je yg x penah menang....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.