
1. Tular sebuah screenshot yang dikongsikan bos kepada seorang pekerja baru fresh grad yang tersalah faham makna minit mesyuarat. 2. Maka ramailah orang yang gelakkan fresh grad tersebut dan memberi cemuhan seperti "Takkan itu pun tak tahu?", "Minit mesyuarat tu basic knowldege kot?", "Itulah bodoh sombong tak nak bertanya" dan yang sewaktu dengannya.3. Ada juga yang berkata "Sepatutnya benda ni dah belajar kat sekolah, kat universiti, kat itu ini, takkan tak tahu?", "Ni mesti kat sekolah tidur", atau "Lain kali kat universiti kena aktif lah masuk persatuan itu ini bla bla bla baru boleh belajar catat-catat minit mesyuarat". Jawatan setiausaha persatuan satu, tapi ahli 50 orang. Memang semua orang ada peluang belajar buat benda sama ke?&n...