Jumaat, 23 Julai 2021

0 Konflik antara orang baik membingungkan negara

1. Konflik antara para dermawan dan aktivitis kemanusiaan yang tular ini sebenarnya lebih kepada masalah peribadi di antara mereka, namun ia telah membingungkan satu negara.

2. Yang ni nak buat cara dia sendiri, yang tu nak ikut tak dapat, yang sana pula rasa dipinggir. Maka adalah pihak yang terasa dan adalah pihak yang kecil hati.

3. Masalah timbul bila individu tertentu yang terguris ini mengadu domba di media sosial lalu menjadikan isu ini isu nasional yang harus diambil tahu oleh netizen.

4. Dari rasa kecil hati, segala benda mula dipersoalkan dan diperbesar-besarkan. Pelbagai benda menjadi salah. Andai kata tiada pihak terasa, segala persoalan ini takkan mereka bangkit dan ungkit pun.

5. Bila netizen dilibatkan dalam konflik ini, masyarakat mula berbalah dan berpecah. Ia diburukkan lagi apabila para influencer negara yang mempunyai ribuan pengikut mula take side, turut sama menghentam sebelah pihak. Kata-kata kejian dan fitnah mula berleluasa sana sini.

6. Hinggalah akhirnya satu pihak telah meminta maaf, satu pihak lagi menulis karangan yang sangat panjang, satu pihak lagi membuat laporan polis dan membuat penjelasan dalam live video.

7. Kini netizen terpinga-pinga. Yang dahulunya kuat menghentam kini masuk gua. Yang sudah maki dan terfitnah senyap seribu bahasa. Ada juga yang masih tidak mengalah terus memperjuangkan suatu yang dia sendiri tak tahu dan pasti seolah-seolah ada orang melakukan perbuatan jenayah.

8. Ingatlah, isu ini bukanlah isu jenayah yang memerlukan perhatian dan tekanan dari netizen seperti kes adik Bella yang didera. Ia hanya isu di antara beberapa pihak sahaja.

9. Cuba fikir balik, orang luar yang beria-ia sangat nak take side dalam isu ini nak memperjuangkan apa sebenarnya? Nak perjuangkan keadilan untuk siapa? Mahu siapa kalah dan jatuh?

10. Ya, kita sebenarnya orang luar, sepatutnya tak perlu tahu dan tak perlu masuk campur sebab ia takde kaitan pun dengan kita. Dan kita seharusnya neutral dan tidak take side dalam isu sebegini.

11. Amat malanglah jika aktivis kemasyarakatan dan kemanusian bertelagah antara satu sama lain, sedangkan masing-masing mempunyai matlamat yang sama, iaitu membantu orang yang memerlukan.

12. Nak buat baik tak perlu pertikai cara orang lain, tak perlu rasa cara kita paling betul, dan tak perlu rasa orang lain perlu ikut cara kita. Masing-masing punya cara sendiri. Kita buat hal sendiri, dia buat hal sendiri.

13. Jika ada bukti berlaku suatu pelanggaran undang-undang, laporkan sahaja pada pihak berkuasa, kerana yang nak menyiasat dan menghakimi itu kerja pihak berkuasa. Tak perlu laporkan pada netizen pun sebab bukan kerja netizen untuk menghukum orang.

14. Semoga isu ini tamat dengan pengakhiran yang baik. Aku tak nak lihat mana-mana pihak akhirnya jatuh, sebab semua pihak pun secara zahirnya bagi aku orang-orang baik yang membuat kebaikan dengan cara mereka sendiri. Ikhlas atau tidak, itu bukan kerja manusia untuk menilai.

Begitulah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: konflik antara orang baik dermawan aktivis kemanusiaan ustaz ebit liew caprice nadir al nuri isu palestin gaza

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.