Jumaat, 4 September 2015

18 Hacker Anonymous Malaysia yang syok sendiri

Awal bulan lepas, satu kumpulan menggelarkan diri mereka ‘Anonymous Malaysia’ telah mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dengan mengancam untuk menyerang kebanyakan laman web dan sistem kerajaan menjelang hari Kemerdekaan pada 29 hingga 30 Ogos 2015 baru2 ini, menyebabkan ramai orang IT kerajaan yang terpaksa standby tak tidur malam dan berjaga2 untuk menghadapi dan menangkis serangan siber tersebut.



Namun jika merujuk kepada laman web Zone-H yang menyimpan arkib senarai laman web/sistem web seluruh dunia yang pernah digodam, tiada serangan yang berjaya dilakukan terhadap portal atau aplikasi web kerajaan Malaysia pada 29 dan 30 Ogos 2015, kecuali sebelum2 itu dan juga sekali pada 31 Ogos 2015 iaitu laman web JPA Pencen.

Sumber

Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal website kerajaan kena hack ni, tapi lebih kepada cerita kumpulan Anonymous Malaysia yang macam budak2 baru nak up yang baru belajar hack pakai tools kat Internet dah rasa diri macam hebat gila.

Mula2 berita 3 ahli kumpulan 'Anonymous' ditahan reman pada 29 Ogos 2015.

Sumber Berita Harian.

Kemudian keluar lagi berita pada 3 Ogos 2015 mengenai 2 ahli 'Anonymous' ditahan polis iaitu seorang jurutera dan pelajar.

Sumber Berita Harian / FB page PDRM

Serius, diorang ni hack pakai kalkulator ke? Senang2 je kena kesan? Ni bukan hacker tapi script kiddies baru nak up yang mungkin baru belajar ping, traceroute, port scanner, ddos, ssh, backtrack, kali linux dan sebagainya.


Aku tak tahu diorang ni dari geng yang sama, tapi tengok update kat FB page "Anonymous Malaysia Team" ni memang lawak gila. Aku pun tak tahu sama ada diorang memang tak reti hack atau bangang syok sendiri.

Mula2 diumumkan laman web kerajaan dorm.gov.my telah down sebagai bukti mereka berjaya hack laman web tersebut.

Sumber

Kemudian ada la beberapa orang yang mungkin juga budak2 baru nak up yang tak tahu sangat pun pasal komputer dan Internet kecuali Facebook, Youtube, Twitter dan Instagram memberi ucapan tahniah kepada mereka.



Lawaknya bermula di sini.


Seriously, apa kejadahnya domain dorm.gov.my???

Dah website tu tak wujud memang la ko taip dia cakap server cannot be found, bukan sebab kena hack. Aku pun boleh taip kkm.gov.my, keluar server cannot be found lepas tu claim aku dah berjaya hack website Kementerian Kesihatan, padahal diorang guna domain moh.gov.my bukan kkm.gov.my.

Lepas tu bila orang suruh explain apa benda dorm tu tak boleh jawab dan bagi alasan bodoh dan merapu2.

Kah kah kah serius kelakar.

Sebab tu aku tak menaruh apa2 harapan tinggi pun pada orang Malaysia ni, baik dari segi politik ke, sukan ke, hiburan ke, pekerjaan ke, mahasiswa ke, hacking ke, apa2, sebab mostly cuma pandai cakap tapi buat tak reti, takde pencapaian yang hebat tapi syok sendiri. Kalau ada sorang dua yang hebat tu dah boleh dikira ajaib dan sangat luar biasa.





tags: anonymous team malaysia fb facebook ugut ancam we will blast video bersih hari merdeka hack godam crack script kiddies website portal sistem aplikasi web rasmi kerajaan

18 ulasan:

  1. Hahah..hackers graduate UTM.. gitu lah akhirnya

    BalasPadam
  2. Kakahkah! Mmg lawak..proootT dmuka sirosli

    BalasPadam
  3. Org malaysia, byk Yg hebat2.. Tpi org Yg hebat2 low profile.. Xingin dikenali dan x inginkan publisiti murahan. Noob aku terus terang, aku masi yakin dgn org malaysia. Begitulah manusia, kalau xkenali diri sendiri, kita akan byk buang masa mengkaji kelemahan manusia lain.

    BalasPadam
  4. yang paling hebat kat malaysia ni brader kedepan je.. tu pon masih x dpt keje.

    BalasPadam
  5. Noob is khairul amir

    BalasPadam
  6. Jauh lagi la nak banding anon yg hack us, israel tu. Stakat level mcm ni ibarat mesia kena blasah ngan arab 10 0. Ni mesti keja bebudak sekolah yg isap vape bajet gud2 wak lek wak pis utm hahaha...

    BalasPadam
  7. real hacker exposed diri dia dlm fb la. yg bengap p caya kenapa ? hahaha baru lahir semalam dan kenal pc 3 jam tadi kut ? bdk2 yg komen kat situ ? aku tgk , purata muka pemakan babi je smua. babi kn bodoh piang. tak heran la depa pn bodoh sama. Yg muka2 anonymous tu smua , muka bdk2 isap gam je aku tgk. sedih !

    Ja'afar

    BalasPadam
  8. Ni spesis main cs pakai cheat code pastu ckp dia hacker. Org cmni cepuk kepala skali mesti trus nangis ckp nak balik mengadu kat bapak.

    BalasPadam
  9. Ceh, incurable stupid and retarded are everywhere..

    BalasPadam
    Balasan
    1. You mean 'stupidity' and 'retards'?

      Padam
  10. Aduyai...
    Cite2 tinggi sangat ni nak jadi hacker.
    Belajar dulu tinggi2, jgn layan movie banyak sangat. Hahahah

    BalasPadam
  11. Tu la org kita. ..jenus syok sendiri tp x sehebat mana...sama mcm baca ex5 merempit sbb bajet mcm rossi, bila kena roadblock atau mati tgh jln malu satu keluarga je..pasal hack ni baru belajar kat YouTube dah bangga mcm pro baru dpt graduate ijazah master komputer...sigh

    BalasPadam
  12. Tu la org kita. ..jenus syok sendiri tp x sehebat mana...sama mcm baca ex5 merempit sbb bajet mcm rossi, bila kena roadblock atau mati tgh jln malu satu keluarga je..pasal hack ni baru belajar kat YouTube dah bangga mcm pro baru dpt graduate ijazah master komputer...sigh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam, ko double reply. Double reply terjadi klw ko tekan "return" dlm page ni lepas ko publish commemt ko. Aq slalu terkena...

      Padam
  13. Sape pandai buat apps cm social media etc... Pm aku,

    BalasPadam
  14. Anonymous bukannya hacker jgn salah faham... orng suke guna nme anonymos untuk hack tanpa sebab... apa guna diorng hack website kerajaan yg x de apa fungsi pon... kebanyakan website government yg dlm list tu x de apa pon

    BalasPadam
  15. Aku yg budak sekolah pun tahu dh cane nk hack website

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.