Di negara2 maju seperti US dan UK, pengaturcaraan kod komputer atau computer code programming telah mula
diajar serta dijadikan silibus dan kurikulum di sekolah2 rendah dan menengah, malah asas atau basic kepada pengaturcaraan komputer ada yang telah diajar waktu pra-sekolah. Di Malaysia sendiri walaupun dari zaman 90-an lagi sudah ada sekolah terutama sekolah peringkat menengah yang mengajar pengaturcaraan komputer di dalam kelas komputer namun ia masih kurang mencukupi dalam melahirkan lebih ramai generasi muda yang celik komputer dan minat terhadap pengaturcaraan komputer.
Pernah aku menulis artikel "
Jadikan pengaturcaraan komputer subjek di sekolah" yang menyatakan kepentingan untuk pengaturcaraan komputer di ajar di sekolah seperti di negara2 maju yang lain.
Konsep pengaturcaraan komputer ini amat bagus untuk didedahkan lebih awal kepada pelajar2 muda kerana ia sebenarnya dapat merangsang dan meningkatkan tahap dan keupayaan otak manusia untuk berfikir dan membuat keputusan dengan lebih baik.
Maka kali ini, aku nak berkongsi bagaimana dengan konsep pengaturcaraan komputer ini dapat membantu kita berfikir secara logik, analitikal, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian, dan aku akan cuba terangkan dalam bentuk yang paling mudah dan santai agar ia boleh difahami oleh orang ramai termasuk yang tiada latar belakang komputer dan pengaturcaraan.