
1. Kira-kira 20 tahun lepas, lepas aku grad, kerja pertama aku adalah di sebuah kilang multinasional sebagai IT Executive. Bidang tugas aku lebih kepada maintain operation IT, termasuk network, server, dan database di kilang tu.2. Tapi kerja belakang tabir ni biasanya tak glamor sebab buat benda yang tak visible. Orang tak impress, pengarah tak nampak, syarikat tak hargai. Dalam bidang IT, benda yang visible dan orang nampak adalah sistem, aplikasi, website, multimedia – benda-benda yang boleh nampak, orang boleh guna, yang boleh dipersembah dan dipertontonk...