Jumaat, 31 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Bos menyamar ketika temuduga

Antara kriteria pekerja yang sering dicari majikan adalah mempunyai hati yang mulia dan ikhlas. Jadi adakalanya bos akan menyamar jadi orang biasa untuk menguji tahap kemuliaan dan keikhlasan hati calon pekerja yang datang untuk temuduga di syarikatnya. Jom tonton video animasi ini.



Rabu, 29 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Terima kasih cikgu

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang nakal dan sering gagal ketika zaman remajanya, namun kehidupannya berubah setelah bertemu dengan seorang guru di sekolahnya. Kini selepas 8 tahun, dia kembali mencari gurunya untuk mengucapkan terima kasih kerana telah mengubah hidupnya. Jom tonton video animasi ini.



0 TikTok dan penjawat awam harus dipisahkan

1. Baru-baru ini ada orang hantar screenshot kat aku gambar dari app TikTok ada cikgu, doktor, jururawat dan askar yang rata-rata adalah merupakan penjawat awam bermain TikTok dan dia minta aku ulas pasal hal ini. Untuk tidak memalukan siapa-siapa, aku kaburkan gambar dan tutup wajah mereka.

2. Sebelum itu sedikit pengenalan, sekarang ini TikTok adalah antara app yang sangat popular dan menjadi trend di seluruh dunia, dari orang biasa ke selebriti, dari orang dewasa ke budak-budak. Ada yang install app ini untuk buat video TikTok, ada juga yang sekadar mahu tonton video TikTok orang lain sahaja.



Selasa, 28 Januari 2020

4 Rakyat sudah tidak lagi taksub pada ahli politik

1. Satu perubahan baik yang aku nampak apabila kerajaan bertukar ada PRU14, adalah ketaksuban rakyat terhadap pemimpin dan parti politik semakin berkurangan.

2. Suatu ketika dulu, rakyat kita terlalu taksub dengan pemimpin dan parti politik. Bila ada pemimpin tinggi kena pecat, gerombolan rakyat turun berdemo mempertahankannya.

3. Bila PM nak letak jawatan, ramai orang menangis dan suruh dia tarik balik keputusan. Bila ada pemimpin kena tuduh atau dakwa atas apa-apa kesalahan, ramai orang buat kecoh pertahankan dia sambil laung Takbirrr!!

4. Bila pemimpin kerajaan ada isu yang tak menyenangkan, pemimpin pembangkang ajak tibai dan turun ke jalanan berdemo beramai-ramai. Lepas tu penyokong kerajaan pun turun jugak ramai-ramai nak counter lah. Siap ada baju lagi baju kuning lah, merah lah, hitam lah.



Isnin, 27 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Bila kawan ajak bermain

Bila kawan dah berjanji nak keluar bermain haruslah tepati bukan dicapati. Jom tonton video animasi ini.



Ahad, 26 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Tabahlah duhai hati

Sebuah cerita pendek yang mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Sara yang kehidupannya tidak seperti orang lain kerana kesakitan yang telah dialaminya sejak kecil.



Sabtu, 25 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali nak cuti sekolah

Bila setiap kali nak masuk cuti sekolah, mesti ada je yang buat spoil. Siapa yang buat spoil? Jom tonton video animasi ini.



1 Belasungkawa: Dayang Deno sahabat seni

Innalillahiwainnailaihirojiun
Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha.

Dukacita dimaklumkan, Dayang Deno telah kembali kepada Maha Pencipta pada hari ini.

Beliau merupakan seorang blogger, pengkarya seni doodle dan kartun yang diuji dengan penyakit SLE/Lupus sejak umurnya 12 tahun lagi. Malah tahun lepas beliau diuji lagi dengan kebakaran besar rumah keluarganya.



Jumaat, 24 Januari 2020

1 Buasir Otak TV: Tunggu sahaja dendam itu terbalas

Gejala buli sudah menjadi barah dalam masyarakat kita. Ada orang dibuli hanya kerana dia gemuk. Ada yang dibuli hanya kerana dia kurus. Ada yang dibuli hanya kerana dia pendiam. Ramai yang dibuli hanya kerana mereka berbeza dari orang lain.

Sehinggalah akhirnya ia membentuk suatu kitaran kebencian yang tidak sudah, di mana mangsa akan menyimpan hasrat untuk membalas dendam, atau turut berubah menjadi pembuli pada orang lain, atau sentiasa mendoakan keburukan pada pembulinya.

Adakah dunia seperti ini yang kita mahu bentuk? Jom tonton video animasi ini.



0 Ulasan buku komik Aku, Kau & Games

Zaman sekarang apabila disebut sahaja perkataan ‘games’, mesti kita akan terfikir tentang permainan video yang dimainkan di konsol, komputer, ataupun telefon pintar. Namun games itu sendiri sebenarnya lebih luas ruang lingkupnya di mana ia membawa maksud permainan.

Ini bermakna segala jenis permainan sama ada permainan tradisional, permainan papan, permainan kad, permainan elektronik dan sebagainya adalah termasuk dalam definisi games. Cuma dewasa ini sahaja kita sering mengaitkannya dengan permainan video memandangkan permainan lain sudah kurang dimainkan oleh kanak-kanak dan masyarakat.