Khamis, 4 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Di Awangan

Jangan biarkan aku, terus di awangan.


Rabu, 3 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Geng SMK Episod 4 - Orang cari pasal

Bila Amir masuk kelas dan tiba-tiba Duan tak puas hati cari pasal. Jom tonton animasi ini.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Besi Berani

Kau macam besi berani, asyik nak berkepit sepanjang masa.


Selasa, 2 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Arnab comel makan bendi be like

Comelnya arnab tengah makan bendi.


Isnin, 1 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Haiwan apa yang akan datang be like

Bila budak tanya teka teki haiwan apa yang akan datang? Jom tonton animasi ini.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Bukan Kita

Ini tak seharusnya kita.


Ahad, 30 November 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Satelit Hilang

Aku bagai satelit hilang, hanyut dan terus hanyut.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 22 (Epilog) - Majlis Konvokesyen

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 22 (Epilog) - Majlis Konvokesyen


Beberapa bulan telah berlalu.

Masa bergerak tanpa sempat sesiapa menoleh ke belakang.

Langit Skudai pagi itu biru bersih, dan kawasan Universiti Teknologi Malaysia penuh dengan bunga konvo, kamera dan senyuman.

Bo berdiri di tepi dataran Dewan Sultan Iskandar, memerhati lautan jubah biru gelap yang keluar dari dewan satu demi satu.

Bunyi muzik gamelan bercampur sorakan ibu bapa.

Hari itu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, Majlis Konvokesyen UTM.


0 Buasir Otak TV: Roblox - Lawan tembak Sniper Duels LIVE

Jom lawan tembak sniper dalam game Roblox SNIPER DUELS Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 29 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 21 - Dan Akhirnya

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 21 - Dan Akhirnya


Seminggu sudah berlalu sejak pertemuan di kafe bersama Amir dan Amirah, seminggu yang terasa panjang, penuh pertimbangan.

Bo masih teringat kata-kata Amirah: “Kadang peluang kedua bukan untuk dia, tapi untuk kau sendiri.”

Dan malam itu, sambil memandang bintang dari jendela bilik sewanya, Bo tahu dia perlu buat sesuatu.
Bukan lagi menunggu tanda dari langit, bukan lagi meneka jawapan dalam hati, tapi menamatkan persoalan yang selama ini membeban dirinya.


0 Buasir Otak TV: Geng SMK Episod 3 - Makanan kantin mahal

Bila Apan pening nak beli makanan kantin yang mahal atau murah. Jom tonton animasi ini.


Jumaat, 28 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 20 - Peluang Kedua

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 20 - Peluang Kedua


Keesokan harinya, selepas kelas petang Cryptography, Bo melangkah perlahan ke kafe Arked Meranti.
Hujan baru berhenti, jalan kampus masih basah, dan langit berwarna jingga keemasan, bayangan matahari senja memantul di lopak air.

Dia sempat tengok bayangan dirinya di permukaan lopak itu.

Lesu, tapi masih bernafas.

Di satu sudut kafe, Amir dan Amirah sudah duduk, dua manusia yang sejak dulu jadi tempat Bo berpaut bila hidupnya goyah.

Amirah tengah sibuk mengacau air milo aisnya dengan straw, sementara Amir tekun skrol telefon.


Khamis, 27 November 2025

0 Buasir Otak TV: Tong apa yang tua be like

Bila budak tanya teka teki tong apa yang tua. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 19 - Mesej Tak Disangka

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 19 - Mesej Tak Disangka


Tahun keempat.

Semester kelapan.

Kampus UTM dah mula terasa berbeza bagi Bo.

Tempat yang dulu meriah dengan tawa dan keletah rakan-rakan kini terasa sunyi, macam bangunan-bangunan itu pun sedang bersedia melepaskan generasi pelajarnya ke dunia sebenar.

Bo dan Amir, semester ini juga tidak lagi tinggal di rumah sewa, tapi di Kolej 10.

Bagi kebanyakan pelajar tahun empat, semester ini adalah penamat.

Tapi bagi Bo, ini hanya tambahan masa.


Rabu, 26 November 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Emo

Kenapa kau ni emo, sikit-sikit nak emo?


0 Novel Sang Gagalis: Bab 18 - Kirim Salam

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 18 - Kirim Salam


Tahun ketiga, semester keenam.

Matahari awal pagi kampus UTM terasa lain kali ini, tidak secerah dulu.

Mungkin kerana Bo sudah mulai merasa peritnya masa yang bergerak terlalu cepat, sedang dia sendiri masih tertinggal di belakang.

Semester demi semester datang dan pergi, tapi Computer Security masih jadi bayang yang tak hilang.

Subjek yang sama, pensyarah yang sama, malah tempat duduk pun sama, tapi keputusan tetap juga gagal.
Pertama kali dia fail sebab Aila. Kali kedua sebab Farah.

Dan kali ketiga… Bo pun dah tak tahu sebab apa.


Selasa, 25 November 2025

0 Buasir Otak TV: Peti apa yang ada tapi tak nampak be like

Bila bos tanya teka teki peti apa yang ada tapi tak nampak? Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 17 - Kawan Sahaja

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 17 - Kawan Sahaja


Dua bulan berlalu macam angin.

Cepat, senyap, tapi ada meninggalkan kesan yang Bo sendiri tak sangka.

Hari-hari terasa lebih ringan sejak Farah muncul dalam hidupnya.

Dari sekadar kenal dalam forum pertandingan, kini mereka jadi kawan yang hampir setiap malam bermain game bersama, kadang sampai lupa waktu, kadang sampai tertidur depan skrin.


Isnin, 24 November 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Layar Hijau

Ubah mimpi jadi realiti seperti di layar hijau.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 16 - Gadis Gamer

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 16 - Gadis Gamer


Tiga bulan sudah berlalu.

Masa bergerak tanpa menoleh ke belakang, macam kereta api yang dah lama meninggalkan stesen kenangan.

Bo kini sudah masuk Tahun 3, Semester 5.

Semester baru, wajah baru di fakulti, subjek baru, dan rutin baru. Tapi bagi Bo, segalanya kelihatan macam biasa, walau dalam diam, hatinya sudah sedikit berubah.

Dia masih pelajar yang sama: suka kopi ais, suka anime, dan suka termenung di tasik waktu petang sambil dengar lagu Orange oleh 7!!.


Ahad, 23 November 2025

0 Buasir Otak TV: Roblox - Hantu beli shawarma malam-malam LIVE

Jual shawarma malam-malam, hantu datang dalam game Roblox Road-Side Shawarma. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 15 - Gagal dan Gagal

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 15 - Gagal dan Gagal


Minggu itu kampus sunyi dengan nada yang berbeza.

Tiada lagi gelak ketawa di kafe, tiada lagi suara bising di blok-blok kuliah. Semua orang tenggelam dalam dunia masing-masing, dunia nota, highlighter, dan doa agar soalan keluar seperti yang dihafal.
Bo, Amir, Aila, dan Amirah pun begitu.

Walaupun mereka masih rapat, tapi sejak minggu peperiksaan bermula, masa bersama makin berkurang. Masing-masing sibuk dengan jadual sendiri. Kadang Bo belajar dengan Amir sampai tengah malam di bilik sewa, kadang pula dia bersendirian di perpustakaan, dengar lagu pelan-pelan sambil ulang baca nota.


Sabtu, 22 November 2025

0 Buasir Otak TV: Negara apa bahasanya nama orang be like

Bila budak tanya trka teki negara apa bahasanya nama orang. Jom tonton animasi ini.


0 Buasir Otak TV: Roblox - Mendaki Gunung Sumbing LIVE

Jom kita mendaki Gunung Sumbing dalam game Roblox Mount Sumbing. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 14 - Luahan Hati

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 14 - Luahan Hati


Arked Meranti malam itu lengang.

Lampu kuning di setiap tiang memancar lembut, memantulkan cahaya di atas lantai jubin yang basah selepas hujan petang tadi.

Udara lembap, dengan bau kopi segera yang masih terapung dari arah kafe yang dah nak tutup.

Bo duduk di meja tepi tingkap, tempat biasa mereka selalu berbual.

Di depannya, dua cawan, satu kosong, satu masih berasap.

Dia pandang skrin telefon, jam sudah 9:07 malam.

“Dia datang ke tak?”
Hatinya berbisik. 


Jumaat, 21 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 13 - Masih Sama

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 13 - Masih Sama


Sejak hari pembentangan itu, hubungan antara mereka berempat jadi makin rapat.

Bo, Amir, Aila dan Amirah, empat nama yang mula disebut-sebut bersama, macam satu pakej tak boleh dipisah.

Kalau satu ada, mesti tiga lagi akan muncul.

Kadang-kadang di kafe Arked Meranti, kadang di perpustakaan, kadang di tepi tasik kampus waktu petang bila langit UTM berwarna jingga lembut.

Bo sendiri tak perasan bila semua itu jadi rutin.

Yang dia tahu, sejak hari pembentangan tu, Aila dah tak lagi terasa jauh.


Khamis, 20 November 2025

0 Buasir Otak TV: Geng SMK Episod 2 - Tak buat kerja sekolah

Amir tak siap kerja sekolah, jadi dia nak tiru kerja sekolah Bo. Jom tonton animasi ini.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Satu Per Satu

Buatlah satu per satu. Usah gopoh, usah gelojoh.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 12 - Selepas SPM

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 12 - Selepas SPM


Selepas SPM, Bo rasa dunia seolah terbentang luas di hadapannya. Result SPM pun oklah, cukup untuk membolehkan dia memohon jurusan Sains Komputer di IPTA. Tapi untuk sementara, dia masih terperuk di rumah orang tuanya di Seremban, menunggu panggilan rasmi daripada universiti.

Setiap hari dia lalui dengan rutin santai, bermain game sampai lupa masa, menonton anime, kadang-kadang ambil kerja part-time di hotel terdekat sebagai housekeeping. Duit tambahan tu berguna untuk beli barang, bayar topup, atau reward diri sendiri dengan aiskrim dan burger. Selain itu, Bo ambil peluang untuk belajar dan dapatkan lesen memandu kereta dan motor, satu skill penting sebelum masuk universiti.


Rabu, 19 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 11 - Yang Terakhir

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 11 - Yang Terakhir


Beberapa bulan sebelum SPM, seluruh sekolah dah mula sibuk dengan persiapan peperiksaan. Tapi untuk Bo, fokus lain pula.

Tahun ini ada Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Timur. Sekolah SBP yang terlibat datang dari Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kalau menang, ada peluang ke peringkat kebangsaan.

Bo sebenarnya tak pernah sangka dia akan mewakili sekolah dalam sukan bola keranjang. Tahun lepas, peluang tu sepatutnya ada, tapi hanya seorang je pelajar Tingkatan 4 yang dipilih sebab kapten pasukan nak beri peluang kawan-kawan Tingkatan 5 dia wakil sekolah supaya boleh masuk dalam Sijil Berhenti Sekolah.

Bo pula terpaksa akur sahaja sebab dia baru Tingkatan 4, jadi memang tak dapat peluang, lagipun dia tak berani nak melawan kapten pasukan.


Selasa, 18 November 2025

0 Buasir Otak TV: Bila nampak cool be like

Bila budak cakap nampak cool je. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 10 - Budak Pengakap

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 10 - Budak Pengakap


Waktu masuk Tingkatan 4 dulu, suasana sekolah terasa berbeza.

Segalanya macam sedang berubah dari cara pelajar bercakap, berpakaian, hingga cara mereka berkawan.

Zaman itu adalah zaman peralihan.

Zaman kawan yang dulu rapat tiba-tiba tak rapat.

Zaman budak yang dulu suka melepak di bilik komputer kini sibuk main ragbi di padang.

Zaman pelajar mula hisap rokok di tandas belakang aspura, ada yang mula bawa vape senyap-senyap.

Zaman budak nerd pun tiba-tiba join geng jocks semata-mata nak nampak cool.

Bo masih sama.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Dinasti

Apa erti demokrasi jika hanya untuk membina dinasti.


Isnin, 17 November 2025

2 Buasir Otak TV: Budak fikir nak buat kerja sekolah be like

Bila budak tengah fikir nak buat kerja sekolah. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 9 - Dewi Pelajaran

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 9 - Dewi Pelajaran


Tingkatan 4 hampir berakhir.

Udara hujung tahun di SEMESTA terasa berbeza, bau tanah merah selepas hujan, bunyi cengkerik yang semakin kuat, dan tekanan halus daripada guru-guru yang semakin kerap mengingatkan,
“Kalau kamu gagal kali ni, tahun depan kamu susah nak kejar.”

Pelajar-pelajar lain mula fokus, begitu juga Bo.

Setiap malam, dia rajin stayback di bilik study hingga lewat malam, kadang sampai jam satu, kadang dua pagi.


0 Buasir Otak TV: Roblox - Undi pilihan raya dan melawat pameran di SMK MYS LIVE

Jom kali ni kita akan pergi mengundi pilihanraya dan melawat pameran dalam game Roblox SMK MYS. Jom tonton animasi ini.


Ahad, 16 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 8 - Kesedihan Berganda

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 8 - Kesedihan Berganda


Masuk Tingkatan 4, suasana sekolah berubah. Wajah-wajah lama ada yang hilang, ada yang kekal, tapi tak semua masih bersama. Ramai pelajar Tingkatan 3 dulu terpaksa keluar berpindah sekolah sebab keputusan PT3 tak capai syarat minimum. 

Bo, Ray, dan Duan, tiga nama yang masih kekal di SEMESTA. Masing-masing naik ke aliran Sains. Bo dapat kelas depan balik, 4SC1. Ray di 4SC2. Tapi yang pelik, Duan pun naik kelas depan sekali dengan Bo.


Sabtu, 15 November 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Hancur Lagi

Engkau hancurkan hatiku lagi.


0 Buasir Otak TV: Roblox - Ronda-ronda Lebuhraya WCE LIVE

Jom kita meronda-ronda di lebuhraya WCE dalam game Roblox DriveMY. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 7 - Kena Main

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 7 - Kena Main


Sebenarnya semasa naik ke Tingkatan 3, hidup Bo rasa macam jatuh sekejap.

Daripada dulu di kelas “budak depan”, sekarang dia tergolong dalam kelas kedua depan, 3SC2.

Puncanya mudah: markah peperiksaan akhir tahun lepas tak berapa cantik. Dalam kelas dapat nombor lima, dari belakang. Dia bukan tak pandai, cuma... malas.


Jumaat, 14 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 6 - Adik Angkat

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 6 - Adik Angkat


Masuk Tingkatan 3, Bo dah mula rasa hidup di SEMESTA ni makin pelik. Makin tinggi tingkatan, makin banyak benda dia kena buat, tapi makin banyak juga benda dia tak faham kenapa dia buat. Salah satu contohnya: masuk Persatuan Silat Gayong.

Bukan sebab minat seni pertahanan diri.

Bukan sebab nak jadi pendekar.

Tapi sebab Ray.


Khamis, 13 November 2025

0 Buasir Otak TV: Geng SMK Episod 1 - Kena Halau

Bo dan Amir telah masuk sekolah menengah, tapi kenapa Amir kena halau oleh pak guard bila nak masuk sekolah? Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 5 - Jejaka Perasan

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 5 - Jejaka Perasan


Tahun berikutnya, Bo naik ke Tingkatan 2.

Setahun selepas “kisah crush pertama si Azila” yang tak sempat bermula itu, hidup Bo di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah kembali biasa-biasa saja.

Cuma kali ini, dia cuba untuk berhati-hati.

Dia ditempatkan di 2SC1, kelas budak-budak “depan”, hasil markah peperiksaan akhir tahun yang agak cemerlang. Ray pula tersangkut di kelas 2SC4, tapi mereka tetap rapat kerana masih sebilik dorm yang sama.


Rabu, 12 November 2025

0 Buasir Otak TV: Budak boleh kira dari 1 hingga sejuta be like

Bila budak cakap dia boleh kira dari 1 hingga sejuta. Jom tonton animasi ini.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 4 - Cinta Pertama

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 4 - Cinta Pertama


Lapan tahun yang lalu.

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub, Pahang.

Pagi Isnin yang dingin. Kabus nipis masih belum hilang dari padang. Bunyi loceng pertama bergema di seluruh kawasan sekolah berasrama penuh yang baru beroperasi itu, bangunan masih berbau cat, rumput di asrama belum habis tumbuh, dan papan tanda masih bersinar dengan cat baru bertulis “Melahir Pemimpin Masa Depan.”


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Suka

Setiap hari ku fikir kamu, dalam mimpi pun muncul selalu.


Selasa, 11 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 3 - Hari Pembentangan

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 3 - Hari Pembentangan


Hari yang ditunggu tiba juga. Makmal komputer penuh dengan pelajar yang kelam-kabut menyiapkan slaid, ada yang masih ubah font, ada yang baru nak test kod, ada juga yang buat-buat tenang tapi tangan berpeluh.

Bo duduk di tempatnya sambil menyemak semula fail project folder. Amir sibuk menggosok baju kemeja di bahagian bahu, Amirah berlatih ayat pembentangan depan cermin makmal, dan Aila… seperti biasa, tenang tapi nampak sedikit gementar.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Henti Mencuba

Henti mencuba pertahankan hal yang salah.


Isnin, 10 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 2 - Tugasan Berkumpulan

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 2 - Tugasan Berkumpulan


Makmal Komputer Fakulti Komputeran masih belum penuh waktu Bo sampai. Lampu kalimantang di siling berkelip perlahan, dan bunyi pendingin hawa yang berdesir jadi muzik latar pagi itu. Skrin komputer di barisan depan berkelip, menayangkan logo UTM yang tersangkut separuh. Bo menarik kerusi dan meletakkan beg galas di bawah meja.

Dia buka laptop Acer-nya, sambung ke Wi-Fi UTMsecure, dan mula semak fail projek kumpulan mereka. Kod PHP dan HTML bersusun di skrin, tapi fikirannya separuh melayang, teringat senyuman Aila semalam di kafe Kolej 9. Entah kenapa, imej itu berulang-ulang dalam kepala, macam baris loop yang tak berhenti.


Ahad, 9 November 2025

0 Buasir Otak TV: Dah besar nak masuk U mana be like

Bila cikgu tanya murid dah besar nanti nak masuk U mana? Jom tonton animasi ini.