Ahad, 1 Februari 2015

21 Pengharaman penggunaan meme Datuk Jackie Chan

Bintang antarabangsa dan pelakon Hong Kong, Chan Song Kang atau Jackie Chan kini bergelar Datuk selepas menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, pagi tadi. Chan, 60, adalah antara 356 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah.

Memandangkan Jackie Chan telah bergelar Datuk, maka dengan ini semua penggunaan meme Jackie Chan adalah diharamkan sama sekali kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan Datuk Jackie Chan.


Ok itu cuma lawak bodoh sahaja. Jackie Chan pun ntah tau atau tidak orang jadikan muka dia sebagai bahan meme.


Berikut adalah gambar2 sekitar penganugerahan Datuk kepada Jackie Chan:




Pasal penganugerahan gelaran Datuk kepada Jackie Chan, aku tak nak komen sangat sebab aku bukan raja. Terpulang kepada Sultan atau YDP Agong hak mereka nak bagi gelaran Datuk Dato kepada siapa2 yang mereka nak bagi. Sebelum ini pun dah pernah artis luar menerima gelaran Datuk seperti Datuk Shah Rukh Khan dan Datuk Rossa.



So apa jasa Datuk Jackie Chan kepada negara sehingga mendapat gelaran Datuk? Aku pun tidak tahu, itu kena tanya siapa yang bagi, cuma yang aku tahu beliau pernah shoot filem di Malaysia dulu untuk filem Police Story 3: Super Cop dan juga filem Who Am I? yang ada Datuk Hattan berlakon sekejap tu. Sama juga seperti Shah Rukh Khan yang pernah shoot filem kat Malaysia jugak untuk filem Don dan Don 2.

Pengarah dan pelakon filem tempatan, Afdin Shauki turut memberikan pendapatnya di FB mengenai isu Datuk Jackie Chan ini.


Namun yang paling win adalah individu berikut kerana beliau tahu apakah sebenarnya sumbangan dan jasa Jackie Chan kepada negara:


Aku tidak tahu sama ada dia serius atau sarkastik.




tags: jackie chan dapat anugerah dato datuk shah rukh khan rossa apa jasa sumbangan kepada negara

21 ulasan:

  1. pergh jackie chan yg dtg tu bukan senang mesti mintak autograft huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. PpprrrrooooOOOOooootttTTTttt !!! D muka sirosli & edebab. Aargghh legaa !!!

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL HBG EMBA NUGROHO DI NMR (082319208865)

      Padam
  2. aku rasa ni just nak cool down rakyat china yg marah/sedih pasal isu MH370.umm..maybe lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jackie chan Hong Kong, bukan China

      Padam
  3. Jackieeeeeeeeeee you beautiful old man...
    Go make more movies for me...

    BalasPadam
  4. Meh.Datuk means nothing nowdays.Just buy the title from anywhere because this country is fakap.

    BalasPadam
  5. Aku pun mcm rasa semua orang tahu pasal Malaysia. Dari segenap segi.

    Untuk info, rakyat luar sesebuah negara jarang faham selok belok politik sesebuah negara melainkan ahli atau penyokong parti pembangkang dlm politik negara tersebut. Yang lain biasanya hanyut dibawa arus pembodohan termasuk pro kerajaan, lebih2 lagi makcik2 Felda.

    Kita boleh test pengetahuan politik kita ttg Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Mungkin 10% pun x kemana kita mampu syarahkan mcm ahli / penyokong pembangkang politik negara tersebut. Hakikatnya begitulah.

    Jarang kita jumpa org luar mampu buat lawak kerana faham politik sesebuah negara. Jadi kes Jackie dan SRK dpt Datuk pun sbb derang xtau apa2. Dapat pun amik sajalah sbb peminat. Kalo tolak kang, peminat kata sombong pulak. Yg aku tak paham, Agong yg kasik tu atau bini dia yg pilih. Tergedik2 la orang tua ni bagi Datukship yg tidak membawa apa2 makna kpd rakyat luar melainkan nak buat projek dlm Malaysia dan merembat duit rakyat Malaysia. Pernah gak rakyat kita dpt gelaran Sir dari Britain, kahkahkah.. apa makna tur???

    BalasPadam
  6. Ini semua salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  7. Sila bagi juga gelaran Datuk ini kepada hero filem tamil AJITH KUMAR sebab dia shooting filem Billa 1 sepenuhnya di Malaysia.

    BalasPadam
  8. Kenapa org kita taksub dgn gelaran? X kisah la datuk ke, datin ke, datuk seri ke, Haji ke....even tittle DR dlm dunia kedoktoran n pensyarah....serupa sbgi driving factor tp x mengubah apa2 kpd personalti diri...disenangkan cite..semua ni just penghargaan dunia je.

    Bg sy..x kisah sgt title Datuk ni..kalau dpt pun sy lebih suka dipanggil nama biasa..sbb sy xnak dibeza atau dikastakan diri dengan org lain..dr situ kita dpt elak riak n sombong dgn org yg darjat lebih rendah dr kita...kita just manusia biasa......jap, ayam biasa je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau apa perlu amik tau ayam.. baca bismillah ngan sembelih jer.. ko dah jadi aruah.. nyumnyumnyum..KFC.. apapun terima kasih ayam, sbb ko sedap.. kalo dapat menderma kat Israel pun, apa ko nak kesahkan..kan? kan? ko kan ayam.. ko apa tau..

      Padam
    2. poyo la ayam mcm la ada org nk bg ko title datuk kalau jasa ko pn sekadar menempel kt blog org...

      Padam
    3. Kalau aku sbgi ayam mati disembelih semata2 utk bg manusia makan, sihat tubuh badan n boleh beribadat kpd Allah swt...aku rela disembelih..asalkan baca bismilah n selawat sebelum sembelih aku. Amin.......xde pulak dgr title Datuk Ayam Afrika plak, geli aku nak dgr...

      Padam
  9. yg aku tau dia ada sebijik penthouse kt penang tu. dia klau boring2 atau dlm mood cuti kerap dtg msia dan lepak kt penthouse dia.org keje airport bayan lepas slalu la nampak dia.

    BalasPadam
  10. lg 10 tahun mgkn akan ada artis kpop pulak yg dapat datuk sbb pernah buat konsert kat malaysia... malaysia bolehland full of bullshit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada artis Kpop dpt datuk..mmg nak muntah aku dgr, menyumpah lagi ada. Tp semenjak artis bernama Datuk S*** dpt datuk...berduyun2 artis lepas 2 dpt datuk.....kalau ye pun, bg la Acapan title datuk..dia mengasas lawak kat malaysia..pasni Afdlin Shauki dpt, Zizan dapat, Emma Maembong dpt, Nabil dpt.......pening2

      Padam
    2. senyap la gila. duk petik nama korea lak. ko pun 2x5 je menyampah gak, phui

      Padam
  11. okeh list lokasi pengambaran datuk jackie chan adalah malaysia, soal makanan tak susah maa .. hahaha

    BalasPadam
  12. Bagi saya Jackie Chan memang layak mendapat gelaran datuk. Beliau banyak menjadi inspirasi tentang ketabahan, kerja kuat, keberanian, humor, bekerja bersungguh-sungguh untuk membina sesuatu yang besar.

    Pemberian datuk ini mungkin adalah pengiktirafan Malaysia kepada Jackie Chan atas sumbangan beliau kepada dunia.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.