Minggu ni aku nak cerita pasal kerja je. Yelah memandangkan kerja tu satu benda yang penting dan perlu kita buat untuk kita mencari rezeki dan meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini, melainkan kau tu dilahirkan sebagai anak menteri atau anak raja, tak payah kerja pun takpe, duit tu tak habis 7 keturunan. Kali ni aku nak cerita pasal kerja aku macam aku dah cerita sikit kat sini sebagai seorang kuli cabuk di sebuah firma IT. Mungkin orang yang tak bekerja dalam bidang IT ni tak faham, si sila baca dengan bosan.
