Sistem pengangkutan awam biasanya menjadi nadi kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah bandar dan kawasan. Semakin efektif sesebuah sistem pengangkutan awam, semakin meningkat pembangunan, kemajuan dan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut. Antara sistem pengangkutan awam yang paling popular di seluruh dunia adalah bas dan juga tren yang merangkumi keretapi, komuter, monorel, LRT, MRT dan yang sewaktu dengannya.
Negara kita juga mempunyai rangkaian sistem tren yang banyak terutama di ibu kota dan Lembah Klang, namun kita juga seringkali mendengar
rungutan dan
aduan daripada orang awam serta pengguna akan
masalah dan kelemahan perkhidmatan ini seperti kenaikan harga tambang, sering kelewatan dan tidak menepati masa, tren bergerak perlahan, tren sesak disebabkan kekurangan tram/gerabak, kerosakan teknikal, kekeliruan maklumat dan sebagainya.
Oleh itu, mungkin kita boleh melihat bagaimanakan sistem tren di 2 buah negara maju iaitu Korea Selatan dan Jepun seperti mana yang telah dikongsikan oleh 2 orang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Korea Selatan dan Jepun iaitu Encik Saeed Owairan dan juga Encik Muz Ahmad yang mana mungkin sedikit sebanyak boleh dicontohi dan diaplikasikan di Malaysia.