Khamis, 24 Mei 2012

20 Hero tamil memang super

Kenapa filem aksi India jauh lebih hebat berbanding filem2 aksi tempatan? Korang tengok sendiri sedutan ni... 




Biarlah aksi tak masuk akal pun seperti baling batang ekzos kat enjin jip boleh menyebabkan ia melompat, drift kuda bawah lori, jip boleh melompat macam kuda bila dihenjut, kereta2 yang diparking di tepi jalan meletup dengan sendirinya dek kehebatan heronya, tapi jauh lebih menghiburkan berbanding cerita lelaki yang membeli perempuan daripada kelab pelacuran untuk dijadikan perempuan simpanan semata2 untuk memuaskan nafsu seks kudanya dan kemudian berkahwin dan bercinta dengannya.

Seriously kenapa Malaysia tak berani nak buat filem2 aksi huru-hara di tengah2 bandaraya sampai pecah kereta, pecah kedai, letup sana sini. Filem aksi tempatan paling busuk pun cuma ada kereta drift, itupun balik2 kat Putrajaya, kalau ada babak eksiden tu ada la satu dua kereta RX7 atau kereta polis Waja terbalik, aksi motor mat rempit. Kalau ada aksi gaduh2, choreographynya mesti sangat bosan dan masuk akal, last2 mesti mati kena tembak pistol jugak. Cuba buat benda yang tak masuk akal sikit... tak salah sekali sekala nak exaggerate. Janganlah compare dengan filem Hollywood atau Hong Kong kerana bajet mereka memang banyak, pulangan pun berbillion2. Tapi at least dengan filem Tamil takkan tak boleh nak lawan kot. Kita banyak apa hero badan ketak2 yang boleh dijadikkan hero tak masuk akal seperti Aaron Aziz, Zed Zaidi, Fizo Omar, Awie, Fahrin Ahmad, Jehan Miskin, Ben Ashaari dan whateverlah.


Adakah kita tak mampu membuat filem macam mereka kerana bajet kita tersangat ciput tak boleh nak buat filem aksi yang gempak2 yang kurang penggunaan CGInya? Sebab kalau buat filem aksi pun takde orang nak pergi ke panggung wayang, orang kita mungkin lebih rela tunggu 2 minggu, lepas keluar Astro First kemudian download kat Internet. Bagi produser2 filem tempatan, adalah lebih baik buat cerita cinta yang sangat mengarut dan tak masuk akal yang hanya boleh difahami dan dihayati oleh kaum2 wanita berbanding cerita aksi yang juga mengarut dan tak masuk akal yang hanya digemari kaum lelaki.

Lagi aksi filem Tamil yang sangat tak masuk akal dari blog Obe. Di India semua kenderaan adalah kuda, sekali henjut konfirm melompat termasuk traktor, itupun kalau kau seorang superhero, orang biasa tak boleh buat.


Dan Nick Fury patut jemput Inspektor Singham join The Avengers.


Lepas ni production house atau student cinematography tak payah la susah2 pergi ke Hollywood nak belajar teknik penggambaran diorang, pergi je ke India belajar macam mana diorang buat. Kos pun jauh lebih murah.



tags: filem tamil hindustan bollywood tempatan malaysia aksi cinta tak masuk akal mengarut gaduh jeep jip traktor terbang lompat kuda drift singham rajnikanth shah rukh khan avengers ombak rindu nur kasih

20 ulasan:

  1. aku tunggu filem pecah.harap-harap ok.

    BalasPadam
  2. Buat aksi camne pun kalau tak ikut hukum fizik ke hukum biologi ke, memang bagi turn off.

    BalasPadam
  3. Entahlaa kenapa rasa macam tak logik sesangat -__-

    BalasPadam
  4. emmm...rsnya kalo nak ikut budget filem hollywood mmg tak termampu utk produser tempatan...dorg ada studio besar...sampai tahap leh jadik bandar studio dorg tu...tapi filem tamil...tatau pulak dorg amik scene tu dkat mana pulak...mcm kita cthnya...KL ni sesak sgt...elok nk buat scene kete tlangkup pe sume bagai...alih2 kete org awam tlangkup dulu sbb sibuk nak tgk pengambaran yg sdg blangsung...

    just my 2 cent =)

    BalasPadam
  5. ko tengok letak gambar-gambar lelaki
    yang taf-taf mesti ramai komen..
    perempuan pulak tu..^.^
    betul tak apa yang saya komen hari tu....^.^

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
    NINJA

    BalasPadam
  6. ayat download tu memang keutamaan rakyat yg suka benda2 free,mcm pemimpin yang suka makan free

    BalasPadam
  7. citer tamil lg best dari hindustan..byk kisah kemasyarakatan, kisah penduduk kg kena tindas dgn org kaya, pgawai kerajaan dan polis yg korup..kalu gaduh best, ramai2 n sound effect dia! Hero fav, rajnikand(the boss, padayapa dll)

    BalasPadam
  8. filem kt msia byk yg base on profit(ye lah, sape xnk untung) kadang2 plakon sikit je pakai, dh dpt balik modal & untung sikit pun jadi lah..tp filem epik n kemasyarakatan mcm yg arwah yasmin ahmad byk keluar kan dulu nk cecah kutipan 100k(100k lg) pun payah..tp byk menerima anugerah dan dicalon kan di luar negara..

    BalasPadam
  9. jarang tengok cerita tamil, tapi memang cerita tamil bab macam tu lebih hebat dan tak masuk akal..heeeee

    BalasPadam
  10. err tak bape layan citer tamil

    layan hindustan je

    heee

    BalasPadam
  11. itu namanya filem malaysia. itu perbezaannya.

    BalasPadam
  12. filem tamil memang lah
    berlawan dia dasat..
    hero sorang lawan dia 20 orang..
    selamba je...

    BalasPadam
  13. hahaha, dlo kecik2 suka tgk kat umah jiran :P

    i polo U back :)

    BalasPadam
  14. dalam cerita tamil, tiada hukum graviti, hukum fizik dan lain2 tahu tak!

    BalasPadam
  15. mngkin bukan budaya kita kot..negara malaysia kan aman damai..tak gaduh2 camtu sekali..hehe

    BalasPadam
  16. D india mrk ada filem city(tu la kot yg mrk pggl)...where its a huge studio gan set2 dia same goes with hollywood...so nk letupkn cmne pn bleh...klau kte nk hasilkn gd movies...sy rase kerajaan bleh bantu buatkn 1 massive studio house...

    BalasPadam
  17. Filem malaysia penuh dgn adat resam, budi pekerti & sopan santun..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.