[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Nampaknya Maharaja Lawak Mega 2013 sudah pun masuk minggu terakhir sebelum ke final pada minggu depan. Dengan tinggal hanya 5 peserta iaitu Jambu, Nabil, Shiro, Bocey dan Sepahtu, persaingan di peringkat semi final ini pasti sengit. Sama ada hanya 4 peserta yang akan ke final ataupun tiada penyingkiran, malam ini penentuannya. Dengan tema Zaman Kolej dan juga bersama Artis Jemputan (Bebas), semua peserta perlu mempetaruhkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada demi melayakkan diri dan menempah tiket ke pentas akhir nanti. Minggu ni bersiaran secara langsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru. Peserta yang aku confirm akan ke final adalah Sepahtu, Shiro dan Nabil, manakala Bocey dan Jambu perlu berebut tempat sekiranya hanya 4 peserta yang akan ke final nanti.
