Jumaat, 2 Januari 2015

4 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 8

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan hanya tinggal 8 peserta lagi yang berentap di gelanggang lawak. Untuk minggu ini, peserta perlu membuat persembahan bersama Artis Jemputan pilihan mereka. Sejujurnya rentak MLM tahun ini semakin minggu sudah semakin hambar tidak seperti musim2 sudah. Peserta2 otai pun sudah semakin tandus, yang benar2 konsisten ada hanya 1 2 peserta, dan tiada 1 peserta pun yang benar2 outstanding. Harap malam ini lebih berbeza.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 8 di bawah.

TEMA: Artis Jemputan

1. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO)

Artis Jemputan: Amyra Rosli
Intipati Lawak: Lawak mengurat anak dara pakcik, lawak berebut awek, lawak merapu.
Komen: Sketsa diorang pasal 2 orang lelaki nak mengurat anak dara pakcik, rupa2nya anak dara tu bini pakcik tu. Punchline merapu trademark Jambu ditambah dengan lawak slapstik Zizan kali ini berjaya.

Rating juri: 4 bintang

2. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)

Artis Jemputan: Afdlin Shauki
Intipati Lawak: Lawak temuramah artis, lawak bahasa asing, lawak bahan juri.
Komen: Jihan kena interview macam sketsa dalam rancangan TV Afdlin Shauki satu masa dulu tapi kena pakai alat pengesan penipuan, kalau cakap menipu akan kena karen. Masa awal2 memang best tapi tengah2 agak dah agak lost. Cuma dah masuk minggu ke-8, masih ada lawak bahan juri.

Rating juri: 4 bintang

3. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Artis Jemputan: Stacy
Intipati Lawak: Lawak muzikal dan tarian, lawak bapok, lawak kasar, lawak buli Stacy, lawak bahan Akim.
Komen: Stacy nak cari backup dancer untuk lagu Gila dengan tarian2 gila dan merapu. Yang paling best Stacy asyik kena buli dengan diorang muka innocent je, siap dengan Akim2 pun kena bahan. Apa2pun diorang memang best buat lawak macam ni, jangan buat lawak adik-beradik tengah study tu lagi.

Rating juri: 5 bintang

4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)

Artis Jemputan: Hazama
Intipati Lawak: Lawak pukau, lawak muzik, lawak tiru artis.
Komen: Nabil kali ini tak buat stand up comedy, tapi berlakon jadi pakar pukau untuk pukau Hazama jadi artis Awie, Jamal Abdillah dan Ramli Sarip. Nampaknya Nabil memang jemput Hazama kerana kekuatan nyanyiannya dan gabungan mereka memang menjadi.

Rating juri: 5 bintang

5. JALOR (Laugh-O-Meter: HAHA)

Artis Jemputan: Ogy Ahmad Daud.
Intipati Lawak: Lawak parodi filem Azura, lawak drama, lawak teknik prop.
Komen: Kumpulan Jalor buat parodi filem Azura. Ada 2 kelemahan dalam pementasan diorang, pertama budak2 sekarang tak tahu sangat filem Azura, yang kedua diorang buat lawak ulangan stroller baby yang tak perlu ada pun dalam jalan cerita.

Rating juri: 3 bintang

6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)

Artis Jemputan: Kamarool Hj Yusuf (Che Man)
Intipati Lawak: Lawak orang bujang kat rumah, lawak bahan, lawak tak betul, lawak mengajuk.
Komen: Ada orang buang bayi depan rumah diorang, so diorang panggil baby sitter iaitu Che Man. Banyak punchline2 spontan yang mengenakan Che Man. Yang bagus pasal Sepahtu ni diorang suka jemput orang2 lama.

Rating juri: 5 bintang

7. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Artis Jemputan: Nasir Bilal Khan.
Intipati Lawak: Lawak bahan, lawak mintak nombor ekor, lawak ajuk.
Komen: Sebelum ni diorang memang selalu buat lawak Tok Adi Tanah Kubur, tapi kali ini Tok Adi yang betul betul2 datang. dan nampaknya lawak budak baik Shiro kali ini sangat menjadi dan paling kelakar minggu ini, malah dalam2 lawak pun banyak mesej positif yang disampaikan, dan part last iman jatuh tu memang pedas.

Rating juri: 5 bintang

8. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Artis Jemputan: Puteri Balqish
Intipati Lawak: Lawak budak2 tadika, lawak bahan, lawak bahasa asing, lawak nyanyian dan tarian.
Komen: Sketsa Bocey pasal ragam budak tadika, dan Puteri Balqish jadi cikgu sekolah. Idea diorang guna pelakon kanak2 memang menarik dan fresh, lebih2 lagu pelakon kanak2 yang sangat berbakat yang pernah menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem 2014.

Rating juri: 5 bintang

Man of The Match: Shahrol Shiro 

Peserta yang tersingkir: Tiada

Kesimpulan:

Minggu ini boleh kata rata2 memang best. Ditambah lagi dengan artis jemputan yang rata2 memang best, malah ada yang agak mengejutkan dan tidak disangka2 seperti Nasir Bilal Khan, Che Man, Puteri Balqish dan Stacy. Masa persembahan pun lama sebab peserta dah semakin sikit. Apa yang aku nampak, persembahan yang ada kejutan memang meletup, dan persembahan yang ada lawak ulangan akan menurunkan mood penonton.

Peserta 3 terendah adalah Virus, SYJ dan Jalor. Nak kata Virus teruk sangat, tak juga malah dah banyak peningkatan, cuma malangnya peserta lain persembahan diorang lebih menyerlah dan ada aura, so terpaksalah duduk 3 terbawah. Walau minggu ini tiada penyingkiran, tapi kalau ada bagi aku Jalorlah yang patut tersingkir memandangkan persembahan mereka paling rendah minggu ini.

Apa2 pun aku harap minggu2 depan mereka konsisten dan meningkatkan lagi persembahan diorang. Kalau MLM ada 10 minggu sahaja macam tahun 2012, maka minggu depan adalah minggu terakhir sebelum ke final. Biasanya final ada 5 peserta, so mungkin 3 peserta yang akan tersingkir minggu depan, tapi kalau MLM tahun ini ada 13 minggu macam tahun 2011 dan 2013, maksudnya ada 4 minggu lagi sebelum ke final.

Dan berdasarkan persembahan mereka setakat ini, aku memilih Zero, Sepahtu, Shiro, Nabil dan SYJ untuk ke final.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 8:

1. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
2. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
6. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
7. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
8. JALOR (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)

Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 8 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

4 ulasan:

  1. power kan nasir bilal khan kalau dia berlakon memang oang ingat smpi mcm2 meme org buat memang terbaik rugi betul klu production lain xguna kelebihan nasir bilal khan huhu

    BalasPadam
  2. nasir bilal khan, you're rock! yeah!

    BalasPadam
  3. Virus kene naik gear 4 utk dptkan balik minat penonton pd persembahan Virus . walaupun persembahan virus kali ni terbaik berbanding minggu sebelumnya . Virus kena buat persembahan lebih terbaik sbb kali ini persaingan agak sengit dan peserta lain makin lama makin up lawaknya spt Shiro , Sepahtu , Bocey dan Zero . Diharap minggu 9 / tema Seram . Virus buat lebih banyak kejutan dan punchline berbanding minggu sebelumnnya . Jangan buat lawak suster ngesot zizan tu lagi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.