Sekarang sudah bulan Ogos, maknanya bulan kemerdekaan. Boleh
jadi TV dan sekolah akan meriah dengan lagu-lagu patriotik semula. Bendera Malaysia berkibaran megah semula (dan
dibiar sampai koyak rabak sampai Ogos tahun depan) serta akan ada orang tukar
gambar bendera Malaysia pada DP Facebook. Rutin kemerdekaan ini berulang-ulang
dan boleh dihafal. Sempena Hari Kemerdekaan ini, apa kata saya cuba naikkan
satu isu yang menarik untuk difikirkan.
