
1. Berlegar-legar di media sosial, ramai anak muda yang result SPM cemerlang, ada degree, CGPA bagus, tapi bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan akademik. 2. Ada yang kerja di restoran fastfood, jadi cashier kedai serbaguna, jadi barista, rider makanan, berniaga kecil-kecilan dan kerja-kerja sewaktu dengannya yang boleh dilakukan terus lepas habis SPM. Ada yang part time, ada yang end up terus jadi kerja tetap bertahun-tahun.3. Begitu juga dengan luahan orang yang belajar tinggi-tinggi sambung ke peringkat master dan PhD tapi masih tak dapat kerja yang setaraf kerana kurang peluang pekerjaan dan juga overqualified bila nak minta kerja kelayakan degr...