Sabtu, 10 September 2016

8 Melayu paling ramai tak daftar sebagai pengundi

Dalam beberapa hari ini aku ada menerima mesej yang sama dalam beberapa group Whatsapp aku seperti berikut:

Mengikut satu laporan tak rasmi:
Rekod daftar pengundi baru di Selangor:
Melayu - 49,000
Cina - 115,000



Jumaat, 9 September 2016

5 Janji palsu perkhidmatan kurier yang lembab

Aku nak cerita sikit. Aku ada beli barang secara online minggu lepas. Hari Selasa baru-baru ni penjual tu mula pos barang aku guna satu perkhidmatan kurier dari Petaling Jaya. Dia bagi aku tracking no. Malam Selasa aku semak kat website kurier tu, barang aku dah masuk dalam sistem dia.

Hari Rabu aku semak, barang aku dah dihantar ke pejabat kurier cawangan Shah Alam, lepas tu sangkut kat situ seharian. Hari Khamis aku semak, barang aku baru dalam perjalanan untuk pergi ke pejabat kurier cawangan Kajang. Aku dah panas. Petang tu aku telefon hotline customer service courier tu, mereka berjanji akan hantar esok.



Khamis, 8 September 2016

12 Di sebalik alasan awak terlalu baik untuk saya

Awak terlalu baik untuk saya...

Alasan klise seorang perempuan yang mahu menolak cinta daripada seorang lelaki. Aku rasa ramai pun orang lelaki pernah kena reject dengan perempuan yang dia suka dengan ayat ini. Aku pasti pasti ramai juga lelaki yang tak puas hati bila kena reject dengan alasan ini. Ada yang merasakan "aku kena jadi jahatkah baru dia nak terima aku?" Atau "aku ini bukannya baik sangat, kenapa dia cakap aku baik, adakah dia sekadar nak jaga hati aku?"



Rabu, 7 September 2016

14 Anak nakal dan biadab berpunca daripada ibu bapa

Nakal.
Biadap.
Kurang ajar.
Kuat Buli.
Kaki pukul.
Gangsterisme.
Lucah.

Ini adalah antara perangai segelintir kanak-kanak dan remaja, bukan hanya di zaman ini, tapi juga dari zaman dulu lagi. Bezanya zaman dulu tiada Internet, telefon pintar berkamera, Facebook, Tumblr, Instagram dan sebagainya.

Ada beberapa isu viral sejak kebelakangan dan juga tidak lama dulu ini yang melibatkan sikap budak-budak seperti di atas. Budak kecik nakal baling buah kat kereta orang lain sampai kena marah dan tengking oleh pemilik kereta, budak sekolah rendah agama pukul rakan sekelas, kes buli di sekolah berasrama, remaja baling batu dari atas jejantas ke jalanraya, pelajar sekolah memukul dan mencalarkan kereta cikgu dan sebagainya.


Selasa, 6 September 2016

10 Hitam putih dunia komik indie/amatur tempatan

Kali ini aku nak berkongsi sedikit pandangan aku tentang dunia komik tempatan terutama dalam komuniti komik indie dan amatur. Walaupun aku suka membaca komik dan melukis untuk suka-suka dah lama, tapi aku memang sangat baru dalam bidang ini. Aku berkecimpung dalam dunia komik tempatan indie/amatur dan mainstream ini baru hampir 2 tahun.

Komik indie pertama Buasir Otak: The Komik (BO:TK) keluar pada awal tahun 2015 dan dicetak semula untuk pasaran mainstream oleh Alaf21 pada awal tahun 2016. Pada tahun 2016 ini juga kami terbitkan lagi 2 buku indie iaitu BO:TK Reloaded dan BO:TK Revolution. Setakat ini sudah ada 3 buku indie dan 1 buku mainstream diterbitkan di bawah tajuk Buasir Otak: The Komik.



Isnin, 5 September 2016

8 Aku yang hari ini adalah kerana aku yang dulu

Aku yang hari ini, adalah kerana usaha aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana jasa aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana penat lelah aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana susah payah aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana pengorbanan aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana cita-cita aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana aku yang dulu.



Ahad, 4 September 2016

10 Hukum orang lain dengan memalukannya di Internet

Ada seorang lelaki, hadir ke pejabat kerajaan untuk membuat urusan rasmi. Sampainya dia di pejabat kerajaan tersebut, pak guard memberi kertas nombor giliran yang dia dah siap-siap tekan. Lelaki itu pun duduk kerana ingatkan nombor gilirannya lambat lagi, tapi bila dia tengok di skrin nombor giliran, nombor dia dah pun keluar.

Dia pun terus bergegas ke kaunter yang berkaitan, dan petugas wanita yang menjaga kaunter tersebut pun menegur "Tadi nombor panggil encik tido ke?" dengan nada sinis dan mimik muka yang menjengkelkan. Lelaki itu pun membalas, "Cakap baik-baik la. Aku baru je sampai, pak guard depan tu bagi kat aku nombor ni". Kemudian petugas wanita itu buat muka dan tidak meminta maaf pun.


Sabtu, 3 September 2016

10 Budaya minat terhadap kartun lucah semakin parah

Watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.



Jumaat, 2 September 2016

10 Apa sebenarnya sumbangan anda kepada negara?

Kita sering dimomokkan dengan ayat keramat "Jangan tanya apa negara boleh sumbang untuk kamu tetapi tanyalah pada diri apa yang kamu dapat sumbangkan pada negara" terutama bila berhadapan dengan macai politik.

Ya, ayat ini tidak sepenuhnya salah, cuma ia perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Seperti mana yang dinukil oleh cEro, kini semua orang telah pun ada sumbangannya kepada negara setiap kali mereka membeli belah dengan membayar cukai GST. Aku tak rasa ada orang boleh lari dari bayar GST setiap kali mereka membeli belah.


Khamis, 1 September 2016

5 Erti sebuah kemerdekaan dalam diri kita

Tarikh 31 Ogos 1957 adalah tarikh merdekanya Tanah Melayu daripada penjajahan British. Tarikh keramat di mana Tanah Melayu bebas daripada penjajahan negara luar menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Namun apakah pula erti merdeka bagi diri kita? Adakah merdeka itu sekadar kebebasan? Adakah bebas daripada persekolahan? Bebas daripada tanggungan ibu bapa? Bebas daripada hutang? Bebas daripada masalah kewangan? Bebas daripada percintaan dan hubungan yang sakit? Atau bebas untuk berbuat apa sahaja yang kita mahu?