1. Benda yang paling aku takuti, adalah saat hilangnya kesedaran diri atau conciousness. Hilangnya "aku" sebagai aku.
2. Ada banyak sebab seseorang boleh hilang kesedaran diri. Mungkin kerana lupa ingatan, nyanyuk, hilang kewarasan atau gila dan sebagainya.
3. Pernah tak terlintas dalam fikiran anda pasal hal ni? Saat itu, kita masih hidup, tapi jiwa dan akal kita seakan tiada. Badan ini tetap bergerak, tetapi bukan lagi dengan kesedaran yang sama.
4. Bayangkan, apabila kesedaran itu hilang, kita seperti telah mati, namun jasad kita dipinjam oleh entiti lain, kesedaran baru yang bukan kita.
5. Lebih menakutkan, jika entiti itu bertindak di luar norma, berkata-kata yang menyakitkan, melakukan perbuatan keji, menulis perkara tak sepatutnya di media sosial, malah terlibat dalam jenayah.
6. Segala perlakuan buruk itu dilakukan melalui tubuh kita, walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukannya.
7. Akhirnya, nama kita juga yang tercemar. Keluarga kita menanggung aib, sedangkan hakikatnya yang berbuat kerosakan itu bukan lagi "kita", tetapi kesedaran lain yang menghuni tubuh ini.
8. Kita hidup, tetapi sudah tidak mampu mengawal diri sendiri. Diri kita yang sebenar telah hilang.
9. Dalam keadaan begitu, adalah lebih baik mati dari terus hidup tanpa kesedaran diri. Kerana apabila mati, that's it. Segala urusan dunia kita berakhir di situ.
10. Tapi kalau masih hidup, kita tak lagi mampu mengawal apa yang akan dilakukan oleh "diri baru" itu dengan tubuh badan kita.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: jasad tubuh badan dihuni orang lain kesedaran consciousness
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.