Dulu aku pernah tulis tentang filem tempatan yang takut memapar realiti. Tapi sekarang ni, orang Malaysia pula yang takut dengan filem tempatan yang cuba memapar sejarah. Dulu bila filem Tanda Putera nak ditayangkan, ramai orang bantah terutama daripada orang cina dan pihak Pakatan Rakyat sehingga terpaksa ditangguhkan akibat tekanan ramai. Sekarang ni filem The New Village pulak terpaksa ditangguhkan penayangan kerana ramai orang melayu dan UMNO butthurt.
