Sabtu, 3 Januari 2015

21 Teori konspirasi karut MH370 dijumpai bawah tanah

Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan terjawab dan menemui noktah yang muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ‘fly by wire system‘ berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid.


Nak baca artikel penuh kat atas ni boleh pergi blog Berita Semasa 22 ini, aku malas nak copy panjang2. Cuma pertama sekali, siapa Sharifah Sofia Syed Rashid ni?


Kalau mengikut biodata di akaun FB yang lamanya (kini telah ditutup dan telah ada akaun lain di sini), dia adalah seorang pilot wanita yang bekerja di Emirates, belajar di Universiti Malaysia batch 2014 dan tinggal di Kuala Lumpur. Tidak diketahui kebenarannya, namun dia lebih terkenal kerana selalu membuat teori konspirasi mengenai kehilangan pesawat MH370 serta serangan terhadap MH17 di FBnya lantas menjadikannya seorang individu yang terkenal dan mengumpul ramai pengikut atau macai di Internet.

Berikut adalah antara post2 teori konspirasinya di FB:


Pada bulan Jun 2014 seorang individu bernama Tengku Diana Amirah (mungkin adik beradik, kawan atau orang yang sama) mengatakan ada orang hantar santau kepada Sharifah Sofia ini. Ada juga yang cakap dia telah meninggal disebabkan disantau.



Namun baru2 ini, dia muncul lagi dengan teori yang baru iaitu "Lokasi MH370 dijumpai di bawah tanah" seperti artikel yang aku copy kat atas tu. Namun teori konspirasi tersebut telah diulas dan disangkal oleh blogger Ikan Sardin Makan Orang dari blog Malaysia Military Power, boleh baca ulasan beliau di blognya - "Mengulas Teori Konspirasi MH370".

Ok itu ulasan dari sudut kajian ilmiah. Sekarang aku sendiri akan mengesahkan yang Sharifah Sofia ini seorang pembongak, pembohong, merapu, karut, berhalusinasi, tambah lagi, bodoh, dan teorinya adalah sangat tahi dan bullshit, dengan cara yang paling mudah.

Kesilapan terbesar dalam teori Sharifah Sofia ini adalah kerana, dia letak gambar dalam artikelnya. Tak payah susah2 nak buat kajian, aku cuma perlu guna Google Image Search je untuk cari dari mana dia cilok gambar2 tu.

Berikut adalah pendedahan penipuan teori konspirasi ini yang bakal membutthurkan macai2 Sharifah Sofia:

1. Gambar profile Sharifah Sofia itu sendiri, seorang juruterbang wanita yang sangat comel.


Setelah disearch, ia adalah gambar dari profile Google+ seorang wanita dari Thailand.



 Comel betul Sharifah Sofia Thailand ni.


2. Gambar penumpang Ukraine yang menaiki MH370, Oleg Chustrak ini dikatakan masih hidup boleh online webcam pada 28/7/2014 sedangkan MH370 hilang pada 8/3/2014..
Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup.  lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa  bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370


Sekali lagi aku cari imej lelaki tersebut, dan ya beliau memang Oleg Chustrak, namun gambar ini bukan gambar webcam yang diambil pada 28/7/2014, sebaliknya gambar ini sudah wujud sebelum tarikh itu lagi. Gambar berikut ada di sebuah entry blog milik orang Jepun yang memaparkan gambar2 mangsa kehilangan MH370, dan entry tersebut wujud sejak 24/5/2014.




3. Akhir sekali, gambar radar ini yang dikatakan radar tentera Turkmenistan telah berjaya megesan pesawat MH370 yang ditutup transpondernya.
Anda nak bukti lagi nah ambik ni...


Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat  MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.


Hebat betul penulis teori konspirasi ni. Nak tipu orang kampung boleh la, letak je gambar radar ntah apa2 terus orang boleh percaya. Tengok aku letak gambar yang lagi cantik dari tu.


Imej, kordinat, semua sama, cuma perlu crop dan ubah warna je sikit pakai Photoshop. Ya, gambar tersebut dirembat dari website AirTeamImages.com dan gambar tersebut dirakam pada tahun 2005!


Bukti2 saintifik konon... puiiihhh!

Berikut adalah perutusan Tahun Baru 2015 yang diambil dari FB dia yang baru.



Nasihat dah bagus, tapi matlamat tak menghalalkan cara. Menipu dan reka teori konspirasi agar dapat menginsafkan orang lain? Lagi samakan perjuangan mereka teori palsu ni dengan perjuangan Nabi?
Ale utooooooo...

Kenapa melayu suka reka cerita dan kisah teori konspirasi palsu?
Kenapa orang melayu suka baca dan percaya kisah teori konspirasi karut macam ini?
Orang melayu suka cerita2 misteri? Suka cari populariti murahan? Suka cari salah orang lain? Suka diberi harapan palsu?

Kalau nak menipu pun, biar cerdik sikit. Peraturan pertama untuk menipu di Internet adalah jangan sekali2 guna gambar dari Internet. Rakam gambar sendiri, scan dari majalah, pastikan gambar tu langsung takde kat Internet, baru boleh nak menipu. Orang kampung dan blogger2 meleis bebal yang main copy paste sahaja teori konspirasi tahi ni mungkin kau boleh tipu, tapi melayu yang berakal dan berilmu jangan harap kau boleh tipu.

Melayu ni, macam biasalah, aku ulang balik, suka betul menipu melayu. Kalau dah penipu tu sampai bila2 pun penipu. Yang menipu itu melayu, yang tertipu juga itu melayu, dulu, kini, selamanya...



tags: teori konspirasi karut menipu penipu tipu kantoi bullshit pesawat kapal terbang mh370 dijumpai bawah tanah kapten pilot juruterbang tengku sharifah sofia syed rashid

21 ulasan:

  1. dulu brado kapok pakar ulas teori konspirasi. alih alih cek fb beliau tengah jual emas delay/kontra. haha

    BalasPadam
  2. alah.. melayu kan suka gosip. apa yg syarifah sofia tu buat sekadar memuaskan keinginan melayu yg kuat dengar dan sebar gosip

    BalasPadam
  3. sakit mental pempuan ni

    BalasPadam
  4. Bagus noob..buat homework

    Tp sy pun pelik...nmpk isu ini kat wall FB..tp klau betul pun mesti keluar berita CNN atau mainstream luar negara..pernah byk kena tipu masa mula2 isi mh370, mcm2 teori n bukti mcm sahih dipostkn...tp smpi skrg xde plak nmpk btg hidung mh370 2.

    Senang cite. ..byk sgt bnda merepek2 n fitnah di FB...pas2 ada antara kita yg terus percaya bulat tanpa selidik. X cite lg ada yg still percaya banjir di kelantan sbb pelepasan empangn di thailand atau air tasir kenyir melimpah masuk ke sungai Kelantan....org melayu ayat pandai gebang kaw2...tp penipu mmg dahsyat termasul tipu kaum sendiri. Janji dpt LIKE byk mcm LIKE 2 pahala pulak...

    BalasPadam
  5. ni geng2 tanpa nama sakit mental la ni kehkeh merapu x sudah keke2

    BalasPadam
  6. Makcik2 first time install whatsapp yang guna smartphone macam keyboard jek yang suka cerita2 seperti nih... dummies

    BalasPadam
  7. Modern day punya attention seeker. Dapat perhatian dlm media sosial pon jadilah...
    Kurang kasih sayang kot...

    BalasPadam
  8. terbaik PON. PON, inspirasi ku. Bahahahahaktui!

    BalasPadam
  9. admin kalau xtau apa2 baik diam, jgn peleceh usaha sharifah sofia membongkar konspirasi dajjal akhir zaman. admin ni mesti agen freemason yahudi yg menghalang umat islam mengetahui kebenaran. bertaubatlah admin

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau dan fake sofea tu lagila kena taubat buat fitnah konspirasi je manjang... konspirasi mastermind adalah zionism tu sendiri....

      Padam
    2. Minta pencerahan.. Apa yg admin pelece?? Sofia ngko ni 777 ngan 747 pun xtaw beza.. Mcm ni kapten ka? Adoii buka astro/youtube tgk air crash investigation. Bagi kenai dulu yg mana boeing airbus mcdoughlas. Kenai habis2 dulu sistem kokpit.. Ada internet xtaw guna.. Taw pakai ja

      Padam
  10. Dulu sofia nie sendiri upload gambat ckp nanti nak berlepas dgn kapal terbang.siap gmbar kt airport. Masa 2 baru je jadi kejadian mh370.. then org x brapa kenal lg dgn dia. Sape yg follow dia tau la apa dia update dlm fb tu. Sekarang dlm status dia siap cabar lagi bukti yg dia ckp dia ckp dia kapten. Yelah mana nak dpt bukti. Fb lama pun dh blok. Sapa yg penah follow fb dia tau la cena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik ramai lagi yg sokong penipu ni.. Yg bestnya dlm status ckp nk jwb secara detail semua yg blogger tu tulis tp dlm komen xde pon faktanya. Siap sebut² nama Allah dan rasul pulak tu xde rasa berdosa ke? Pengajaran: nak menipu kena confident

      Padam
    2. Kalau setakat nak bergambar kat dalam cockpit dengan baju Pilot tu, datang jelah kat airport subang (skypark simulator tingkat 2) Bayar je RM45.00 utk bawa simulator boeing ataupun airbus RM2XX.00. Lepas tu ambik gambar, update kat whatssup, face book ataupun mana-mana blog. Ramai yang dah tertipu dengan gambar aku ambik.
      Tak rugi masuk tempat ni, dah cuba, barulah tahu, betapa susahnya nak bawa kapal terbang, walaupun ianya cuma flight simulator.

      Padam
  11. Harap noob boleh panjangkan kepada skmm n cybersecurity pasal minah/mamat ni. Xkan org yg sebar fitnah psl banjir je kena tindakan.. Dia ni sedap² dah kencing 1malaysia relek je..sikit lagi nak tahap ayah pin dah tu

    BalasPadam
  12. jangan main2 dgn detektif noob haaaaaaaa

    BalasPadam
  13. Yang menipu dan tertipu dua-dua bangang tertinggi tahap Freemason 5th order.

    BalasPadam
  14. Lagi rahsia besar mh370 ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    BalasPadam
  15. yg btul kisah mh370 tu cmna kabo la...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.