Rabu, 12 September 2018

5 Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Dalam melayari sebuah perhubungan cinta dan rumahtangga, pada peringkat awal biasanya mesti semuanya indah belaka, bak kata orang kentut pun bau wangi. Namun semakin lama melayari bahtera cinta, semakin banyak juga ujian dan dugaan yang mendatang, semakin banyak rahsia, kelemahan dan sisi hitam pasangan yang diketahui, membuatkan hubungan itu menjadi renggang, tawar dan tidak lagi seindah dahulu, sehingga akhirnya boleh membawa kepada kebosanan, keretakan, kecurangan dan perpisahan.

Situasi ini memang biasa berlaku dalam suatu hubungan percintaan dan juga asam garam dalam kehidupan. Sebab itu bila dah terlalu lama dalam hubungan, perkara paling penting untuk mengekalkan hubungan adalah kekal hormat dan menjaga hati pasangan, penerimaan terhadap kelemahan pasangan dan juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik, serta paling penting, sentiasalah ingat mengapa kita mencintainya pada asalnya dahulu.

Lalu dengarkan coretan aku dalam lagu Permata Hati ini.



Isnin, 10 September 2018

3 Kesalahan orang Melayu yang perlu diperbetulkan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.

Dr Mahathir berpendapat, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.



Selasa, 4 September 2018

6 Bangsa merdeka jangan hidup dalam kejahilan

31 Ogos 2018 yang lepas kita telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, dan yang pertama kali di bawah kerajaan yang baru. Sempena ulangtahun Hari Kebangsaan Malaysia ini juga, ramai orang mengambil kesempatan ini untuk membuat cabaran merdeka, membuat kuiz dan  menemuramah orang awam serta selebriti sejauh mana pengetahuan mereka tentang Malaysia khususnya.


Hasilnya agak mengejutkan. Masih ramai lagi warganegara Malaysia yang kurang pengetahuan asas tentang Malaysia dari sudut pengetahuan am, sejarah, geografi dan sebagainya, walaupun mereka lahir, membesar, mendapat pendidikan, bekerja dan tinggal di Malaysia.


Isnin, 3 September 2018

5 Perbandingan harga barang sebelum dan selepas SST

Selain daripada menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 yang lepas, hari keesokannya iaitu 1 September 2018 menandakan tempoh cuti cukai selama 3 bulan telah pun tamat, di mana hari tersebut Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah mula dilaksanakan semula setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Sistem cukai SST ini bukanlah benda yang baru. Negara kita sudah pun pakai sejak sekian lama, sehinggalah ia digantikan dengan GST pada 1 April 2015, dan kini diguna pakai semula bermula 1 September 2018. Maka tak perlulah rasa kalut semacam benda ini suatu yang baru, kena bersedia bagai. Macam kau dah laluinya sejak berpuluh-puluh tahun yang dulu, macam tu lah kau akan laluinya semula. Mungkin ada lah sedikit perbezaan dan pembaharuan, tapi asasnya tetap sama.



Khamis, 30 Ogos 2018

3 Bukan mudah melahirkan atlet wanita yang handal

Nama Fatin Syahirah tiba-tiba menjadi bualan para netizen. Siapa Fatin Syahirah? Beliau bukan gadis yang terkenal kerana TikTok, tetapi beliau adalah wakil negara untuk sukan papan selaju atau skateboard kategori wanita dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia. Beliau menjadi viral kerana persembahannya yang agak hambar dalam pusingan akhir acara "Women Street" yang menyebabkan beliau mendapat tempat terakhir dalam kalangan 8 peserta.



Isnin, 27 Ogos 2018

2 Hargai pengorbanan pejuang, syukuri nikmat merdeka

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila melihat wajah anaknya yang sugul.

“Janganlah pergi Abah. Siapa nak jaga Mira dengan Ummi?”, ujarku yang ketika itu baru berusia 8 tahun."

“Mira janganlah sedih. Mira kan dah besar. Mira kena kuat, kena jaga Ummi dan adik-adik. Abah pergi tak lama. Abah janji habis je tugasan, abah bawa kita semua pergi Zoo Negara.”, pujuk abahku.

Kata-kata abahku itu masih terngiang-ngiang lagi di telingaku sehingga kini. Satu janji terakhir yang tak mampu dia kotakan.


Isnin, 20 Ogos 2018

6 Punca rakyat tidak gembira dengan kerajaan PH

Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan tempoh hari, banyak page di Facebook yang membuat undian untuk mengukur tahap kepuasan dan kegembiraan rakyat di alam maya atau netizen terhadap 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Hasil undian ini, rata-rata majoriti netizen tidaklah begitu gembira dan tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan hari ini selepas 100 hari.



Sabtu, 18 Ogos 2018

1 Kerajaan Pakatan Harapan selepas 100 hari

Maka semalam genaplah 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sejak 9 Mei 2018. Seperti yang umum tahu, semasa PRU14 PH ada mengeluarkan manifesto 10 Janji 100 Hari dalam Buku Harapan.  Selama 100 hari ini banyak yang telah kita lalui, dari hal-hal yang menggembirakan, hinggalah isu-isu yang mengecewakan.

Antara yang menggembirakan sudah pasti apabila kes dan skandal yang berkaitan bekas PM terdahulu Dato' Seri Najib Razak dibongkar satu persatu seperti kes 1MDB, rampasan duit dan barangan bernilai jutaan ringgit, penamatan dan peletakan jawatan pengurusan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, penangkapan Dato Jamal, penyitaan kapal mewah Equanimity yang terkait dengan Jho Low dan sebagainya.



Selasa, 14 Ogos 2018

6 Perjuangkan hak OKU bukan golongan songsang

Aku rasa isu yang paling hangat diperkatakan selepas kerajaan baru memerintah bukanlah isu tentang kos sara hidup, isu cukai, isu harga minyak, isu pemansuhan tol, isu 1MDB, FELDA, perpaduan kaum, pemantapan agama, sahsiah dan moral, sebaliknya adalah isu yang berkaitan dengan LGBT, dan bagi aku ini adalah suatu yang amat sedih dan mengecewakan.

Kalau dulu golongan songsang ini tidak ramai yang berani bersuara dan memunculkan diri, kini mereka sudah berani keluar dari gua, tanpa segan silu mengakui diri mereka gay atau pondan secara terang-terangan bukan sahaja dari kalangan orang bukan Islam tetapi dari mereka yang mengakui dirinya muslim.



Sabtu, 11 Ogos 2018

5 Buasir Otak: The Komik - Adrenaline

Berita baik untuk semua! Setelah setahun kami tidak keluar dengan komik baru, kini dengan sukacitanya kami ingin maklumkan yang buku indie Buasir Otak: The Komik edisi ke-5 kami iaitu Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) telah berada di pasaran.

Buku ini mengandungi 16 buah cerita kompilasi dari beberapa komik pilihan dalam Cabaran Komik Online 2017 anjuran Matkomik serta beberapa komik-komik baru yang bertemakan Sukan dengan 188 jumlah muka surat kesemuanya.