Jumaat, 18 Mei 2012

7 Bolehland yang serba boleh

Dalam entry gua sebelum ini, gua cakap nak cerita sikit pasal Malaysia Boleh. Dari kecil kita dah dimomokkan dengan slogan Malaysia Boleh! Gua tak ingat tahun bila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir perkenalkan slogan ini, tapi yg gua ingat slogan malaysia boleh ni dah mula berkumandang masa skuad badminton negara menang Piala Thomas tahun 1992. Masa tu jugalah lagu tema BOLEHLAND iaitu "Fikirkan boleh" dicipta.



Kalau tengok pada berita Kosmo ini juga, slogan Malaysia Boleh ini asalnya lebih tertumpu dalam bidang sukan untuk meningkatkan semangat juang atlet negara utk bersaing dan menempah kejayaan di peringkat antarabangsa, sampaikan sekarang orang Indonesia pun nak tiru Indonesia Boleh! Namun selepas itu, slogan ini digunakan dgn lebih meluas dalam sektor pendidikan, sains dan teknologi, industri seni & hiburan dan pelbagai lagi. Semangat Malaysia Boleh ini tidak pudar malah sehingga kini apa jua pencapaian anak Malaysia hingga berjaya menempatkan diri di mata dunia akan dikaitkan dengan Malaysia Boleh seperti kejayaan mencipta kereta nasional Proton Saga, penubuhan MSC, pembinaan menara berkembar tertinggi dunia KLCC, rakyat Malaysia berjaya menawan gunung Everest, pengembaraan solo mengelilingi dunia dgn kapal layar oleh Azhar Mansor, Malek Mydin berenang merentasi selat inggeris, Sharifah Mazlina jelajah kutub utara, Michelle Yeoh menjadi bintang filem antarabangsa, Lee Chong Wei dan Nicol David masing2 jadi pemain no. 1 dan macam2 lagi pencapaian...


Sampaikan Najwa Latif Yuna dan Zee Avi yg menempa nama di Amerika Syarikat pun rakyat marhaen masih menumpang bangga dan memberi komen Malaysia Boleh di video Youtube mereka.


Namun secara tak sedar, slogan ini juga memakan diri kita dan telah membawa kita ke 2 benda yg tak sepatutnya iaitu pencapaian yang syok sendiri dan juga pencapaian yang negatif.


Syok Sendiri

Di sebalik keghairahan negara kita mencipta nama di persada dunia, kita sering melupakan satu langkah ke arah kejayaan iaitu proses pembangunan. Kalau boleh kita nak terus je terkenal dan dapat nama, sebagai  contoh Program Angkasawan Negara.


Aku bukan nak cakap apa, tapi kalau kat US, Rusia tu, diorang nak bangunkan program angkasa ambik masa berpuluh2 tahun, buat penyelidikan sendiri macam mana nak hantar manusia ke angkasa, sediakan infrastruktur yang lengkap, teknologi yang canggih, sediakan kumpulan jurutera2 yg pakar dalam bidang aero-angkasa dan pakar2 astronomi dan tempatkan di NASA, buat persediaan dari A to Z, lancarkan roket satelit dulu ke angkasa, lepas tu monyet, baru orang.


Kat Malaysia ni lain pulak. Sebabkan nak jugak ada rakayt Malaysia yg pegi ke angkasa, dibuatlah Program Angkasawan Negara. Penyertaan dibuka pada semua warga Malaysia, tak kira dia tu ada background aero-angkasa atau tidak, minat astronomi atau tak. Lepas dah lepas segala tapisan dan saringan, maka terpilihlah Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Mejar Faiz Khaleed sebagai calon simpanan. Selepas training beberapa bulan, maka dgn pembiayaan penuh dari kerajaan Malaysia, maka berlepaslah Dr. Sheikh Muszaphar ke stesyen angkasa ISS dan muncullah Angkawasan Pertama Negara... dan mungkin yang terakhir. Tiada roket yang dihasilkan di negara kita. Tiada roket yang berlepas daripada tapak pelancaran di Malaysia. Tiada roket yang dikendali dan dipandu oleh rakyat Malaysia. So apa yg boleh dibangga dengan Program Angkasawan Negara? Lepas je habis program tu, senyap terus pasal hantar rakyat Malaysia ke angkasa ni. Duit dah habis berbillion2...


Kalau kerajaan begitu serius nak membangunkan program angkasa, biaya student pergi ke universiti2 luar negara ambil kursus yg berkaitan dengan sains angkasa, lepas tu buat program latihan industri di NASA, buat program pertukaran pegawai dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dgn NASA, tingkatkan kemahiran rakyat Malaysia dlm bidang kejuruteraan angkasa, sediakan tapak pelancaran roket dan lain2. Ini tidak, asal dah ada sorang rakyat Malaysia dah pergi ke angkasa cukuplah... asal dah boleh masuk dalam Malaysia Book of Records sudahlah...


Lepas ni tengokla, buat program hantar rakyat Malaysia pertama ke dasar laut dalam melihat kapal karam Titanic, rakyat Malaysia pertama masuk menjelajah ke Bermuda Triangle dan macam2 lagi rakyat Malaysia pertama... Biasalah orang Malaysia kan the best among the best... Kita semua boleh! Malaysia Boleh! Bolehland! Tapi lepas tu senyaplah...


Kejayaan Negatif

Yang ni biasa sangat kita dengar seperti contoh:
  • Tere la lu buat superman sambil wikang... - "Malaysia boleh maaaa...."
  • Lu selamba je minum sampai 10 botol, gua 2 botol dah weng... - "Malaysia boleh maaaah ueerrkkkk"
  • Hebat ye U ni kene gangbang 4 5 orang pun tak penat pun... - "Laa kita kan melayu boleh..."
Apahal search melayu boleh keluar gambar awek je nih?
  • Camne lu boleh hack UMNO punya database ni? - "Benda kacang je ni... Malaysia boleh kan..."
  • Takpe ke saya terima 'hadiah' dari encik ni? - "Takde masalahlah... kita kan Malaysia boleh..."
  • Kau ni mengular waktu kerja bos tak marah ke? - "Bos pun ngulor, apsal aku tak boleh? Kan kita sama2 Malaysia boleh?"
  • Aku dah bertaruh semua duit kat team Malaysia ni, rasa2 boleh menang tak? - "Konfirm menang lah... Kau kena yakin beb... Malaysia Boleh! Kalau kau tak yakin kau tak patriotik."
  • Apsal pakaian artis ni mengalahkan porn star Hollywood? - "Ooh itu sudah mesti, barulah internasional... Malaysia Boleh beb!"
  • Takpe ke kita pergi demo ni, kita ni student lagi karang kena tatatertib sapa nak jawab? - "Kat Mesir boleh, kat US boleh, apsal kita tak boleh? Malaysia boleh!"
  • Bos takpe ke saya letak gambar porno kat main page akhbar ni? - "Letak je... kitakan Bolehland apa ada ke hal, lagipun ada payung besar apa nak takut?"
Lain2 tu korang tambahlah sendiri. Korang pun mungkin lebih banyak pengalaman dengan slogan ni. Akhir kata, Malaysia memang boleh dan sentiasa boleh... Boleh apa tu lu orang pikirlah sendiri.



tags: slogan malaysia boleh bolehland sejarah asal usul cipta mantan bekas perdana menteri tun mahathir mohamad pencapaian rakyat warga persada antarabangsa internasional atlet ahli sukan akademik artis orang pertama gunung everest kutub utara selatan keliling dunia pelayaran solo angkasawan pelancong negara malaysia book of records syok sendiri negatif bolehland

7 ulasan:

  1. Lepaih ni, slogan Anwar boleh pulak.. Semua boleh, depan belakang semua hentam!

    BalasPadam
  2. Masuk cerita anwar la pulak? Kejap lagi masuk pulak tukang komen lain kata Tun M boleh itu ini, komen lain lagi, nik aziz itu ini.

    Akhirnya sampai bila-bila pun, masalah tak selesai. Apa yang dicakap belum tentu benar. Yang bercakap, kalau tak bertaubat, dah tentu neraka tempat tujunya. Lebih baik jangan komen yang bukan-bukan. Gunakan otak kreatif engko tu utk cipta slogan-slogan lain untuk malaysia boleh tanpa sentuh peribadi orang, dan elakkan buat tuduhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahkah!

      bagi aku mula dulu

      anwar boleh!
      nik aziz boleh!
      najib boleh!
      muhayyidin boleh!
      maniam boleh!
      kassim boleh!
      yaakob boleh!
      lin dan boleh!
      babi boleh!

      Padam
  3. sikit2 komen politik..kalu dh jumud sgt, mcm nie lah jadinya..blog nie best, aku slalu lyn mcm malaysiasensasi.net, ketengah kn benda lain dari lain tp bile komen dr org luar je, mesti masuk politik..bosan dgn politik, duk nk menjatuhkan org lain je..

    BalasPadam
  4. ak try taip "Melayu boleh" kuar laman lucah, bapak giler lucah kuat melayu ni....Ya Allah tolong laaa apa nak jadi ni.....

    BalasPadam
  5. PROGRAM ANGKASAWAN NEGARA- benda ni buat aku sgt butthurt sbg graduate aerospace eng. first sbb dia hantar seorang doktor yg X RETI APA PUN pasal aerospace. kalau dia hantar pakar aerospace atau mechanical eng tempatan aku xdela marah sgt. second, DIA BUKAN ANGKASAWAN, CUMA SPACE TOURIST. program ni sekadar mencapub, x lebih dari itu.

    third, aku lebih suka kalau kerajaan develop bidang aerospace di malaysia supaya graduate tempatan bole dpt kerja dlm bidang tersebut dr membazir buat program mencapub dan tarik lebih ramai budak2 bermimpi dgn sia2. kursus aerospace eng dah wujud di malaysia sejak tahun 1998 (or maybe earlier). tp bidang kerja almost ilek utk fresh grad. skrg mungkin a bit better, tp still x bole accomodate graduates memandangkan kursus aerospace semakin bertambah.

    graduate aero eng mcm aku x pernah dpt peluang utk praktik apa yg dipelajari. by this time, its already too late. but i don't regret much. mungkin bukan rezki aku kerja dlm bidang yg dipelajari.

    BalasPadam
  6. gambar awek tunjuk tetek tu x leh blah...awek mana tu??

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.