Khamis, 23 Jun 2016

6 Perkara paling asas yang perlu dididik di sekolah

Baru-baru ni banyak kawan-kawan yang share artikel dan link tentang perbezaan pendidikan negara dan luar negara. Saya setuju, cara pendidikan luar negara memang jauh berbeza dan secara peribadi saya merasakan bahawa ianya lebih relevan dengan situasi zaman sekarang. Tambahan pula terdapat seorang junior sekolah saya yang menetap di New Zealand dan beliau telah kongsi satu post daripada tadika di sana.




Di taman saya ada terdapat sebuah tadika yang cuba mengaplikasikan corak pendidikan luar negara yang bagus. Lalu saya pun kongsikanlah post tadika NZ itu dengan pengusaha tadika tersebut. Pagi ni sewaktu hantar anak, beliau ada di pintu pagar tadika lalu saya pun mengambil masa untuk bersembang tentang perkara ini.

Beliau berkata "En Benz, bukannya saya tak nak buat macam kat Jepun, macam kat NZ. Tapi En Benz rasalah, kalau saya buat macam kat Jepun, suruh anak-anak kecil ni pergi kutip sampah, pergi cuci tingkap mop lantai. Lepas tu mak ayah dan masyarakat tahu. Rasa-rasa apa yang terjadi?"

Saya terdiam lalu terfikir sejenak. Sudah pasti yang terjadi ialah muncul link-link di FB dengan tajuk seperti "PENDEDAHAN TADIKA YANG MENDERA ANAK-ANAK KECIL MEMBUAT KERJA", "Tadika menyuruh anak-anak kecil bekerja! Lihat apa reaksi ibu bapa!", "Eksploitasi murid-murid di tadika!"

"En. Benz nak tahu, dulu masa saya kecil dulu, sekolah suruh semua beratur di padang, jalan dan kutip sampah beramai ramai."

Dari http://muktasim.com/

Eh saya pun dulu macam tu jugak. Jadi tak tepatlah kalau nak kata sekolah negara kita tak pernah buat seperti itu. Tapi kalian-kalian yang membaca posting saya ni fikirlah sejenak. Kalau ada mak ayah yang report pada pihak kementerian anak dia "didera" oleh sekolah untuk membuat kerja-kerja berat, siapa yang kena tanggung? Anda yang marah-marah di FB sebab sekolah-sekolah kita tak ajar tanggungjawab sosial? Ataupun pihak sekolah?

Sewaktu mesyuarat PIBG, ada tak ibu bapa ramai-ramai memberi cadangan kepada pihak sekolah agar menekankan aspek tanggungjawab sosial kepada anak-anak mereka?

Sewaktu dalam group whatsapp atau telegram ibu bapa, ada tak anda mencadangkan agar ramai-ramai bersetuju dan mendesak pihak sekolah agar mendidik anak-anak kutip sampah?

Cuba bayangkan kalau orang ramai serang sekolah itu kerana kononnya "mendera" budak-budak melakukan kerja-kerja berat. Dan anda tampil di belakang pihak sekolah dengan menyatakan sokongan anda sebulat suara dengan langkah-langkah pihak sekolah, tidakkah ianya akan memberi semangat untuk pihak sekolah?

Jadi kalau anda sebagai ibu bapa serius dalam membuat perubahan kepada cara didikan anak-anak di sekolah, jangan hanya salahkan pihak kerajaan kita. Jangan hanya tunggu sampai kerajaan nak gubalkan skim pendidikan baru. Sebaliknya:
  1. Datang ke mesyuarat PIBG, beri cadangan-cadangan yang anda ingin lihat. TAK KISAH samada cadangan tersebut diterima atau tidak. Janji anda membuat sesuatu sehabis baik. Bukan sekadar berkongsi artikel di FB dan harapkan perubahan.
  2. Dalam group whatsapp ibu bapa, jangan hanya gunakan group tersebut untuk informasi kerja sekolah sahaja. Tetapi sebaliknya, cuba mengambil peluang untuk mengumpul idea-idea dan cadangan-cadangan untuk diberi kepada pihak sekolah.

Saya betul-betul harapkan agar masa depan anak-anak kita lebih cerah untuk membina negara yang lebih maju. Tetapi ianya bermula dengan diri kita sendiri.


BONUS: Pembelajaran itu seharusnya suatu yang menyeronokkan.


Lagi artikel berkaitan sistem pendidikan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sistem pendidikan negara tadika sekolah new zealand jepun ajar murid pelajar menyapu kutip sampah guru cikgu dera finland learning education meant to be fun 

6 ulasan:

  1. ibu bapa yang cepat melatah bila kena batang hidung sendiri.

    BalasPadam
  2. mesyuarat pibg? dengar ucapan, mintak derma, pastu ada jamuan makan2 sikit..rasanya tu jer kot tiap2 tahun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kot kot....hang pi la dulu, baru tau...

      Padam
  3. Peranan Ibu yang paling besar sebenarnya nak bentukkan akhlak anak mereka disusuli ayah dan cikgu. Masa ibu dengan anak penting dlm pembentukan akhlak/moral anak mereka.

    BalasPadam
  4. benda baik pun ni..dari rumah dah kena didik..

    kat sekolah pun kena teruskan dididik dgn ibu bapa bagi sokongan..

    insyallah akan buat bila jadik bapak nanti

    BalasPadam
  5. Tukar kerajaan....rasa2 leh solve issue? Kalau minded pemimpin nak kejar $$$, sama gak 2x5

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.