Selasa, 22 Mei 2012

52 Subspesies-Subspesies Anon

Anon adalah panggilan manja kepada Anonymous. Boleh dikatakan bahasa urban dan singkatan kepada Anonymous. Sebutan a- non lebih sesuai sebab kalau disebut a - no - nee sebagai singkatan, kelak ada jiwa-jiwa marhaen di luar sana tersilap dengar dan mengaitkan Anon dengan perbuatan Onani. Tapi bukanlah isu itu yang ingin diperbincangkan.


Anon banyak terdapat di dalam blog . Terima Kasih yang memberi komen-komen bernas dan teguran untuk memantapkan blog Buasir Otak ini. ( Sungguh skema ayat aku ini ).

Dalam kebiasaan hidup itu sendiri, Anon yang menjengkelkan pun banyak. Spesies itu boleh digolongkan kepada beberapa sub spesies.


1. Anon Politikia Partisanus Fanaticus

Baik Yang Berbaris atau yang Berpakat. Jangan disentuh isu atau pemimpin dari kedua belah pihak. Melenting tak tentu pasal. Siap keluar hadis yang mewajarkan apa yang patut. Kedua -dua subspesies dipercayai berkembang dengan pesat sekali sejak dah pandai baca blog.


    
2. Anon Konspiria
 
Semua yang berlaku adalah Konspirasi. Beli jet, konspirasi. Ceramah perdana Azhar Idus, Konspirasi. Demam panas. Konspirasi. Lupa bayar bil air. Konspirasi. Pendek kata semuanya konspirasi.Blog Buasir Otak = Konspirasi Tembikar Labu


3. Anon Stupidus Idiota 

Subspesies ini dapat dilihat dengan banyak di blogserius.blogspot.


4. Anon Anus Hurtia

Subspesies yang sakit hati dan sakit bontot bila sesuatu isu atau entry berada di luar zon selesa beliau. Akan mengeluarkan komen-komen yang cemerlang tetapi bangang kerana kesakitan beliau. Juga sedang berkembang biak dengan pesat.


5. Anon Emotia Malayunus

Anon anon yang dipecayai orang Melayu yang sangat emosional. Penuh komen-komen yang berunsur kemarahan dan rage.


Subspesies-subspesies tersebut diperlukan alam sekitar blog. Untuk memeriahkan alam blogging. Kalau tidak kita akan kesunyian.

HIDUP  HIDUP ..ANON ...ANON !!!!!!!!!!! (Ikut stail Mahasiswa)

52 ulasan:

  1. anon yang ke 5 memang meriah...pandai berdebat plak tu,,tq follow..best jgk blog ni...

    BalasPadam
  2. Psychic Zero
    Prince of Noob
    teMbikar Labu
    PoP-Soul
    Ni 4 ekoq masuk sekali dengan aku kira anon jugak ka macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kami sejenis anon... anon terhormat yang ada nama samaran dan registered with google & blogger

      Padam
    2. anon yg slalu ckp 1st apa lak huh..

      Padam
    3. Anon Rankia Whorus = Pergi ke blog orang lain dan taip first ,1st atau seterusnya. Kalau Englishnya Rank Whore.

      Padam
    4. anon anon gak. tp asal teMbikar Labu yg jiwa tenang masok lam artikel anon #2? kambing punya anon..

      Padam
  3. ada spesies yg setakat register blog nk ada nama..tp bila click disable kan termasuk profile..tu spesies ape lak? Ada jgk buat profile? Tp gmbr palsu atau data palsu..pakai ip palsu..spesies mana lak? Ada lak yg bgus, blog maju tp takut letak muka sendiri..gmbr kartun lah(contoh je)..nie spesies mana lak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo tu jenis anon terhormat yg cool dan ada blog yang ohsem... kau ada?

      Padam
    2. sian..syok sendiri....

      Padam
    3. Macam Kaulah kan? Anon Pergilia Mampus = U know what i mean...

      Padam
  4. macam2..tuan tanah, nanti tolong buat posting pasal blogger lak..best pasal artikel anom..buat pasal jenis2 blogger tmasuk yg pakai software untuk create fake jumlah visitor yg lawat blog dia..pastu bangga sakan blog dia dh smpi sekian2 pelawat..jangan terasa yea kepada para blogger sekalian

    BalasPadam
  5. Anon Politikia Partisanus Fanaticus???

    saintifik betul namenyeee

    BalasPadam
  6. blog aku rajin juga dikomen anon tapi aku tahu siapa dia..Dia ialah Mr Laki ku hihihi

    BalasPadam
  7. Anon anon anon !

    *dah macam awan nano nano nano ! HAHA!

    BalasPadam
  8. nama dalam surat beranak saya memang anon bang.

    BalasPadam
  9. anon = bukanker sejenis kek yg sedap dicicah dengan kopi O untuk diminum petang2?

    kompius kompius.

    BalasPadam
  10. Siap buat entry pasal anon. Apa nak kisah samada dia terhormat atau tak. Apa yang penting, anggap itu sebagai percambahan minda. Apa yang dirasakan bernilai, kutip.

    Sekurang2nya ada anon yang sudi menegur bila melihat sikap sesetengah orang (samada penulis atau tukang komen) yang tahu menghina orang lain, mengutuk orang lain, kata orang melayu malas membaca, bila bagi nasihat, tak pulak nak terima..

    Jangan rasa apa yang kita tulis dan fikir tu semuanya benar, ada sedikit sebanyak boleh ditegur. Si anon pun bukannya tahu semua, ada sesetengah perkara dia pun tak tahu. So, rileks2 la. Layankan jer..

    p/s; ada sesetengah anon tu geng korang jugak. Sbb apa tak nak register (anon terhormat), antara sbbny adalah tak nak kawan kita tahu sape kita, kalau tahu nanti sakit hati.

    pps; kita kongsi2 idea, takde hal. Kasar bahasa tu rileks jer.. bukan boleh mati pun. Post2 korang pun kasar jugak kan.

    Nama samaran: kawan anda

    BalasPadam
  11. Lagi satu, sebagai admin, korang boleh tahu dari mana komen2 anon ni. Kan ada IP kat bahagian management. Jadi, jangan samakan semua anon tu. Ada yang betul2 sekadar blog walker, ada yang memang kawan2 antara korang jugak, yang kenal siapa korang.

    Jangan ingat semua melayu malas membaca. Asal komen tak serasi dengan korang, terus label tipikal meleis la, malas membaca la... buang dulu sikap yg itu.

    ps; kalau korang suka kutuk org lain melayu malas membaca, cina malas ke, british malas ke, hape ke, jangan sampai ketuk dulang paku serpih. Aku pun nampak betapa malasnya sikap malas membaca korang tu sampai isu mudah2 pun masih keliru. Bukan semua, tapi sesetengah.

    senyum2 selalu.
    - kawan anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua tak pernah sound orang melayu malas membaca, walaupun melayu memang malas membaca. gua cuma cakap sebelum nak tulis komen, baca dulu sampai habis dan hadam dulu apa yg gua tulis, bukan baca separuh jalan pastu terus nak tembak. gua boleh terima apa juga pandangan dan teguran tapi kalau dah komen tu stupid sangat sampai kadang2 takde kaitan pun dgn entry, memang nak kena titik la. btw gua takde kawan bernama anda atau kawan anda. kalau mmg kawan kami, tulis je nama samaran tau pakai profile, kami takde masa nak kecik2 hati. kalau korang terasa dgn setiap entry kami dan rasa nak kutuk kami balik pun silakan, tapi kalau tak kena gaya akan menampakkan kebodohan diri sendiri.

      btw apa kata kalau korang ada pendapat sendiri yang bertentangan dengan pendapat penulis, tulis dalam blog korang, lepas tu bagi link kepada kami, biar kami baca dan hadamkan apa yg korang nak sampaikan. yelah kadang2 tulis kat ruangan komen ni sahaja tak mencukupi dan sering menimbulkan salah faham.

      Padam
    2. aku tak cakap PoN yg cakap melayu malas membaca. Tapi ada blogger lain dlm ni yg cakap. Rileks..

      Kalau komen yg stupid tu, mmg stupid, mmg bagus la kalau nak titik. Tp jgn pikir kita je boleh titik org, org pun boleh titik kita kalau nak. Tp kita kenal siapa kawan kita. Kita xmahu bila dititik, dia lebih menjauhkan diri. Kita nak saling nasihat menasihati supaya kita lebih berhati2 bila menulis. Kat dunia blog lain, kat dunia sebenar, lain.

      Setakat ni aku tak mahu berblog, tapi mahu kongsi idea. Boleh atau tidak kalau mana2 anon yg nak tulis apa yg dia rasa nak tulis, tapi post kat blog ni? (setelah ditapis agar tak terkeluar topik)

      setakat ini aku xpenah terasa sikit pun dgn mana2 entry kat blog ni melainkan bila rasa ada perkara yg dijelaskan lagi. bukan sbb xhadam, dah hadam tp nampak ada penjelasan yg lebih.

      Contoh kes hari ibu. Atas dasar hormat kawan dan bersangka baik dia (and the gang) rajin membaca, aku tanya balik, ustaz mana kat haram? Alih2 UAI yg kata.. erm.. nampaknya kena baca lebih lagi la.. aku ingat memang dah betul2 khatam pasal kes hari ibu sbb katanya keliru. Itu contoh jer.

      Takkan aku nak terjah pastu hurai satu2 kes hari ibu... benda kecik yg dibesarkan oleh internet. benda macam tu xperlu jd keliru pun. Jangan disebabkan kekeliruan kita itu, menjebakkan lagi blog2 walker ke hape lebih keliru. Bukan keliru pd kes hari ibu tu, tapi keliru pd isu yg lebih besar lagi (ustaz2 byk fatwa).. itu kesilapan kita sbg anak muda.

      ps: buat pengetahuan ko, aku pun xde nama kawan nama Prince of Noob, tapi itu nama samaran dia. Nama samaran aku, kawan anda.

      kawan anda.

      Padam
    3. pasal hari ibu tu pun jadi isu panjang ke? sorry hari tu aku tak layan kau sbb kau guna anon. yelah2 aku bagi link... btw kalo ko bukak balik entry aku "Selamat Hari Sifu" tu, aku takde kata aku keliru pun pasal hari ibu.

      http://www.lamankongsi.com/2012/05/hukum-menyambut-hari-ibu.html
      http://www.sissyira.com/2012/05/penjelasan-hari-ibu.html
      http://hafizamri.com/selamat-hari-ibu/

      sbb tu aku kata, kalo kau ada idea dan apa2 pandangan yg lebih kritis, buat blog dan tulis pandangan kau. kalau kau tak rajin nak tulis blog, bagi la link mana2 yg boleh dikongsi dan menjadi rujukan kita bersama, habis cerita.

      Padam
    4. sbb xnak panjangkan isu la lepas tu aku dah xkomen.. biasalah terjah2 sikit.. kita saling kuat menguatkan jer..

      kekadang apa yg kita fikir betul, masih ada yg lebih betul dari itu.. tapi disebabkan ilmu kita (aku la tu) ni sedikit, kita cubalah kutip yg termampu.. baik dari anon yg stupid or clever, dari kawan2, dan dari musuh sekalipun kalau ianya membawa kejayaan..

      sebenarnya aku ni nak mengusik jer.. nak tegur ayat berjela2 mcm blog, tak perlu la kot setakat ni..

      aku anggap aku ada beberapa batang pancing best khas utk dptkan ikan yg best2, walaupun ko pun ada bbrp batang pancing best, mungkin atas kelemahan diri aku ni, aku berpandangan, aku nak bagi satu dua pancing aku, utk sama2 dpt manfaat merasai ikan yg best2.. so, aku hulur2 la... caranya "hey, try la pancing aku", "wei, mana ko tahu pancing ko leh dpt ikan best?"

      disebabkan aku kenal tahap pemikiran ko, idea ko, kecerdasan otak ko, aku tak bagi pun hasil tangkapan aku tu.. aku seboleh2nya nak kongsi cara pancingan aku.. dlm masa yg sama, aku jugak belajar banyak perkara dgn ko.. banyak manfaat yg aku dapat dari ko..

      sorry, melalut..

      kawan anda.

      Padam
    5. korang gadus pasal aku ke

      Padam
    6. Kawan anda adalah anon no 4..BUTTHURT bila sebut Melayu malas membaca. So bila , arwah Yasmin Ahamd letak skrip dalam Sepet - quote " Melayu memang malas " ..ramai yang butthurt. Typically memang bukan semua..tapi ramai kan?

      Kejap kata kenal kejap tidak? Apa point anda sebenarnya ?

      Padam
    7. Aku tak panas punggung lah kalau setakat ckp melayu malas, tapi si tukang cakap tu kena la buktikan dulu yg dia betul2 rajin membaca...

      Membaca pun bukan setakat membaca sahaja.. kena faham.. teks yang dibaca, konteksnya, dan kefahaman yg terbina.

      Menggabungkan teks dan konteks dalam membentuk kefahaman banyak dipengaruhi oleh ilmu yang pernah dipelajari dan pengalaman hidup yang dilalui. (dan lain-lain)

      So, bila kita berbeza pendapat, jangan rasa orang lain malas membaca. Mungkin kefahaman yang dibentuk tidak sama dengan apa yang kita faham. Di situ banyak mutiara ilmu dapat dikutip (kalau mahu).

      ~ takde mood pulak nak tulis ptg2 ni.. haha..

      Aku cuma tak kenal pada nickname yg macam tu jer. Nama asal tuan punya badan aku kenal la sbb nama mak dan ayah dia beri tu yang diperkenalkan pada aku.

      kawan anda.

      Padam
    8. apa yang mengarutnya? Aku tulis sikit jer, dah dikata mengarut. Agak2 kalau post panjang berjela, ada benda karut tak dalam tu? hahaha...

      Sebenarnya isu yang nak diketengahkan bukan masalah melayu malas ke apa, tapi masalah bila kena cuit pasal post/komen yg tertentu. Bila malas layan/rasa marah/rasa tercabar/tak suka ditegur atau apa sahajalah, baru timbul isu melayu malas membaca atau apa2lah yg nak digelarkan pada orang lain. Aku tujukan pada semua, tak kiralah aku ke, blogger ke, tukang komen ke, anon ke, sape2lah.

      Aku malas nak berbincang panjang pasal arwah Yasmin Ahmad punya skrip, itu cara dia berfikir dan menterjemahkannya dalam bentuk seni. Takkan disebabkan dia tulis macam tu, aku nak jadikan ianya sbg satu fakta pulak.

      Macam aku tulis kat atas, dalam membentuk kefahaman sesuatu isu, kita ni banyak dipengaruhi oleh ilmu kita atau pengaruh pengalaman hidup kita. Aku pun tak tau latar belakang Yasmin Ahmad macam mana. Mungkin ada kekecewaan yg beliau alami sepanjang hidup dia dengan komuniti melayu.

      Itu jugalah yg dihadapi oleh korang2 yang suka meletakkan bangsa melayu tu sebagai malas. Judge base on pemerhatian korang, dan kata-kata orang semenjak kita dari kecil sehingga ia menjadi sebati dalam diri, "Melayu malas". Sebut je Melayu berbanding Cina India, mesti Melayulah yg malas.

      Berkenaan Yasmin Ahmad, apabila kita lihat filem2 beliau, hampir semuanya sinis terhadap agama. Bila ada "melayu2 malas", "melayu2 tahu bising jer" atau "ntah sape" yang mengomen filem dia, jawapannya pasti nampak rasa kecewanya pada agama yang dianuti Melayu ni. Contohnya bila ada orang "cuit" pasal sentuh anjing, apa jawapan dia, "orang agama tidak faham biologi.." Argghh, betapa sinisnya beliau terhadap agama dan orangnya.

      tapi aku tak kata arwah Yasmin Ahmad malas membaca (walaupun kita tahu mudah utk org yg rajin membaca or berilmu spt dia mencari jawapannya).

      Aku tak salahkan arwah Yasmin Ahmad sepenuhnya. Banyak sisi-sisi baik yang boleh kita kutip. Tapi tidaklah skrip sepet tu aku nak jaja untuk sokong penyataan aku bahawa melayu ni malas.

      Betullah cakap ko, tak semua melayu malas tapi ada yg malas. Dalam masa yg sama, tak semua bangsa lain tu rajin, ada jugak dikalangan mereka yg malas.

      Aku tak nafikan melayu perlu ditegur, tapi bukan meletakkan Melayu ditahap yg paling bawah dalam bab kerajinan.

      P.Ramlee juga banyak perli sikap orang melayu dalam hampir semua filem beliau. Jadi, ambillah manfaatnya, bukan hanya tahu tergelak je bila menontonnya. Malah bukan dia sahaja, banyak lagi filem2 lain, atau bentuk2 seni lain yg menegur sikap malas ni.

      Islam tak kata bangsa yang menjadi penyebab kpd sesuatu potensi sama ada rajin, malas, maju, mundur or whatever, tetapi ianya dari dalam diri individu. Menjadi malas dan rajin, bukanlah kerana genetik tubuh kita pada bangsa, keturunan atau agama, jadi, jangan jadikan bangsa sebagai mangsa.

      Kita tak perlu buang kemelayuan kita hanya untuk menjadi lebih rajin.

      Pepehal pun, aku sebolehnya tak mahu cerita panjang pasal melayu, pasal bangsa. Apa yg aku nak cerita, pasal sikap. Itu sahaja. Tak ada maknanya kita duk perjuangkan bangsa sedangkan agama dipermainkan. Kita kukuhkan agama pada semua, nescaya bangsa, keturunan dan diri sendiri pasti ikut kukuh.

      ps: Tiap tahun, sejak tahun 2008, bila aku pergi PBAKL, mesti sesak walaupun aku pergi pada hari bekerja. Kedai buku bukan main banyak. Orang ramai hampir semua muka bangsa melayu. Diorang buat hape kat situ? Siap beli-beli buku kat situ. Aku pun tak paham, diorang beli buku nak wat simpan ke hape. Syarikat2 penerbitan banyak buat laporan kata buku laku, buat untung, royalti penulis dsb, menipu ke hape? Best seller kebanyakkan buku melayu. Rasanya diorang silap lapor ni. Erm...

      kawan anda

      Padam
    9. Kawan anda ...Tulislah blog anda sendiri.Gunakan nick anda sendiri. Dan letakkan tajuk posting anda sendiri.Dan boleh saya atau sapa2 baca mengikut kefahaman dan pengalaman sendiri. Ataupun anda nak buktikan melayu MALAS nak guna nick sendiri? Komen anda dah bagus. Sikap anda dah bagus.Tapi anda bersikap komen blog orang lain, gunakan anon.

      Lepas ni, kalau saya cakap anda penakut nak guna nick sendiri, apa agaknya jawapan anda?

      Padam
  12. dekat blog saya ada sekor anon. kalau anon ni menggila tau dah siapa dia tu.. kalau kita kenal anon tu, tp dekat blog dia guna nama anon dan kita lak buat2 xkenal sbb tamau jatuhkan air muka dia, tu kategori anon apa eh? ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. pop-soul tak nak jawab ke ni?

      takpe saya cuba... kategori anon Kawanus Malaunus

      Padam
  13. tak semua perkara si anon menulis sbb terkeluar dari zon selesa anon, tapi disbbkan terkeluar dari zon sikap orang yg beragama.

    bukan sbb sentuh org politik, tp sbb cara menyentuh isu yg tak mengikut lunas2 yg spttnya.

    Setakat ini anon yang ini belum lagi mencaci mana2 penulis dlm blog ini, sbb kita kawan (kalau xsetuju aku kawan pun xpe).

    Nama samaran (langsung tak harap dianggap anon terhormat):
    kawan anda

    BalasPadam
  14. biasalah 'kawan anda'

    Blogger nie suka cut paste dari blog org lain..pastu jadikan mcm 'kitab'..entah betul ke x kredibiliti artikel yg dia cut n paste..janji bkenan di hati sendiri


    Anom yg syok sendiri

    BalasPadam
  15. Hai orang di atas (Anom yg syok sendiri)...
    Maaf la kalau berbeza pendapat.

    Aku kenal blogger dlm blog ni. Setakat ini aku tahu diorang tak copy paste mana2 artikel. semua keluar dari kerangka pemikiran diorang jer.

    Yang diorang cut and paste cuma url je la kot. Pastu diorang hurai ikut setakat mana yg diorg faham. Kekadang tu diorng faham lebih pada kita, kekadang kita nampak masih ada lompong2 koosng yg boleh diisi. Sbb tu kita saling tegur menegur. Cara tegur tu, kalau xkena gaya memang terasa.. tapi ada blogger dlm ni cakap xterasa, ok sangat la tu..

    kawan anda.

    BalasPadam
  16. sebenarnya kenapa la anon2 nak terasa sangat... this supposed to be a joke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terasa sebab seronok mengusik orang dalam keadaan orang tak kenal kita. Jadi, bila kena tegur, gegarlah sekejap.

      Mereka lebih mudah mengeluarkan pendapat tanpa menjaga batas kawan (blog walker/kawan alam maya/kenalan jauh/kawan atau apa2).

      Di sini ada pro and cons.. kena perhalusi lagi.

      Walaubagaimanapun, post ini bagus untuk menyedarkan pihak2 anon ni, mereka bukan sekadar anon, mereka berguna bila mereka beradab dan menghormati org lain..

      tapi kepercayaan terhadap mereka agak kurang berbanding dgn pengomen yang berdaftar.

      Padam
    2. Sebenarnya kategori anon yg Pop-soul tulis tu adalah species anon yg menjengkelkan. Mana2 anon yg baik tu xdela dlm kategori tu. Tapi biasanya org memilih utk guna anon sbb nak buat provokasi kpd mana2 blog tanpa meninggalkan sebarang jejak tentang dirinya. Sebenarnya org lebih selesa dgn pengomen berdaftar walau mereka daftar dgn nama samaran pun sbb at least kita tahu org yg sama memberi komen. Ni bila org guna anon, tak kira bila ada org yg baik komen, atau yg annoying pun guna anon jugak, kita xdpt nak bezakan anon mana satu yg komen. Sbb tu ada pepatah internet yg menulis hanya kerana satu anon buat taik, semua anon jadik busuk. Sbb tu kalau boleh elakkan jadi anon, tanpa nama. Kalau nak jugak jadilah anon yg berdaftar a.k.a anon terhormat.

      Padam
    3. orait para anom dan tanpa nama..dgr tu..kalu nk komen pastikan yg puji2 saje mcm 'terbaek! Mantop! Awak nie luas pengetahuan lah, u nie bijak pandai lah dan segala jenis pujian mangkuk tmbh'..dilarang buat blogger nie x puas hati dgn pendapat anda walau anda rasa anda betul..dgn kata lain, kalu x suka dgn aku jgn masuk blog aku!

      Tpkan tanpa anom yg jgk blog walker jgn haraplah nk berbangga visitor 100k tu..xpe, aku suruh org kg aku pakat klik, cepat sikit dpt sejuta visitor..hahahaha..

      Padam
    4. dah macam ada persatuan pulak anon2 tak berdaftar ni. kami tak pernah paksa pun korang setuju dengan apa jua penulisan dalam blog ni. tapi kebiasaannya yg tak setuju dan nak maki mesti pakai anon, dan yang setuju mesti pakai nick sendiri. apa kata yang tak setuju dan nak maki kami pun pakai nick sendiri, tak payah pakai anon... tak usah malu2 segan2... camne ada bran? at least takde la kami panggil korang ANON.

      Padam
    5. Haha.. siap ada persatuan la pulak.. anon.. anon.. kalau jadi anon je mesti nak kutuk blogger. benda tu tak patut. Blogger mengulas isu, kita tambah je la kuah ke lauk bagi lebih sedap.. jangan tambah pasir.

      Padam
    6. yang guna anon cuma tak berani....

      tu je...

      kita tiada keberanian untuk berkata benar, menegur mana yang salah atas alasan nak jaga hati.

      Pendekatan kita juga tak berhikmah, jika betul cara kawan akan terima tanpa terasa hati.

      Padam
    7. otak ko sbb xberani... bukan sbb xberani tp malas nk create akaun.. dah org komen, baca dah ler... kalo ko bdaftar pun bukannya org kenal

      Padam
  17. ouittt tuan tanah, bila nk buat spesies blogger lak..artikel bab anom ada smbutan panas..mesti x brani takut artikel tu & org komen tkena btg idung sendiri lak..bak gelak tt, kah kah kah kah kah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. spesis blogger lu masuk blog solihin zubir, kalau tak silap dia pernah buat. tapi tak perlu nak paksa2 kami nak buat entry apa, kalau kami rasa nak buat ada idea nak tulis kami buat.

      Padam
    2. blogger pun nak kena ada post jugak ke? Blogger lagi susah nak dikategorikan. Lebih banyak jenis blogger berbanding jenis anon

      Setakat nak post untuk kenakan orang, sebaiknya elakkanlah. Percambahan minda pun takde, malah memburukkan lagi istilah melayu tu nanti.

      Yang komen semuanya guna bahasa melayu, disebabkan anon, habis rosak semua melayu.

      Padam
  18. menemukan spesis anon di alam maya memang mengembirakan.....hilang tekanan melihatkan keemosionalannya semasa mengomen....

    BalasPadam
  19. ape merepek ler anon2 sekalian nih....aku rileks jew bace...nih msti byk anon spesis Anon Stupidus Idiota....Anon Anus Hurtia....Anon Emotia Malayunus...hohoho...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ko ada ID, ko ingat ko tak merepek... pegi mampos ko la ko ni rileks ke tak.. aku pun rileks je xpayah daftar boleh komen..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.